Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Media

  • Utama
  • Media
  • Berita Terkini
  • PEMINDAHAN 51 FAIL REKOD AWAM JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI SELANGOR (JAKESS) KE PUSAT REKOD ARKIB NEGARA MALAYSIA, PETALING JAYA

PEMINDAHAN 51 FAIL REKOD AWAM JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI SELANGOR (JAKESS) KE PUSAT REKOD ARKIB NEGARA MALAYSIA, PETALING JAYA

Admin-Haeida

22 نيسان/أبريل 2026

72

               1000360757 1000360724 1000360756 

                                                                    1000360512

20 April 2026, Shah Alam – Seksyen Rekod, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor telah melaksanakan pemindahan rekod awam ke Pusat Rekod Arkib Negara Malaysia, Petaling Jaya, Selangor yang melibatkan sebanyak 51 fail, merangkumi 48 fail rekod fungsian dan 3 fail rekod urusan am.

Pemindahan rekod ini dilaksanakan menggunakan Borang Arkib 11/08 sebagaimana yang ditetapkan dalam prosedur rasmi pemindahan rekod awam. Proses tersebut telah diketuai oleh Pegawai Rekod Jabatan (PRJ), Encik Sofian bin Ibrahim, dengan dibantu oleh Pembantu Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ), Puan Nuraziraakmar binti Othman serta Cik Khairun Iman Nadhira binti Norazli.

Turut terlibat dalam operasi ini ialah wakil daripada Seksyen Perkhidmatan Pusat Rekod Arkib Negara Malaysia, iaitu Pembantu Arkib, Encik Mohd Hafiz bin Mohd Shamsuddin yang telah memberikan khidmat nasihat teknikal serta pemantauan bagi memastikan proses pemindahan dilaksanakan mengikut piawaian dan prosedur yang ditetapkan.

Pemindahan ini dilaksanakan selaras dengan peruntukan Akta Arkib Negara 2003 (Akta 629), khususnya Seksyen 27 hingga Seksyen 29, serta mematuhi Jadual Pelupusan Rekod Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia 2020 yang menetapkan pemindahan rekod fizikal selepas tamat tindakan dan tempoh simpanan minimum tujuh (7) tahun di jabatan.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS) dalam memperkukuh tadbir urus rekod jabatan secara sistematik, berintegriti dan mematuhi kehendak perundangan, di samping memastikan pemeliharaan rekod kehakiman syariah sebagai sumber rujukan bernilai tinggi untuk kegunaan penyelidikan, perundangan dan generasi akan datang.