Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Media

  • Utama
  • Media
  • Berita Terkini
  • PENYELIDIKAN DAN SEMAKAN FAIL JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SELANGOR (JAKESS) DI ARKIB NEGARA MALAYSIA (ANM)

PENYELIDIKAN DAN SEMAKAN FAIL JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SELANGOR (JAKESS) DI ARKIB NEGARA MALAYSIA (ANM)

Admin-Haeida

28 تشرين2/نوفمبر 2025

54

 591800448 1413509540774507 5814277119443769543 n   590191837 1413509554107839 5208989768974241007 n

588731760 1413509864107808 8165117439084633638 n
26 November 2025, Shah Alam – Seksyen Rekod Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah menjalankan sesi penyelidikan dan semakan ke atas fail jabatan yang dipindahkan ke Arkib Negara Malaysia (ANM) bertempat di Dewan Penyelidikan, Seksyen Rujukan dan Akses, Wisma Warisan, ANM.

Sesi ini diketuai oleh Pegawai Rekod Jabatan (PRJ), Encik Sofian bin Ibrahim, bersama Pembantu Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ), Puan Nuraziraakmar binti Othman dan Puan Nurul Nadia binti Tahad, Timbalan Pendaftar JAKESS. Turut hadir seorang pelajar Latihan Industri (LI) UiTM Puncak Perdana, Cik Khairun Iman Nadhira binti Norazli.

Pasukan JAKESS menerima bantuan daripada Pegawai Arkib yang memberikan taklimat mengenai prosedur penyelidikan dan semakan, selain menyediakan salinan fail bagi tujuan rujukan rasmi jabatan.

Hasil semakan mendapati semua fail berada dalam keadaan lengkap dan teratur. Program ini turut mengukuhkan kerjasama antara JAKESS dan ANM dalam urusan penyelidikan serta pengurusan rekod.

Sesi tersebut berjaya mencapai objektif utama, iaitu mengenal pasti fail berkaitan bagi kegunaan jabatan dan memastikan dokumen rujukan kekal tersedia apabila diperlukan walaupun telah dipindahkan untuk simpanan kekal di Arkib Negara Malaysia.