Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor

Lawatan Pembelajaran berkaitan Mahkamah Digital dan Penanda Aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) ke Mahkamah Rendah Syariah Sabak Bernam

MRS Hulu Selangor

17 كانون1/ديسمبر 2025

27

17 Disember 2025- Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor telah melaksanakan lawatan ke Mahkamah Rendah Syariah Sabak Bernam dengan tujuan memperkukuh kefahaman serta perkongsian amalan terbaik dalam penyampaian perkhidmatan kehakiman yang cekap dan berinovasi. 


Lawatan ini memberi pendedahan secara langsung mengenai pelaksanaan inisiatif Mahkamah Digital termasuk penggunaan sistem teknologi maklumat dalam pengurusan kes, dokumentasi serta penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan. Para peserta turut diberi taklimat berkenaan proses kerja digital yang dilaksanakan bagi meningkatkan kecekapan, ketelusan dan keberkesanan pengurusan mahkamah.

Selain itu, aspek pelaksanaan EKSA turut menjadi fokus utama lawatan khususnya berkaitan pengurusan persekitaran kerja yang sistematik, kondusif dan berimej korporat. Peserta berpeluang meninjau susun atur ruang kerja, amalan penjenamaan, inovasi serta kaedah pematuhan terhadap kriteria EKSA yang diamalkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Sabak Bernam. Lawatan ini juga menjadi platform perkongsian ilmu dan pengalaman antara pegawai di samping mengukuhkan jaringan kerjasama strategik antara institusi. Diharapkan lawatan pembelajaran ini dapat menjadi pemangkin kepada penambahbaikan berterusan serta penerapan amalan terbaik dalam memperkasa sistem penyampaian perkhidmatan sektor awam.