Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam

Program Gotong Royong Perdana 2022

MRS Shah Alam

09 شباط/فبراير 2022

2859

      

 

4 Februari 2022 – Progam Gotong Royong Perdana Tahun 2022 telah diadakan secara serentak di semua zon yang telah mendapat pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)  Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS). Program ini bertujuan untuk memberi ruang kepada semua lokasi mengadakan persiapan awal untuk menghadapi Audit Dalam EKSA tahun ini yang akan bermula pada 17 Februari 2022.

Bagi mengekalkan prestasi Zon Jed Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam yang telah memenangi Zon Terbaik Keseluruhan Bagi Amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Tahun 2021, warga Zon Jed telah sama-sama mengambil bahagian dalam program tersebut. Semoga usaha murni ini dapat dibudayakan oleh semua warga kerja bagi memastikan ruang dan persekitaran kerja sentiasa berada di dalam keadaan yang kemas dan teratur.