Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Media

HARI PUSAT SUMBER JAKESS MERIAHKAN BUDAYA ILMU MELALUI PELBAGAI PERTANDINGAN

Khairul Amri

07 آب/أغسطس 2026

10

7 Ogos 2026, Shah Alam – Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) hari ini melalui Bahagian Penyelidikan dan Pusat Sumber telah menganjurkan Hari Pusat Sumber JAKESS sebagai salah satu inisiatif bagi menyemarakkan budaya membaca, memperkukuh budaya ilmu serta menggalakkan warga kerja JAKESS memanfaatkan Pusat Sumber sebagai medium pembelajaran dan perkongsian ilmu. Program yang berlangsung di Pusat Sumber JAKESS itu dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti dan pertandingan yang menggabungkan elemen ilmu, kreativiti, kepantasan berfikir, kerjasama serta hiburan.

Antara pertandingan yang dianjurkan ialah pertandingan tajwid, pertandingan pantun, cabaran 60 saat, pertandingan infografik, teka gaya/tokoh, pertandingan word speed challenge serta kuiz legal syariah/syariah trivia. Pelbagai pertandingan tersebut memberi peluang kepada warga kerja JAKESS untuk mengetengahkan bakat dan kreativiti masing-masing dalam suasana yang santai dan menyeronokkan. Pada masa yang sama, aktiviti yang dilaksanakan turut memberi pendedahan kepada peserta terhadap ilmu berkaitan syariah, perundangan, bahasa, tajwid, tokoh serta pengetahuan am.

Penganjuran Hari Pusat Sumber ini diharapkan dapat memperkukuh peranan Pusat Sumber JAKESS bukan sahaja sebagai tempat rujukan dan mendapatkan bahan bacaan, malah sebagai pusat ilmu, perkongsian pengetahuan dan pengembangan bakat warga kerja. Program ini turut mencerminkan komitmen JAKESS dalam membudayakan pembelajaran sepanjang hayat serta mewujudkan persekitaran kerja yang menggalakkan warga kerja untuk terus menimba ilmu, berkongsi pengetahuan dan mengembangkan potensi diri.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta serta warga kerja yang telah menjayakan Hari Pusat Sumber JAKESS.