Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Media

JAKESS ANJUR MAKAN MALAM BERSEMPENA PERSIDANGAN PEGAWAI SYARIAH SELURUH MALAYSIA KALI KE-19

Admin-Haeida

22 آب/أغسطس 2024

121

456384536 1022814076510724 1044517528382586833 n 456484577 1022814069844058 1249763497841736757 n

456610083 1022814843177314 5657462028597955463 n 456384562 1022814089844056 1904956038607181057 n
 456541803 1022814029844062 2082064401228580377 n

22 Ogos 2024, Subang - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor telah menganjurkan Majlis Makan Malam bersempena Persidangan Pegawai Syariah Seluruh Malaysia Kali Ke-19 Tahun 2024 bertempat di Grand Dorsett Hotel disini semalam.


Majlis dirasmikan oleh YAD Tan Sri Dato' Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang melibatkan seramai 451 pegawai syariah seluruh Malaysia.

Turut hadir memberikan ucapan aluan adalah YAA Dato' Hj. Mohd Amran bin Mat Zain, Ketua Pengarah merangkap Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) serta YAA Dato' Mohd Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor merangkap pengerusi penganjur dan YB Dato' Salim bin Soim@Hamid, Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor.

Majlis Makan Malam ini dianjurkan oleh JAKESS selaku tuan rumah dan mendapat kerjasama daripada SUK Selangor, JKSM dan Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM).

Semoga segala usaha diberkati Allah SWT.