Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Media

KUNJUNGAN HORMAT JAKESS KE BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR

Admin-Haeida

28 أيار 2024

480

444504804 961881532603979 6851938516092627504 n
Shah Alam, 24 Mei 2024 - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah mengadakan kunjungan hormat ke Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Selangor (BPI JAIS) dengan membawa misi menwujudkan jalinan kerja bersama BPI JAIS bagi penganjuran program Komuniti Sulh dan Rakan Sokongan Keluarga (BSK) yang dirancang diadakan pada tahun 2024. Pada tahun ini sasaran penganjuran program ini difokuskan kepada guru-guru di bawah seliaan BPI JAIS.


Delegasi JAKESS yang diketuai oleh Ketua Bahagian Penyelesaian Alternatif Tuan Fairus bin Jaafar, disambut oleh Ketua Penolong Pengarah BPI JAIS, Ustaz Anas bin Ayob, serta beberapa pegawai kanan BPI JAIS. Pertemuan yang berlangsung selama satu jam ini dimulakan dengan pengenalan program Komuniti Sulh dan Rakan BSK. Pihak BPI JAIS telah menyatakan kesediaan untuk menyertai program tersebut dan sangat mengalu-alukan penganjuran program ini.

Ustaz Anas dalam ucapannya menekankan bahawa usaha yang dilakukan oleh JAKESS ini amat baik dan dapat memberi ilmu baru kepada guru-guru JAIS. Beliau berkongsi bahawa pentadbiran sekolah dan guru-guru juga turut terheret di dalam kancah pertikaian pihak-pihak yang bertikai di mahkamah antaranya dalam kes perebutan penjagaan anak. Beliau mengharapkan penganjuran program ini memberikan pendedahan kepada guru-guru JAIS kepada kaedah mediasi-sulh dan boleh digunakan ketika berhadapan keadaan tersebut.