Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Media

LATIHAN AMALI TAKSIRAN FI DAN KOS MAHKAMAH SYARIAH SELANGOR

Admin-Haeida

28 آذار/مارس 2025

89

486574379 1193449219447208 5175266492561489843 n

26 Mac 2025, Rabu - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor telah menganjurkan Latihan Amali Taksiran Fi dan Kos Mahkamah Syariah Selangor untuk memperkukuh tahap kemahiran para peserta dalam membuat taksiran fi dan kos di Mahkamah Syariah Selangor. Kursus ini telah dihadiri oleh Pendaftar, Timbalan Pendaftar dan Pegawai Penyelidik yang terlibat secara langsung dalam prosiding Taksiran Fi dan Kos.

Program ini merupakan kesinambungan daripada kursus yang dianjurkan pada tahun 2024 yang bertujuan untuk menguji dan menilai kemahiran serta kefahaman peserta dalam membuat taksiran fi dan kos dengan lebih efektif.

Tuan Mawardi Bin Che Man, Timbalan Pengarah, Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan yang juga bertindak sebagai penceramah undangan, telah memberikan panduan mendalam beserta contoh praktikal berkenaan tatacara melakukan taksiran dengan betul dan tepat.

Kepakaran dan pengalaman beliau dalam bidang taksiran fi dan kos amat bermakna kepada peserta agar segala peruntukan undang-undang dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kehakiman Selangor dapat difahami dan dipatuhi.

Kursus ini menjadi medium untuk melatih peserta dalam situasi sebenar dan memastikan setiap taksiran dilakukan dengan tepat dan adil.

Penganjuran latihan ini adalah salah satu langkah strategik Jabatan Kehakiman Syariah Selangor untuk meningkatkan standad profesionalisme dalam kalangan pegawai mahkamah dan memastikan mereka bersedia menghadapi perubahan serta perkembangan terkini dalam sistem perundangan syariah negara.

Sebagai kesimpulan, program ini bukan sahaja memberikan pengetahuan mendalam tentang taksiran fi dan kos tetapi juga melatih peserta menghadapi cabaran praktikal dalam bidang kehakiman. Dengan usaha yang berterusan, integriti dan kecekapan dalam pengurusan fi dan kos di Mahkamah Syariah Selangor dapat dipertingkatkan demi mencapai misi dan visi Jabatan.