Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Media

LAWATAN DARIPADA JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (JPK)

Admin - Shafarina

10 آذار/مارس 2023

2624

3 Mac 2023, Jumaat - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) berbesar hati menerima lawatan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Wilayah Tengah seramai 10 orang bersempena Lawatan Penanda Aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang diketuai oleh Ts. Dr. Puteh Melor Wesma binti Salehen, Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Tengah. Lawatan daripada JPK Wilayah Tengah tersebut adalah bertujuan untuk mengetahui dengan lebih terperinci proses pelaksanaan amalan EKSA di JAKESS. Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Encik Mohd Syarizal bin Mohd Annoer, Setiausaha Jawatankuasa EKSA dan ucapan balas dari Ts. Dr. Puteh Melor Wesma binti Salehen, Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Tengah. Perkongsian amalan EKSA JAKESS telah disampaikan oleh Puan Nurulsuhada binti Khairudin selaku Penolong Penyelaras EKSA. Peserta seterusnya dibawa melawat ke beberapa zon yang berada di Bangunan Ibu Pejabat JAKESS. Turut bersama dalam program ini adalah semua wakil ketua setiap zon dan ketua-ketua jawatankuasa EKSA JAKESS.

#jakess #syariahasaskeadilan