Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Media

LAWATAN JKSNJ KE JAKESS BAGI SESI PERKONGSIAN ILMU FAST TRACK DAN E-FILING

Admin-Haeida

07 تشرين2/نوفمبر 2024

401

466119882 1084045750387556 3107536306501260417 n 465788505 1084045670387564 3006164208046410960 n 

465789839 1084045660387565 8305840887815247690 n 466168257 1084045683720896 3296088381508481300 n

466130524 1084045747054223 4286731816199759668 n 465979492 1084045743720890 4607641390792606148 n

4 November 2024, Shah Alam - Jabatan kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) berbesar hati menerima lawatan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor (JKSNJ) ke Jabatan ini bagi sesi perkongsian berkenaan pelaksanaan kes Fast Track dan pelaksanaan E-Filing di Jabatan ini.

Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YAA Dato' Mohammad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor dan ucapan balas oleh YA Tuan Haji Syahrulnizam bin Haji Saat, Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah Johor Bahru.

Program diteruskan dengan sesi perkongsian ilmu dan soal jawab berkenaan pelaksanaan Fast Track dan E-Filing dibawakan oleh Puan Marina binti Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pendaftar serta para pegawai JAKESS yang hadir bersama meraikan peserta.

Delegasi disertai oleh 15 orang kakitangan JKSNJ yang turut dibawa untuk melawat dewan bicara, One Stop Centre dan beramah mesra bersama kakitnagan JAKESS.

Jabatan ini mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian melawat ke Jabatan ini dan mendoakan agar segala usaha yang telah diberikan diberkati Allah SWT.