Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Media

MAJLIS AMANAT KETUA HAKIM SYARIE DAN PERHIMPUNAN JABATAN BIL. 1 TAHUN 2025 (JAKESS)

Admin-Haeida

20 كانون2/يناير 2025

24

474130525 1139907781468019 7042482381799156886 n  474324303 1139907831468014 3228775064118480867 n
  
474444733 1139907911468006 6243376229041700089 n  474149226 1139907924801338 449039926005030739 n 

474613200 1139907724801358 8389644570155087004 n 474174773 1139907861468011 1952893510867884798 n

17 Januari 2025, Dewan Muktamar Aras 2, JAKESS  - Sekitar Majlis Amanat Ketua Hakim Syarie dan Perhimpunan Jabatan Bil. 1 Tahun 2025 yang berlangsung di Dewan Muktamar pada jumaat lalu.

Majlis dimulakan dengan ucapan amanat oleh YAA Dato’ Mohammad Adib Bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor yang menekankan aspek pembaharuan budaya kerja yang lebih cemerlang bagi tahun baru ini.


YAA Dato' seterusnya melancarkan Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Jabatan Kehakiman Syariah Selangor dimana majlis menyaksikan upacara menandatangani dasar tersebut sebagai simbolik pelancaran.

Seterusnya warga JAKESS disajikan dengan ceramah bertajuk Unsafe Act di Pejabat: Kesedaran dan Tanggungjawab Bersama disampaikan oleh Encik Helmi bin Abdul Rahim, Pemeriksa Kilang dan Jentera JKKP Selangor Seksyen Higien Industri.

Majlis juga menyaksikan penyampaian Anugerah Pekerja Contoh bagi bulan Oktober hingga Disember 2024 dan penyampaian pemenang poster berpakaian JAKESS anjuran Unit Pematuhan Syariah.

Majlis berakhir dengan nyanyian lagu Perkhidmatan awam sebagai sebuah simbolik warga JAKESS bersedia menjalankan tugas dengan penuh semangat dan amanah bagi tahun 2025.

Semoga program ini mendapat keberkatan Allah SWT dan memberi manfaat buat seluruh warga JAKESS yang dikasihi.