Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Media

MAJLIS AMANAT KETUA HAKIM SYARIE DAN PERHIMPUNAN JABATAN BIL. 1 TAHUN 2026 (JAKESS)

Admin-Haeida

04 شباط/فبراير 2026

24

625245694 1469676628491131 432803452304302057 n 624712943 1469676521824475 6753645603955920851 n

624657602 1469676575157803 6565144850988655414 n 625312708 1469676658491128 5976550218469836139 n

628028069 1469676621824465 3250111283458835719 n 624586654 1469678281824299 4312244815193628089 n

625155401 1469676435157817 6819479518011634925 n 625014711 1469676471824480 7622400660309147914 n

30 Januari 2026, Dewan Muktamar Aras 2, JAKESS - Sekitar Majlis Amanat Ketua Hakim Syarie dan Perhimpunan Jabatan Bil. 1 Tahun 2026 yang berlangsung di Dewan Muktamar, jumaat lalu.

Majlis dimulakan dengan bacaan Ikrar Bebas Rasuah yang dipimpin oleh Tuan Muhammad Mujahid bin Ahmad, Ketua Unit Integriti yang diikuti oleh seluruh warga JAKESS secara fizikal dan dalam talian sebagai sebuah simbolik iltizam bersama untuk menjunjung prinsip integriti dan tadbir urus yang beretika bagi tahun 2026.

Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan amanat oleh YAA Puan Nenney Shuhaidah binti Shamsuddin, Ketua Hakim Syarie Selangor yang menekankan hala tuju strategik, integriti serta kecemerlangan perkhidmatan perundangan dan kehakiman syariah di negeri Selangor.

Majlis turut disajikan dengan Taklimat Penggunaan Teknologi dalam Operasi Mahkamah yang dibawa oleh YBrs Tuan Mohd Razalan bin Kamal, Perunding ICT (Pengurusan Keselamatan Maklumat) Jabatan Digital Negara.

Majlis seterusnya mengadakan penyampaian Anugerah Pekerja Contoh bagi bulan Julai hingga Disember 2025 dan penyampaian sumbangan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) kepada semua Zon EKSA Jabatan.

Semoga program ini mendapat keberkatan Allah SWT dan memberi manfaat buat seluruh warga JAKESS yang dikasihi.