Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Media

PERBINCANGAN PELUPUSAN REKOD DAN DAFTAR LAMA NCR DI JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS)

Admin-Haeida

17 كانون1/ديسمبر 2025

44

2 3

1 4

15 Disember 2025, Shah Alam – Satu perbincangan berkaitan pelupusan rekod dan daftar lama Nikah, Cerai dan Ruju’ (NCR), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah diadakan di Pejabat Seksyen Rekod, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS).

Perbincangan itu melibatkan Bahagian Undang-Undang Keluarga (BUUK), JAIS yang diwakili Ketua Penolong Pengarah, Tuan Mohd Raizalani bin Mohd Rais, turut terlibat Unit Pengurusan NCR iaitu Puan Suriati binti Shahadan selaku Penolong Pengarah Kanan, Siti Khadijah binti Abdul Wahid selaku Penolong Pengarah, Puan Sarimah binti Haji Hamis selaku Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Tuan Mohd Aidil bin Mohd Tahir selaku Ketua Pembantu Tadbir dan Zahidah binti Zainal Abidin selaku Pembantu Hal Ehwal Islam.

Mesyuarat bertujuan menyelaras kaedah dan prosedur pelupusan rekod dan daftar lama NCR yang telah didigitalkan, bagi memastikan pelaksanaan dilakukan secara teratur, selamat, dan mematuhi garis panduan pengurusan rekod. Antara perbincangan termasuk pengenalpastian rekod yang telah cukup tempoh penyimpanan, kaedah pelupusan bersesuaian, serta aspek keselamatan dan kerahsiaan maklumat bagi melindungi data peribadi.

Pelupusan rekod ini merupakan langkah penting untuk meningkatkan kecekapan pengurusan, mengoptimumkan ruang simpanan, dan menyokong penambahbaikan sistem pengurusan serta perkhidmatan kepada masyarakat Islam di Negeri Selangor.

Bahagian Undang-Undang Keluarga (BUUK), JAIS berpuas hati dengan hasil perbincangan, menekankan kepentingan penyimpanan rekod penting secara kekal, serta memastikan semua proses pelupusan dilaksanakan dengan teliti dan mendapat kelulusan pihak berkuasa berkaitan sebelum tindakan dijalankan.