Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Media

  • Utama
  • Media
  • Berita Terkini
  • PERHIMPUNAN JABATAN BILANGAN 4 TAHUN 2025 DAN SAMBUTAN HARI MALAYSIA JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SELANGOR (JAKESS)

PERHIMPUNAN JABATAN BILANGAN 4 TAHUN 2025 DAN SAMBUTAN HARI MALAYSIA JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SELANGOR (JAKESS)

Admin-Haeida

17 أيلول/سبتمبر 2025

17

546664356 1342680361190759 1733484515696674847 n 546625124 1342680384524090 5898524320651521780 n

547279454 1342680377857424 8596970740794949105 n 546220466 1342680517857410 5011645191634709503 n

546837740 1342680394524089 4646605030277569056 n 546614299 1342680511190744 2894148103650711856 n

12 September 2025, Shah Alam – Sekitar Perhimpunan Jabatan Bilangan 4 Tahun 2025 Sambutan Hari Malaysia Jabatan Kehakiman Syariah Selangor yang berlangsung di Dewan Muktamar pada hari ini.

Majlis dimulakan dengan ucapan amanat oleh YAA Dato’ Mohammad Adib Bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor dan diteruskan dengan penyampaian salinan vade mecum dan pelan tindakan bencana rekod kepada semua lokasi dan ketua-ketua bahagian Jabatan ini.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah pertandingan anjuran Bahagian Penyelidikan dan Pusat Sumber sebelum penyampaian Anugerah Pekerja Contoh bagi bulan April hingga Jun seramai 17 penerima anugerah.

Para hadirin seterusnya disajikan dengan ceramah bertajuk Merdeka: Antara Kebebasan Atau Kongkongan yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Prof. Madya Dr. Ahmad Sanusi Azmi, Pensyarah Kanan Universiti Sains Islam Malaysia.

Perkongsian ilmu diteruskan lagi dengan taklimat Sistem Pengurusan Amalan Nilai (SPAN) yang disampaikan oleh Tuan Luqman Bin Mohd Yusop, Penolong Pengarah Bpps Sub Kluster Pemerkasaan Nilai.

Program pada hari ini juga turut membuka reruai Jom Exchange Al-Quran daripada Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan Kementerian Dalam Negeri cawangan Negeri Selangor serta reruai Bank Islam.

Semoga program ini mendapat keberkatan Allah SWT dan memberi manfaat buat seluruh warga JAKESS yang dikasihi.