Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Media

SEMINAR KONSEP DAKWAH JALANAN KEPADA ORANG BUKAN ISLAM

Admin-Haeida

22 تموز/يوليو 2024

100

452139396 998868162238649 4311601138996040602 n
Shah Alam, 19 Julai 2024 - Satu forum dengan nama Seminar Konsep Dakwah Jalanan kepada Orang Bukan Islam telah diadakan bertempat di Dewan Muktamar, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor.

Seminar ini menampilkan Saudara Muhammad Azim bin Abdullah Suhaimin dari Pertubuhan Multiracial Reverted Muslims (MRM) sebagai panel forum, digandingkan bersama Tuan Mohd Nurulazhar bin Mohd Tohar sebagai moderator forum.

Pengisian yang disampaikan, walaupun ringkas adalah hampir sama dengan modul yang menyuntik jiwa kebanyakan orang bukan Islam di luar sana untuk mendalami seterusnya menganut agama Islam, namun disesuaikan dengan program dalaman jabatan.

Diharapkan dengan penganjuran ini, dapat menambah nilai kepercayaan justeru memantapkan akidah semua kakitangan yang hadir.