Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor

Lawatan dan Kunjung Hormat ke Mahkamah Seksyen dan Sivil Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor

MRS Hulu Selangor

11 نيسان/أبريل 2025

94

11 April 2025 - Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor telah mengadakan lawatan dan kunjung hormat ke Mahkamah Seksyen dan Sivil Kuala Kubu Bharu diketuai oleh Tuan Mohamed Hizwan Bin Mohamed Nor selaku Hakim Syarie MRS Hulu Selangor dan diiringi oleh Puan Noor Anisah Binti Tuyot @ Suyot, Puan Shasaliza Binti Kosenin, Puan Nur Liyana Binti Meswan dan Puan Rabeáh Binti Yunus. Lawatan ini turut disertai oleh dua orang Pegawai Teknologi Maklumat daripada Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor iaitu Encik Ahmad Zuhair bin A. Mubin dan Encik Khairul Amri bin Sanusi . 

Tujuan lawatan dan kunjung hormat ke atas Hakim Mahkamah Seksyen adalah sebagai kunjung balas yang telah dilakukan oleh pihak Mahkamah Seksyen dan Majistret Kuala Kubu Bharu di samping untuk mengeratkan ikatan hubungan antara dua institusi kehakiman. Selain itu, peluang melihat dan mempelajari fungsi serta penggunaan sistem rakaman perbicaraan yang digunakan di Dewan Bicara Mahkamah Seksyen dan Majistret Kuala Kubu Bharu.

Pihak mahkamah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Mahkamah Seksyen dan Sivil Kuala Kubu Bharu di atas kerjasama dan layanan yang amat baik yang telah diberikan sepanjang program lawatan ini.