Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Dokumen Rujukan Pengurusan Rekod

  • Arahan Amalan No 16 Tahun 2021 Jadual Pelupusan Rekod Urusan Fungsian

  • Garis Panduan Pengelasan & Pengelasan Semula Mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972

  • Panduan Pemindahan Rekod Awam 2016

  • Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia, Panduan Pentadbiran dan Pengurusan Pejabat Versi 1.0 2022

  • Peraturan-peraturan Arkib Negara(Penetapan Borang-borang bagi Pelupusan Rekod Awam) 2008

  • Senarai Dokumen Rujukan Pengurusan Rekod JAKESS

  • Surat Pekeliling Am bil 1 tahun 2003 Pengumpulan dan Pemeliharaan Surat-surat Persendirian

  • Jadual Pelupusan Rekod Kewangan Dan Perakaunan.pdf

  • Panduan Pelupusan Rekod Awam

  • Akta Arkib Negara 2003

  • Akta Rahsia Rasmi 1972

  • Arahan Amalan No 7 Tahun 2003

  • Arahan Teknologi Maklumat

  • Dasar Pengurusan Rekod Kerajaan 2010

  • Jadual Pelupusan Rekod Kewangan Dan Perakaunan

  • Jadual Pelupusan Rekod Urusan Am

  • MS 2223-1-2015 Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

  • MS 2223-2-2015 Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

  • Pekeliling Khas JAKESS - Internet Dan Mel Elektronik

  • PK-JAKESS(S)-02 - Prosedur Kawalan Rekod Kualiti

  • PKPA - Internet Dan Mel Elektronik

  • Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2013

  • Surat Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2015

Read more …Dokumen Rujukan Pengurusan Rekod

  • Hits: 7757

Pelan-Pelan JAKESS

  • Pelan Strategik Jabatan Kehakiman Syariah Selangor 2021-2025

  • Pelan Strategik Jabatan Kehakiman Syariah Selangor 2015-2020

  • Pelan Strategik Sumber Manusia 2019 - 2020

  • Pelan Transformasi Jabatan Kehakiman Syariah Selangor

Read more …Pelan-Pelan JAKESS

  • Hits: 5589

Data Terbuka

Set Data # Format
SENARAI MAHKAMAH SYARIAH DI SELURUH NEGARA 1 CSV

Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan 1.0

Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan 1.0
Penggunaan data atau penggunaan semula data hendaklah mematuhi terma dan syarat seperti di bawah.

1. Penggunaan data di bawah terma ini
Pemilik data memberi kebenaran penggunaan data tanpa sebarang caj.

2. Pengguna boleh melaksanakan perkara yang berikut:
  1. Salin, terbit, edar dan pindah data;
  2. Adaptasi data;
  3. Guna data secara komersial dan tidak komersial; dan
  4. Gabung data dengan data lain atau rangkum data dalam produk atau aplikasi.
3. Sekiranya melaksanakan mana-mana daripada yang dinyatakan pada para 2, pengguna HENDAKLAH:
  1. Menyatakan sumber data dalam produk atau aplikasi berdasarkan pernyataan yang ditentukan oleh pemilik data;
  2. Menyediakan pautan kepada Terma Penggunaan ini; dan
  3. Sekiranya pemilik data tidak menyediakan pernyataan pemilik harta intelek data, pengguna hendaklah menggunakan pernyataan seperti yang berikut: "Data dan maklumat tertakluk di bawah Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan Malaysia 1.0"
4. PENGECUALIAN
Terma Penggunaan ini tidak memperuntukkan sebarang hak terhadap:
  1. Data peribadi;
  2. Nama, jata, logo atau sebarang simbol rasmi pemilik data;
  3. Logo organisasi sektor awam atau jabatan;
  4. Lambang diraja dan lambang tentera;
  5. Hak pihak ketiga yang mana pemilik data tiada kuasa terhadapnya;
  6. Sebarang hak harta intelek termasuk paten, tanda dagangan dan hak reka bentuk; dan
  7. Dokumen identiti seperti Pasport Malaysia, MyKad.
5. TIADA JAMINAN
  1. Data adalah dalam bentuk seperti yang disediakan oleh pemilik data. Pemilik data dikecualikan daripada sebarang representasi, waranti, obligasi dan liabiliti berhubung data; dan
  2. Pemilik data tidak bertanggungjawab terhadap sebarang ralat dan kehilangan data. Pemilik data juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang jenis kehilangan, kecederaan atau kerosakan kesan daripada penggunaan data tersebut. Pemilik data tidak memberikan jaminan data disediakan secara berterusan.
6. UNDANG-UNDANG
Terma Penggunaan ini ditadbir oleh undang-undang di bawah bidang kuasa dan pemilik data ialah pemilik utama bagi data tersebut.

Sumber : https://www.data.gov.my Tarikh Pindaan : 30 September 2015

Read more …Data Terbuka

  • Hits: 5712

Dasar & Pekeliling

  • Pekeliling Ketua Hakim Syarie

  • Pekeliling Ketua Pendaftar

  • Polisi Keselamatan Siber JKSM/JKSN/MSN

  • Garis Panduan Etika Berpakaian & Penampilan JAKESS

Read more …Dasar & Pekeliling

  • Hits: 6899

Dasar Privasi

Privasi Anda
Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pelawat. Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi sektor awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Sebagai contoh, untuk menyelesaikan atau merekodkan aduan, maklumat yang diperlukan disalurkan kepada agensi kerajaan yang lain.

Data Peribadi
Pelawat mungkin diminta mengemukakan maklumat peribadi seperti nama dan alamat e-mel untuk penggunaan perkhidmatan di laman web ini. Perkhidmatan tersebut adalah seperti penghantaran notis melalui e-mel, maklum balas laman web atau cadangan idea/aplikasi. Sebarang maklumat peribadi yang dikemukakan kepada laman web ini tidak akan didedahkan melainkan yang dibenarkan oleh undang-undang.

Maklumat Terkumpul

Tiada sebarang maklumat peribadi anda disimpan semasa anda melayari laman web ini kecuali maklumat yang anda putuskan untuk dikemukakan melalui pesanan penerbitan, penghantaran e-mel atau langganan perkhidmatan e-mel di laman web ini.

Laman web ini hanya berkongsi maklumat anda dengan agensi kerajaan lain sekiranya soalan anda berkaitan dengan agensi tersebut, atau sebaliknya sekiranya diperlukan. Laman web ini tidak mengumpul maklumat atau mewujudkan profil individu untuk pemasaran komersial.

Maklumat Log
Apabila anda melayari laman web ini, kami mungkin menyimpan maklumat log berikut secara automatik seperti alamat protokol Internet tempat anda melayari, tarikh dan masa, nama laman web tempat anda membuat pautan, nama fail atau perkataan yang anda cari, butiran yang anda klik pada laman, dan pelayar serta sistem pengoperasian yang anda gunakan.

Maklumat log ini digunakan untuk mengukur bilangan pelawat yang berkunjung ke laman web ini dan mengenal pasti prestasi atau masalah sistem. Kami juga menggunakan maklumat ini untuk membantu dalam membangunkan laman, analisis corak penggunaan, dan untuk menjadikan laman ini lebih berguna. Laman web ini tidak berkongsi atau menjual data pelawat bagi tujuan pengiklanan, pemasaran atau sebarang tujuan komersial.

Penggunaan Kuki (Cookies)
Laman web ini menghasilkan kuki, yang dikumpulkan oleh pelayar laman web bagi membolehkan ia mengenali anda untuk kunjungan yang berikutnya. Kuki ini tidak menyimpan data anda secara kekal dan ia juga tidak disimpan di dalam cakera keras komputer anda. Kuki akan dipadamkan sebaik sahaja anda menutup pelayar anda.

Pautan Kepada Laman Web yang Lain
Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pelawat dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.

Perlindungan Data
Teknologi terkini termasuk perisian penyulitan data digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

Pindaan Dasar
Sekiranya terdapat sebarang pindaan pada dasar, ia akan dikemas kini di halaman ini. Pastikan anda sentiasa melayari bahagian dasar privasi dan keselamatan bagi memastikan anda sentiasa tahu tentang maklumat yang disimpan, kaedah dan waktu ia digunakan.

Dasar Privasi

  • Hits: 5380

Dasar Keselamatan

Dasar Keselamatan
  • Pelawat yang ingin menggunakan kemudahan seperti maklum balas kepada pengemaskinian laman web ini perlu mendaftar bagi tujuan keselamatan untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
  • Pelawat bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang maklumat yang diberikan kepada laman web ini.
  • Pelawat harus memastikan sebarang fail yang dikepilkan bersama (jika ada) bebas daripada sebarang pepijat (bug).
  • Laman web kerajaan dan agensi swasta yang memerlukan pautan ke laman web ini mestilah mendapatkan kelulusan daripada Pentadbir laman web ini.
  • Memecah masuk atau cubaan mengodam laman web ini adalah dilarang sama sekali.

Pindaan Dasar
Sekiranya terdapat sebarang pindaan pada dasar, ia akan dikemas kini di halaman ini. Pastikan anda sentiasa melayari bahagian dasar privasi dan keselamatan bagi memastikan anda sentiasa tahu tentang maklumat yang disimpan, kaedah dan waktu ia digunakan.
  • Hits: 4862