Unit Penyelidikan JAKESS berfungsi membantu YA Hakim Mahkamah Tinggi Syariah bagi kelancaran kes-kes Syariah di dewan Mahkamah termasuk pengurusan kaunter, urusan pentadbiran serta membantu kelancaran berkaitan kehakiman dan perundangan.
Unit Pusat Sumber JAKESS pula berfungsi menyelia ruang bacaan, bahan-bahan rujukan seperti buku ilmiah dan kitab-kitab serta menguruskan perkhidmatan pinjaman kepada Hakim, Penyelidik, Pendaftar, Pegawai Sulh, Pegawai Bahagian Sokongan Keluarga, termasuk kepada semua kakitangan dan sebagai tempat rujukan kepada para peguam, pendakwa, ahli-ahli akademik, pelajar serta orang awam.