Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) - JAKESS
AKRAB adalah nama yang diberikan kepada Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam atau lebih dikenali sebagai pembimbing rakan sekerja. Akrab mula diperkenalkan melalui satu pekeliling yang telah dikeluarkan oleh JPA melalui pekeliling bil:18/2005. Sejak dari tahun 2005 beberapa agensi kerajaan serta badan berkanun telah menubuhkan unit AKRAB di organisasi masing-masing, tidak terkecuali di JAKESS sendiri. Bagi JAKESS, AKRAB mula diperkenalkan pada 2007 selepas seramai 21 orang pegawai JAKESS ditauliahkan oleh pihak JPA. Mereka yang layak dilantik sebagai ahli AKRAB hendaklah mengikuti Program Peningkatan Kemahiran Asas Kaunseling yang ditetapkan oleh pihak JPA.
Sejak AKRAB diperkenalkan di JAKESS beberapa aktiviti telah dilaksanakan, antaranya mengadakan lawatan dan mengadakan sesi bimbingan samada secara individu mahupun kelompak. Pada peringkat awal hanya kakitangan yang dirujuk pihak pengurusan sumber manusia sahaja yang diberi keutamaan. Manakala bagi ahli AKRAB sendiri kursus pasca AKRAB juga telah dianjurkan dan dihadiri samada di peringkat JAKESS atau peringkat SUK Negeri.
A.K.R.A.B.
merupakan akronim kepada perkataan berikut yang menjadi teras nilai yang perlu ada kepada setiap seorang rakan pembimbing :
A : Amanah
K : Komitmen
R : Rasional
A : Akhlak
B : Bestari
Menyediakan perkhidmatan membimbing bagi membantu rakan sekerja meningkatkan potensi dan kecemerlangan diri.
Menjadikan AKRAB Penggerak Pembangunan Modal Insan Dalam Pengurusan Sumber Manusia.
- Melaksanakan aktiviti khidmat membimbing kepada warga organisasi;
- Membantu pegawai yang memerlukan bantuan dalam menghadapi permasalahan dalam kehidupan;
- Berperanan sebagai perantaraan antara pegawai dengan kaunselor dalam membuat saringan kesesuaian masalah; dan
- Mewujudkan hubungan baik dengan pihak pengurusan sumber manusia di agensi bagi memudahkan pelaksanaan aktiviti AKRAB.
- Membantu mengembang dan mengukuhkan budaya kerja cemerlang;
- Mengukuhkan nilai kendiri;
- Mewujudkan suasana dan persekitaran kerja harmoni;
- Mewujudkan perkongsian pengetahuan, maklumat dan masalah;
- Mewujudkan kaedah penyelesaian masalah secara dalaman;
- Mewujudkan kesepakatan di kalangan rakan sejawat; dan
- Mewujudkan kelompok sokongan kepada pegawai yang memerlukan bantuan
“ Berkhidmat Membimbing ”.
PENCAPAIAN AKRAB JAKESS
-
BIL AKTIVITI AGENSI 1 Anugerah APPC Tempat Pertama Peringkat Negeri Selangor -
BIL AKTIVITI AGENSI 1 Pentauliahan Ahli AKRAB Peringkat Negeri Selangor 2 Pentauliahan Jurulatih Utama Pementoran Peringkat Negeri Selangor 3 Lawatan Penanda Aras AKRAB PERDA, Pulau Pinang 4 Anugerah Tokoh AKRAB (Puan Siti Rashidah binti Sarkom) Peringkat Jabatan -
BIL AKTIVITI AGENSI 1 Lawatan Penanda Aras AKRAB JAIS 2 Anugerah AKRAB Dinamik Peringkat Negeri Selangor 3 Anugerah Penarafan Lima(5) Bintang Naziran Standard Kualiti Perkhidmatan Psikologi (SKPPsi) Peringkat Negeri Selangor 4 Anugerah Tokoh AKRAB (Tuan Faizarul Nizam bin Azhari) Peringkat Jabatan 5 Pentauliahan Ahli AKRAB Peringkat Negeri Selangor 6 Lawatan Penanda Aras AKRAB Jabatan Mufti Selangor
AHLI AKRAB JAKESS

Salehan bin Haji Yatim

Mohd Hairuddin bin Ab Rahim

Muhammad Nazri bin Basrawi

Mohd Taufik Naim Bin Kamarudin

Abdul Hadi bin Umar

Mohamad Yuszairi bin Mohamad Zam Zam

Siti Rahmah binti Hussin

Norsalwa binti Abdullah Thani

Aminullah bin Bahrin

Marina Binti Abdul Rahman

Sri Kauthar binti Mohamad Banon

Salasiah binti Shamsuddin

Siti Aminah binti Hussin

Harun bin Hashim

Aris Fadhilah bin Ramli

Faizarul Nizam bin Azhari

Zahrudin bin Mohamed Jawawi

Mohd Soleh bin Bahari

Harif bin Naim

Norliana binti Zaimon

Siti Rashidah binti Sarkom

Norsafia binti Shariff

Nor Khisamuddin bin Md Nor

Mohd Anas bin Kadir

Nurizzati binti Roslan
CARTA ORGANISASI AKRAB JAKESS

PROGRAM / AKTIVITI AKRAB JAKESS
Bil | AKTIVITI AKRAB | TARIKH | TEMPAT |
---|---|---|---|
1 | Mesyuarat AKRAB Bil.1/2020 | 6.1.2020 3.7.2020 |
JAKESS |
2 | Mahabbah AKRAB Siri 3 (MRS Hulu Langat, K. Langat, Ampang, Gombak, Hulu Selangor, Sepang) | 14.2.2020 | JAKESS |
3 | Program Refresher Pementoran | 3 - 4 Sep 2020 | PDT Petaling |
4 | Ceramah Pengurusan Stress COVID-19 bersama Cgu Jinggo | 5.11.2020 | Aplikasi SKYPE |
5 | Sesi Bimbingan Kaunseling | Jan-Dis | JAKESS |
Bil | AKTIVITI PEMENTORAN | TARIKH | TEMPAT |
---|---|---|---|
1 | Mesyuarat JK Pementoran Bil.1/2020 | 7.1.2020 | JAKESS |
2 | Program TOT Pementoran JAKESS dan Watikah Mentor Menti | 24.2.2020 | Dewan Muktamar, JAKESS |
3 | Mesyuarat JK Pementoran Bil.2/2020 | 24.2.2020 | Dewan Muktamar, JAKESS |
4 | Bengkel Modul Pementoran | 21.8.2020 | JAKESS |
5 | Program Outdoor Pementoran | 17-18 Sep 2020 | PUSAT INFO JAKESS |
6 | Bengkel Penutup Pementoran | 18.9.2020 | PUSAT INFO JAKESS |