Menjadi Institusi Kehakiman Syariah terunggul di Malaysia dengan menyediakan perkhidmatan yang berkualiti, adil dan efisien.
Misi
Melaksanakan pengadilan dan pengurusan Mahkamah Syariah secara berkesan dan sistematik berasaskan peruntukan Undang-Undang.
Objektif Kualiti Jabatan
90% Kes Mal akan mula disebut atau mula dibicarakan atau dibawa ke Majlis Sulh dalam tempoh 19 hari selepas didaftarkan.
90% Kes Saman Jenayah akan mula disebut atau mula dibicarakan dalam tempoh 19 hari selepas didaftarkan.
Keputusan kes akan dibuat dalam tempoh 30 hari setelah prosiding perbicaraan selesai atau hujahan lengkap difailkan.
Perintah Faraid sedia dikeluarkan kepada pelanggan dalam tempoh 14 hari selepas kes diputuskan bagi kes Faraid kurang 5 lapis sahaja.
90% perintah perbicaraan bagi kes perceraian yang tidak diwakili Peguam Syarie perlu disediakan dalam tempoh 21 hari selepas kes diputuskan.
90% Kes Rayuan akan diberi tarikh sebutan/ pendengaran dalam tempoh 19 hari selepas rekod rayuan yang lengkap diterima.
Memastikan semua Pegawai dan Kakitangan Jabatan menghadiri program latihan yang berkaitan dengan pendidikan Islam sekurang-kurangnya 2 hari dalam setahun.
Maklumbalas kepada pelanggan terhadap aduan akan dimaklumkan dalam tempoh 15 hari bekerja.