Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Info Jabatan

Bahagian Penyelesaian Alternatif

  • Pengenalan

    Bahagian Penyelesaian Alternatif telah diwujudkan pada 11 September 2014 melalui kelulusan Surat Kelulusan Perjawatan (SKP) Kerajaan Negeri Selangor Bil. 13 Tahun 2014. Bahagian ini mempunyai seorang ketua, 6 orang pegawai Syariah dan 2 orang pembantu Syariah.

    Terdapat 2 Unit di Bahagian ini iaitu :

    1. Unit Sulh; dan
    2. Unit Hakam

    Penubuhan Bahagian ini diwujudkan sebagai satu alternatif dalam mempercepatkan penyelesaian kes yang didaftarkan di Mahkamah Syariah iaitu setiap kes yang didaftarkan perlu melalui proses sulh terlebih dahulu bagi membincangkan pertikaian-pertikaian yang terdapat dalam kes tersebut sebelum melalui proses perbicaraan. Oleh itu dengan kewujudan bahagian ini dilihat dapat mengelakkan kes-kes dibicarakan dengan panjang sedangkan terdapat penyelesaian yang boleh dicapai dengan cepat melalui alternatif ini.

    Selain itu juga, Bahagian ini terdiri daripada unit Hakam yang menjalankan fungsi sebagai penimbang tara yang diberi kuasa oleh pihak-pihak atau oleh Mahkamah untuk menyelesaikan perkelahian (shiqaq) antara suami dan isteri dan juga berfungsi menamatkan shiqaq antara suami isteri dengan cara mendamaikan atau memisahkan kedua-duanya dengan talaq atau khul’. Hakam juga semasa menjalankan Majlis Tahkim bertanggungjawab menerima dan melaksanakan arahan Mahkamah dari semasa ke semasa dan menjelaskan tentang peraturan umum yang perlu dipatuhi oleh semua pihak dalam Majlis Tahkim. Hakam ini dilantik sekiranya Mahkamah berpuashati bahawa telah berlaku perkelahian (shiqaq) antara pihak-pihak dalam pekahwinan.

    Berikut adalah senarai nama pegawai yang menyandang tugas sebagai Ketua Bahagian Penyelesaian Alternatif :

    1. Puan Firdawaty Binti Mohammad (18 September 2017- 14 April 2019)
    2. Puan Noridah Binti Mohamed Noor (15 April 2019 – 29 Februari 2020)
    3. Tuan Fairus bin Jaafar (18 Ogos 2020 – kini)
  • Unit Sulh

    1. Menguruskan pendaftaran kes Sulh.
    2. Mengurus, menyelia dan mengendalikan pelaksanaan Majlis Sulh bagi kes-kes yang telah ditetapkan di dalam peruntukan undang-undang.
    3. Menyediakan perjanjian persetujuan bagi kes-kes yang telah diputuskan di dalam Majlis Sulh mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
    4. Menyediakan Laporan Majlis Sulh.
    5. Mengemaskini kes sulh yang dikendalikan di dalam sistem E-Syariah.
    6. Menyediakan statistik kes Sulh secara bulanan dan tahunan.
    7. Menyediakan Notis Sulh dan perubahan jadual Sulh.

    Sehingga kini, terdapat 6 orang pegawai Sulh di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor dan 10 orang pegawai Sulh di Mahkamah Rendah Syariah Selangor.

  • Unit Hakam

    1. Memantau dan menyelia pengurusan pelaksanaan Hakam di jabatan.
    2. Menyediakan statistik kes Hakam.
    3. Menjadi urus setia Jawatankuasa Hakam Selangor.
    4. Membantu menguruskan pelantikan dan tatatertib anggota Panel Hakam Selangor.
    5. Menguruskan bayaran elaun panel Hakam.
    6. Membuat koordinasi dengan Mahkamah Rendah Syariah berhubung dengan penjadualan Panel Hakam di seluruh Selangor.
    7. Membuat analisa/kajian keberkesanan pelaksanaan Hakam.
    8. Menjadi urus setia untuk kursus Hakam.

    Panel hakam telah dilantik oleh Majlis Agama Islam Selangor bermula pada tahun 2015 hingga kini. Sehingga tahun 2020, jumlah panel hakam di negeri Selangor ialah 63 orang.

  • Carta Organisasi