Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Mahkamah Rendah Syariah Sepang

Latar Belakang

Daerah Sepang adalah daerah bongsu bagi Negeri Selangor Darul Ehsan. Ia terletak di bahagian selatan Negeri Selangor Darul Ehsan, bersempadan dengan Daerah Hulu Langat, Daerah Kuala Langat dan Daerah Petaling. Daerah Sepang juga bersempadan dengan Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus. Jika dilihat dari pandangan atas, Daerah Sepang adalah berbentuk hulu sebatang keris, memanjang ke arah selatan dari Universiti Putra Malaysia (UPM), dengan lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban di sempadan sebelah timur sehingga ke kampung Sg. Buah/Bukit Unggul.

Di sebelah baratnya pula, adalah Daerah Kuala Langat, sementara Daerah Petaling menjadi jiran di sebelah utara. Di sebelah selatan pula, Daerah Sepang terbuka menghadap Selat Melaka.Mengikut sejarah awal, nama Daerah Sepang diambil bersempena dengan nama pokok yang banyak tumbuh di daerah ini, iaitu pokok Sepang. Pada awalnya, daerah ini merupakan kawasan-kawasan daerah kecil Kuala Langat (Mukim Sepang dan Mukim Labu) dan Hulu Langat (Mukim Dengkil). Kawasan-kawasan ini kemudian digabungkan menjadi satu daerah baru. Daerah Sepang mencapai taraf Daerah sepenuhnya pada 1 Januari 1975.

Daerah Sepang mempunyai keluasan 599.7km² dengan populasi jumlah penduduk seramai 127,100 orang. Justeru, bagi menjaga kemaslahatan umat Islam di dalam daerah Klang ini telah ditubuhkan sebuah Pejabat Agama Islam Daerah dan Mahkamah Rendah Syariah Daerah.

Mahkamah Rendah Syariah Sepang telah wujud sekitar tahun 1990. Pada ketika itu, MRS Sepang meliputi kawasan Kuala Langat dan Klang, yang kini mempunyai Mahkamah Rendah Syariah jajahan takluk masing-masing.

Selain itu, pada ketika itu, MRS Sepang turut digabungkan dengan Pejabat Agama Islam Daerah Sepang, berada dalam kawasan yang sama. Pada Januari tahun 2012, MRS Sepang telah berpindah ke lokasi baharu, yang sehingga kini menjadi tempat tinggalnya yang terkini.

MRS Sepang terdiri daripada 10 orang kakitangan, dengan seorang ketua pejabat merangkap Hakim Syarie lokasi, Tuan Muhammad Nazri bin Haji Basrawi.

Hakim-Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Sepang seperti berikut:
  1. Tuan Rosdi bin Hanapi ( 2013 hingga 2015)
  2. Tuan Che Abdullah bin Che Hassan (2021)
  3. Tuan Muhammad Nazri bin Basrawi (2021 hingga kini)
  4. Tuan Nor Faiz Afsal bin Abu Bakar (2022 hingga kini)
Bangunan Lama Mahkamah Rendah Syariah Sepang
Bangunan Baru Mahkamah Rendah Syariah Sepang

Hubungi Kami

  • Mahkamah Rendah Syariah Sepang
    Jalan BBST Bandar Baru Salak Tinggi,
    43900 Sepang,
    Selangor
  • 03-870 62840
  • 03-870 62954
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.