PROGRAM ROADSHOW KUALITI ABMS

Wakil jabatan yang menyampaikan pengisian program ialah Tuan Mohd Nurulazhar bin Mohd Tohar dan Tuan Faizarul Nizam bin Azhari
PANDAN INDAH, 14 November 2024 – Warga Mahkamah Rendah Syariah Ampang telah selesai menjalani Program Roadshow Kualiti pada petang hari ini bertempat di bilik mesyuaratnya.
Program ini bertujuan memberi pendedahan berkenaan pewujudan Sistem Pengurusan Anti Rasuah (ABMS) oleh Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (Jakess). Sistem ini memperkenalkan saluran untuk melapor sebarang insiden rasuah yang berlaku di sepanjang proses kerja dan aktiviti di semua lokasi di bawah Jakess.
Beberapa kriteria yang perlu dipastikan menjadi budaya bagi membanteras pengamalan rasuah di lokasi, antaranya; menolak rasuah, polisi pemberian maklumat dan penerimaan hadiah.