Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Media

  • Home
  • Media
  • Berita Terkini
  • JAKESS ANJUR KURSUS PEMERKASAAN KOMPETENSI PEGAWAI MAHKAMAH SYARIAH SELANGOR (MODUL PSIKOLOGI)

JAKESS ANJUR KURSUS PEMERKASAAN KOMPETENSI PEGAWAI MAHKAMAH SYARIAH SELANGOR (MODUL PSIKOLOGI)

Admin-Haeida

18 March 2024

480

                         JAKESS ANJUR KURSUS PEMERKASAAN KOMPETENSI PEGAWAI MAHKAMAH SYARIAH SELANGOR MODUL PSIKOLOGI
                    
4 Mac 2024, SHAH ALAM - JAKESS telah mengundang YBhg. Assoc. Prof. Dr. Geshina Ayu Mat Saat, Pakar Kriminologi sebagai penceramah dalam Kursus Pemerkasaan Kompetensi Pegawai Mahkamah Syariah Selangor (Modul Psikologi) yang telah diadakan pada 4hb. hingga 6hb. Mac, 2024.

Antara perkongsian beliau sepanjang 3 hari program tersebut berlangsung ialah bagaimanakah cara atau ujian untuk mengenalpasti prilaku manusia melalui pendekatan Kriminologi.

Beliau juga turut berkongsi kaedah untuk mengenalpasti personaliti manusia dan langkah awal untuk mengesan gangguan atau penyakit mental.

YAA Dato' Mohammad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor dalam amanatnya kepada semua peserta menyatakan agar segala teknik dan tips serta pengalaman yang dikongsikan oleh penceramah hendaklah diaplikasikan dalam tugasan, agar kualiti penyampaian perkhidmatan JAKESS kepada para pelanggan dapat ditingkatkan.

Program tersebut telah dihadiri seramai 39 orang peserta, terdiri daripada kalangan Hakim Syarie, Pegawai Sulh, Pegawai Penyelidik, Pendaftar, Penolong Pendaftar dan Pembantu Pendaftar JAKESS.