Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Media

  • Home
  • Media
  • Berita Terkini
  • LAWATAN DARIPADA PEJABAT SULTAN SELANGOR BERSEMPENA LAWATAN PENANDA ARAS EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)

LAWATAN DARIPADA PEJABAT SULTAN SELANGOR BERSEMPENA LAWATAN PENANDA ARAS EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)

Admin-Haeida

06 June 2025

26

 502593472 1256362599822536 842300307256573649 n 504202476 1256362616489201 5075891771693272770 n

503650331 1256362679822528 7959378635068513371 n 501080636 1256362669822529 4103761547499443633 n

504091707 1256362719822524 3963527540154872494 n 500976917 1256362573155872 7899751757819049337 n

4 Jun 2025, Shah Alam - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) berbesar hati menerima lawatan daripada Pejabat Sultan Selangor bersempena Lawatan Penanda Aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) bertempat di Bangunan Ibu Pejabat JAKESS semalam.

Lawatan seramai 30 orang daripada Pejabat Sultan Selangor ini adalah bertujuan untuk mengetahui dengan lebih terperinci proses pelaksanaan amalan EKSA di JAKESS disamping perkongsian ilmu dan pengalaman berkenaan EKSA.

Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YAA Dato' Mohammad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor dan ucapan balas oleh Puan Jastinah binti Jasmin, Penyelaras EKSA Pejabat Sultan Selangor.

Perkongsian amalan EKSA JAKESS telah disampaikan oleh Puan Noor Syahidah Binti Saadon selaku Ketua Jawatankuasa Latihan EKSA sebelum sesi soal jawab.

Peserta seterusnya dibawa melawat ke beberapa zon EKSA yang berada di Bangunan Ibu Pejabat JAKESS. Turut bersama dalam program ini adalah semua wakil ketua setiap zon.