Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Media

  • Home
  • Media
  • Berita Terkini
  • LAWATAN KERJA RASMI JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SELANGOR KE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SARAWAK, TABUNG BAITULMAL SARAWAK DAN SARAWAK INFORMATION SYSTEMS SDN. BHD.

LAWATAN KERJA RASMI JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SELANGOR KE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SARAWAK, TABUNG BAITULMAL SARAWAK DAN SARAWAK INFORMATION SYSTEMS SDN. BHD.

Admin-Ain

18 July 2024

114

451600836 996557002469765 38171 451343784 996556939136438 33742

451444491 996557869136345 76976 451294937 996558112469654 42278

14 Julai 2024, Kuching - Seramai 10 orang delegasi Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) yang diketuai oleh YAA Dato' Mohammad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor telah mengikuti lawatan kerja rasmi ke Sarawak bermula 14hb. hingga 16hb. Julai, 2024.

Destinasi pertama lawatan adalah Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) dan dalam kunjungan tersebut, JAKESS telah dibentangkan dengan pengalaman JKSS dalam membangunkan dan melaksanakan sistem i-Syariah serta pelaksanaan inisiatif-inisiatif kualiti JKSS.

Dalam masa yang sama, JKSS telah membawa delegasi JAKESS melawat Dewan Bicara yang dilengkapi dengan perkakasan berteknologi bagi menyokong pelaksanaan sistem i-Syariah.


Seterusnya, pada hari yang sama, delegasi JAKESS telah mengunjungi Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) untuk mendapatkan perkongsian pengalaman TBS dalam mengurus tadbir fail dan rekod. Dalam masa yang sama, TBS turut berkongsi pengalaman membangunkan ekonomi ummah dan mengurus tadbir agensi serta kejayaan yang telah dicapai.

Akhirnya sebagai penutup lawatan kerja rasmi di Sarawak, JAKESS telah mengunjungi Sarawak Information Systems Sdn. Bhd. (SAINS) untuk meninjau dan mendapatkan maklumat berkenaan dengan produk-produk teknologi yang dibangunkan untuk JKSS.

Semoga dengan maklumat dan pengalaman yang telah diperolehi JAKESS dalam lawatan ke tiga-tiga agensi tersebut dapat membantu JAKESS meningkatkan lagi kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.