Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Media

PROGRAM WORLD #QURANHOUR 2026 PERINGKAT JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SELANGOR (JAKESS)

Admin-Haeida

12 March 2026

204

650366329 1501949701930490 867707988294066389 n 650364807 1501949698597157 6604244347795865252 n

650379561 1501949708597156 5267255677716838171 n 650275624 1501949795263814 6952839595575574910 n

                                     649769828 1501949705263823 20656107443139074 n

11 Mac 2026, Shah Alam – Bahagian Penyelidikan dan Pusat Sumber telah mengurusetiakan program World #QuranHour dengan penyertaaan seramai 168 orang warga kerja Jabatan Kehakiman Syariah Selangor secara dalam talian sebagai solidariti bersama program World #QuranHour Perdana yang dianjurkan di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM Gombak.


Program ini membawa tema "Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia" melalui tadabbur Surah al-Muzzammil.
Di akhir program, turut dikongsikan resolusi untuk dihayati dan dicapai bersama iaitu :

1) Menguatkan hati dan jiwa melalui Al-Quran, dengan menghidupkan malam melalui solat dan tilawah terutamanya menjelang fasa akhir Ramadan ini.

2) Mensucikan dan membersihkan diri sebelum mengubah orang lain, dengan membersihkan hati akhlaq dan menguatkan hubungan dengan Allah.

3) Bersabar dan istiqomah dalam menyampaikan kebaikan, sama ada kepada keluarga dan juga masyarakat.

4) Berwaspada terhadap kehidupan dunia agar tidak jauh daripada Al-Quran.

Diharapkan dengan penganjuran program ini dapat melahirkan semangat cintakan Al-Quran di kalangan warga kerja JAKESS di samping membudayakan menghayati Al-Quran melalui tilawah dan tadabbur surah.