Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Mahkamah Rendah Syariah Sabak Bernam

LAWATAN PENANDA ARAS DARIPADA MRS HULU SELANGOR

MRS Sabak Bernam

20 May 2026

27

MRSHS

SABAK BERNAM, 17 Disember 2025 – Satu lawatan penanda aras telah diadakan melibatkan Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor (MRSHS) ke Mahkamah Rendah Syariah Sabak Bernam (MRSSB).

Lawatan perkongsian ilmu ini bertujuan untuk bertukar pandangan, berkongsi amalan terbaik (best practices), serta memperkukuh tadbir urus dan sistem penyampaian perkhidmatan kehakiman syariah di antara kedua-dua buah mahkamah.

Sesi lawatan diakhiri dengan acara pertukaran cenderahati sebagai simbolik penghargaan dan jalinan kerjasama yang erat antara MRSHS dan MRSSB. Semoga perkongsian yang berfaedah ini dapat memberikan impak positif dalam memartabatkan institusi kehakiman syariah demi keadilan ummah.