Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam

Pemantauan Pematuhan Arahan Amalan Mahkamah Syariah Tahun 2022

MRS Shah Alam

20 December 2022

2718

Pemantauan Pematuhan Arahan Amalan JKSM Tahun 2022 telah dijalankan pada 6-8 Disember 2022. Program ini melibatkan Mahkamah Rendah Syariah Sabak Bernam dan Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam dan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam. Pegawai Pemantau adalah Puan Maria binti Jilani dan Puan Suraya binti Abdullah.

Objektif program ini adalah bagi mengukur pemahaman dan melihat pelaksanaan Arahan Amalan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dipatuhi, mengenalpasti cadangan penambahbaikan pematuhan Arahan Amalan dan meningkatkan imej melalui proses kerja yang seragam di semua Mahkamah Syariah. Hasil pemantauan mendapati terdapat beberapa penambahbaikan yang perlu diambil tindakan segera bagi memastikan ianya terus dijadikan rujukan dan diterapkan dalam proses kerja yang berkaitan.