Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) - JAKESS

AKRAB adalah nama yang diberikan kepada Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam atau lebih dikenali sebagai pembimbing rakan sekerja. Akrab mula diperkenalkan melalui satu pekeliling yang telah dikeluarkan oleh JPA melalui pekeliling bil:18/2005. Sejak dari tahun 2005 beberapa agensi kerajaan serta badan berkanun telah menubuhkan unit AKRAB di organisasi masing-masing, tidak terkecuali di JAKESS sendiri. Bagi JAKESS, AKRAB mula diperkenalkan pada 2007 selepas seramai 21 orang pegawai JAKESS ditauliahkan oleh pihak JPA. Mereka yang layak dilantik sebagai ahli AKRAB hendaklah mengikuti Program Peningkatan Kemahiran Asas Kaunseling yang ditetapkan oleh pihak JPA.

             Sejak AKRAB diperkenalkan di JAKESS beberapa aktiviti telah dilaksanakan, antaranya mengadakan lawatan dan mengadakan sesi bimbingan samada secara individu mahupun kelompak. Pada peringkat awal hanya kakitangan yang dirujuk pihak pengurusan sumber manusia sahaja yang diberi keutamaan. Manakala bagi ahli AKRAB sendiri kursus pasca AKRAB juga telah dianjurkan dan dihadiri samada di peringkat JAKESS atau peringkat SUK Negeri.

A.K.R.A.B.

merupakan akronim kepada perkataan berikut yang menjadi teras nilai yang perlu ada kepada setiap seorang rakan pembimbing :

A : Amanah

K : Komitmen

R : Rasional

A : Akhlak

B : Bestari

PERANAN AKRAB

Peranan ahli AKRAB ialah untuk membantu mewujudkan pengurusan modal insan lebih humanistik. Antara peranan lain rakan sekerja ialah:

a. Berkongsi pengalaman dan ilmu pengetahuan

b. Memberi sokongan kepada perubahan

c. Menjadi agen transformasi perkhidmatan awam

d. Memberi motivasi untuk mengekalkan perubahan

e. Menjadi pembimbing kehidupan berkerjaya

f. Menggalakkan budaya kerja berpasukan

g. Menerapkan nilai-nilai kesukarelaan dan empati

PERKARA YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH AHLI AKRAB

Peranan yang boleh dilakukan sebagai ahli AKRAB untuk membantu orang lain adalah seperti berikut:

i)  Pemudahcara dalam situasi terbuka dan empati;

ii) Terima rakan tanpa syarat;

iii) Membantu rakan melihat beberapa alternatif bagi membuat keputusan;

iv) Sokongan kepada rakan untuk mengambil langkah positif;

v)  Mematuhi kerahsiaan;

vi) Menyedari bukan semua masalah boleh diatasi;

vii) Berbincang masalah harian yang biasa;

viii) Merujuk kes-kes berat kepada pegawai psikologi; dan

  ix) Sayangi diri dan memahami batas diri dalam membantu rakan.

PERKARA YANG TIDAK BOLEH DILAKUKAN OLEH AHLI AKRAB

Ahli-ahli AKRAB perlulah mengamalkan tingkah laku baik yang boleh dicontohi dan sentiasa menjaga tahap integriti yang tinggi. Walau bagaimanapun disarankan ahli-ahli AKRAB tidak melakukan perkara-perkara seperti dibawah;

  1. Mendesak rakan tentang apa yang harus mereka  lakukan;
  2. Memberi keputusan dan memberikan jalan penyelesaian masalah tanpa melalui sesi bimbingan;
  3. Menceritakan keburukan rakan kepada orang lain;
  4. Berbincang dengan rakan yang mengalami masalah emosi yang mendalam; dan;
  5. Mengendalikan masalah yang terlalu rumit sehingga mengganggu ketenteraman jiwa.
  • OBJEKTIF

    Menyediakan perkhidmatan membimbing bagi membantu rakan sekerja meningkatkan potensi dan kecemerlangan diri.

  • VISI

    Menjadikan AKRAB Penggerak Pembangunan Modal Insan Dalam Pengurusan Sumber Manusia.

  • MISI

    • Melaksanakan aktiviti khidmat membimbing kepada warga organisasi;
    • Membantu pegawai yang memerlukan bantuan dalam menghadapi permasalahan dalam kehidupan;
    • Berperanan sebagai perantaraan antara pegawai dengan kaunselor dalam membuat saringan kesesuaian masalah; dan
    • Mewujudkan hubungan baik dengan pihak pengurusan sumber manusia di agensi bagi memudahkan pelaksanaan aktiviti AKRAB.
  • FUNGSI

    1. Membantu mengembang dan mengukuhkan budaya kerja cemerlang;
    2. Mengukuhkan nilai kendiri;
    3. Mewujudkan suasana dan persekitaran kerja harmoni;
    4. Mewujudkan perkongsian pengetahuan, maklumat dan masalah;
    5. Mewujudkan kaedah penyelesaian masalah secara dalaman;
    6. Mewujudkan kesepakatan di kalangan rakan sejawat; dan
    7. Mewujudkan kelompok sokongan kepada pegawai yang memerlukan bantuan
  • MOTTO

    “ Berkhidmat Membimbing ”.

  • FALSAFAH

    Sebagai ahli AKRAB, anda perlu sentiasa menghayati falsafah AKRAB iaitu: “Bantu Diri Untuk Membantu Rakan Lain”. Dalam usaha membantu rakan, anda mendapat pengetahuan, kemahiran dan pengalaman untuk mempertingkatkan diri dari segi ilmu pengetahuan, tingkahlaku, perhubungan, kreativiti dan nilai diri.

  • PRINSIP

    Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama, bangsa, kedudukan, perlakuan dan fizikal.

  • KONSEP AKRAB

    Program AKRAB berkonsepkan rakan membantu rakan berteraskan asas kaunseling dan kemahiran membimbing dengan perkongsian input pengetahuan serta nilai-nilai murni yang ada pada diri ahli AKRAB. Konsep AKRAB membantu rakan diwujudkan bagi menyediakan medium perantaraan antara rakan sekerja dengan pihak pengurusan sesebuah jabatan. Selain itu membolehkan pegawai berkongsi idea, tempat meluahkan perasaan, memupuk semangat berpasukan dan mendapatkan bimbingan sokongan daripada ahli-ahli AKRAB.

AKRAB CARE

AKRAB Care sebagai satu sistem  support group kepada kelompok rakan sekerja yang telah menjalani program intervensi (pemulihan) modul PSYNOVA BMT - melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil.7 Tahun 2015 Perlaksanaan Dasar Pemisah Exit Policy bagi pegawai yang berprestasi rendah dalam perkhidmatan awam.Tujuan perlaksanaan AKRAB CARE  adalah berasaskan pendekatan psikologi dan kaunseling sesuai dengan hasrat kerajaan untuk melaksanakan transformasi perkhidmatan awam secara komprehensif. Program ini juga merupakan sumbangan ahli-ahli AKRAB kepada dasar-dasar kerajaan.

PENCAPAIAN AKRAB JAKESS

  • 2020

    BIL AKTIVITI AGENSI
    1 Anugerah APPC Tempat Pertama Peringkat Negeri Selangor
  • 2019

    BIL AKTIVITI AGENSI
    1 Pentauliahan Ahli AKRAB Peringkat Negeri Selangor
    2 Pentauliahan Jurulatih Utama Pementoran Peringkat Negeri Selangor
    3 Lawatan Penanda Aras AKRAB PERDA, Pulau Pinang
    4 Anugerah Tokoh AKRAB (Puan Siti Rashidah binti Sarkom) Peringkat Jabatan
  • 2018

    BIL AKTIVITI AGENSI
    1 Lawatan Penanda Aras AKRAB JAIS
    2 Anugerah AKRAB Dinamik Peringkat Negeri Selangor
    3 Anugerah Penarafan Lima(5) Bintang Naziran Standard Kualiti Perkhidmatan Psikologi (SKPPsi) Peringkat Negeri Selangor
    4 Anugerah Tokoh AKRAB (Tuan Faizarul Nizam bin Azhari) Peringkat Jabatan
    5 Pentauliahan Ahli AKRAB Peringkat Negeri Selangor
    6 Lawatan Penanda Aras AKRAB Jabatan Mufti Selangor

AHLI AKRAB JAKESS

BIL

NAMA AHLI

NO. AHLI

1.

YA Tuan Zulfikri bin Yasoa’

 

2.

YA Tn. Salehan bin Yatim

A 321107

3.

YA Tn. Dr. Zainal Abidin bin Kusmin

 

4.

Puan Nenney Shuhaidah binti Shamsuddin

A 131408117

5.

Tn. Mohd Hairuddin bin Ab Rahim

A 10116414

6.

Tn. Muhamad Nazri bin Basrawi

A 238706

7.

Tn. Muhammad Mujahid bin Ahmad

 

8.

Tn. Mohd Taufik Naim bin Kamarudin

A 16113622

9.

Tn. Abdul Hadi Bin Umar

A 131408717

10.

Tn. Mohamad Yuszairi B. Mohd Zam Zam

A 14104418

11.

Pn. Siti Rahmah Binti Hussin

A 9038613

12.

Pn. Norsalwa Binti Abdullah Thani

A 131408517

13.

Tn. Aminullah Bin Bahrin

A 131408617

14.

Pn. Marina Binti Abdul Rahman

A 131408417

15.

Pn. Sri Kauthar Binti Mohd Banon

A 321307

16.

Pn. Salasiah binti Shamsuddin P.J.K

A 321007

17.

Pn. Siti Aminah binti Hussain

A 131408917

18.

Tn. Hj Harun bin Hashim

A  320007

19.

Tn. Aris Fadhilah bin Ramli

A 6067010

20.

Tn. Faizarul Nizam bin Azhari

A10116014

21.

Tn. Mohd Soleh bin Bahari

A 131408817

22.

Tn. Harif bin Naim

A 16106522

23.

Pn. Norliana bintiZaimon

A 10116814

24.

Pn. Siti Rashidah binti Sarkom

A 10117914

25.

Pn. Norsafia binti Shariff P.J.K

A 10116914

26.

En. Norkhisamuddin bin Md Nor

A 8118612

27.

En. Mohd Anas bin Kadir

A 14104518

28.

Pn. Nurizzati binti Roslan

A 16110922

CARTA ORGANISASI AKRAB JAKESS

PROGRAM / AKTIVITI AKRAB JAKESS

BIL

AKTIVITI / PROGRAM AKRAB

TARIKH

TEMPAT

1.

Mesyuarat AKRAB  Bil.1/2023

9/1/2023

JAKESS

2.

Mesyuarat AKRAB  Bil.2/2023

16/10/2023

JAKESS

3.

Mesyuarat AKRAB  Bil.3/2023

17/11/2023

JAKESS

4.

Kursus Pemantapan Juruaudit EKSA

15/2/2023

Pusat INFO JAKESS

5.

Program CSR AKRAB

20/7/2023

SMK Kuala Langat, Banting

6.

Program Kembara AKRAB

26/10/2023

Sg.Miak Bentong, Pahang

BIL

AKTIVITI / PROGRAM PEMENTORAN

TARIKH

TEMPAT

1.

Mesyuarat JK Pementoran Bil.1/2023

9/1/2023

JAKESS

2.

Mesyuarat JK Pementoran Bil.2/2022

30/3/2023

JAKESS

3.

Program TOT Pementoran JAKESS

30/3/2023

JAKESS

4.

Program Luar & Penutup Pementoran

26-27/9/2023

Sri Damai Resort Kalumpang

PENGIKTIRAFAN AKRAB JAKESS

 
BIL AKTIVITI TAHUN AGENSI
1. Anugerah AKRAB Inovatif 2016 Peringkat Negeri Selangor
2.


Anugerah AKRAB Bistari
(Kategori Individu)

2016 Peringkat Negeri Selangor
3.


Anugerah Tokoh AKRAB
Tuan Saharuddin bin Selamat )

2016 Peringkat Jabatan
4.


Anugerah Tokoh AKRAB
Tuan Aris Fadhilah bin Ramli )

2017 Peringkat Jabatan
5. Lawatan Penanda Aras AKRAB 2018 JAIS
6. Anugerah AKRAB Dinamik 2018 Peringkat Negeri Selangor
7. Anugerah Penarafan Lima (5) Bintang Naziran Standard Kualiti Perkhidmatan Psikologi (SKPPsi) 2018 Peringkat Negeri Selangor
8.


Anugerah Tokoh AKRAB
Tuan Faizarul Nizam bin Azhari )

2018 Peringkat Jabatan
9. Pentauliahan Ahli AKRAB 2018 Peringkat Negeri Selangor
10. Lawatan Penanda Aras AKRAB 2018 Jab. Mufti Selangor
11. Pentauliahan Ahli AKRAB 2019 Peringkat Negeri Selangor
12. Pentauliahan Jurulatih Utama Pementoran 2019 Peringkat Negeri Selangor
13. Lawatan Penanda Aras AKRAB 2019 PERDA, Pulau Pinang
14.


Anugerah Tokoh  AKRAB
Puan Siti Rashidah binti Sarkom )

2019 Peringkat Jabatan
15.


Anugerah Tokoh AKRAB
Puan Norliana binti Zaimon )

2020 Peringkat Jabatan
16.


Anugerah Tokoh AKRAB
Tn. Muhamad Yuszairi bin Mohd Zam Zam )

2021 Peringkat Jabatan
17. Lawatan Penanda Aras AKRAB 2022 JKSN Negeri Sembilan
18. Pentauliahan Ahli AKRAB 2022 Peringkat Negeri Selangor
19. Lawatan Penanda Aras AKRAB 2022 PKNS
20.


Anugerah Tokoh AKRAB
Tn. Mohd Nizar bin Mohtar )

2022 Peringkat Jabatan
21.


Anugerah AKRAB Individu Proaktif
( Puan Norliana binti Zaimon )

2023 Peringkat Kebangsaan

REKOD SESI BIMBINGAN

REKOD SESI BIMBINGAN OLEH AKRAB JAKESS

BIL.

PERKARA

TAHUN

2018

2019

2020

2021

2022

2023

1.

Sukarela

1

2

3

1

2

1

2.

Yang Dirujuk (YDR)

3

5

1

1

0

3

3.

Berkelompok

68

100

43

12

27

LAPORAN UNIT AKRAB JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SELANGOR TAHUN 2023

AKTIVITI / PROGRAM AKRAB TAHUN 2023

BIL

AKTIVITI / PROGRAM AKRAB

TARIKH

TEMPAT

1.

Mesyuarat AKRAB  Bil.1/2023

9/1/2023

JAKESS

2.

Mesyuarat AKRAB  Bil.2/2023

16/10/2023

JAKESS

3.

Mesyuarat AKRAB  Bil.3/2023

17/11/2023

JAKESS

4.

Kursus Pemantapan Juruaudit EKSA

15/2/2023

Pusat INFO JAKESS

5.

Program CSR AKRAB

20/7/2023

SMK Kuala Langat, Banting

6.

Program Kembara AKRAB

26/10/2023

Sg.Miak Bentong, Pahang

AKTIVITI / PROGRAM PEMENTORAN JAKESS TAHUN 2023

BIL

AKTIVITI / PROGRAM PEMENTORAN

TARIKH

TEMPAT

1.

Mesyuarat JK Pementoran Bil.1/2023

9/1/2023

JAKESS

2.

Mesyuarat JK Pementoran Bil.2/2022

30/3/2023

JAKESS

3.

Program TOT Pementoran JAKESS

30/3/2023

JAKESS

4.

Program Luar & Penutup Pementoran

26-27/9/2023

Sri Damai Resort Kalumpang

Baca selanjutnya: Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) - JAKESS

  • Hits: 9076

Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) - JAKESS (2)

AKRAB adalah nama yang diberikan kepada Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam atau lebih dikenali sebagai pembimbing rakan sekerja. Akrab mula diperkenalkan melalui satu pekeliling yang telah dikeluarkan oleh JPA melalui pekeliling bil:18/2005. Sejak dari tahun 2005 beberapa agensi kerajaan serta badan berkanun telah menubuhkan unit AKRAB di organisasi masing-masing, tidak terkecuali di JAKESS sendiri. Bagi JAKESS, AKRAB mula diperkenalkan pada 2007 selepas seramai 21 orang pegawai JAKESS ditauliahkan oleh pihak JPA. Mereka yang layak dilantik sebagai ahli AKRAB hendaklah mengikuti Program Peningkatan Kemahiran Asas Kaunseling yang ditetapkan oleh pihak JPA.

             Sejak AKRAB diperkenalkan di JAKESS beberapa aktiviti telah dilaksanakan, antaranya mengadakan lawatan dan mengadakan sesi bimbingan samada secara individu mahupun kelompak. Pada peringkat awal hanya kakitangan yang dirujuk pihak pengurusan sumber manusia sahaja yang diberi keutamaan. Manakala bagi ahli AKRAB sendiri kursus pasca AKRAB juga telah dianjurkan dan dihadiri samada di peringkat JAKESS atau peringkat SUK Negeri.

A.K.R.A.B.

merupakan akronim kepada perkataan berikut yang menjadi teras nilai yang perlu ada kepada setiap seorang rakan pembimbing :

A : Amanah

K : Komitmen

R : Rasional

A : Akhlak

B : Bestari

  • OBJEKTIF

    Menyediakan perkhidmatan membimbing bagi membantu rakan sekerja meningkatkan potensi dan kecemerlangan diri.

  • VISI

    Menjadikan AKRAB Penggerak Pembangunan Modal Insan Dalam Pengurusan Sumber Manusia.

  • MISI

    • Melaksanakan aktiviti khidmat membimbing kepada warga organisasi;
    • Membantu pegawai yang memerlukan bantuan dalam menghadapi permasalahan dalam kehidupan;
    • Berperanan sebagai perantaraan antara pegawai dengan kaunselor dalam membuat saringan kesesuaian masalah; dan
    • Mewujudkan hubungan baik dengan pihak pengurusan sumber manusia di agensi bagi memudahkan pelaksanaan aktiviti AKRAB.
  • FUNGSI

    1. Membantu mengembang dan mengukuhkan budaya kerja cemerlang;
    2. Mengukuhkan nilai kendiri;
    3. Mewujudkan suasana dan persekitaran kerja harmoni;
    4. Mewujudkan perkongsian pengetahuan, maklumat dan masalah;
    5. Mewujudkan kaedah penyelesaian masalah secara dalaman;
    6. Mewujudkan kesepakatan di kalangan rakan sejawat; dan
    7. Mewujudkan kelompok sokongan kepada pegawai yang memerlukan bantuan
  • MOTTO

    “ Berkhidmat Membimbing ”.

PENCAPAIAN AKRAB JAKESS

  • 2020

    BIL AKTIVITI AGENSI
    1 Anugerah APPC Tempat Pertama Peringkat Negeri Selangor
  • 2019

    BIL AKTIVITI AGENSI
    1 Pentauliahan Ahli AKRAB Peringkat Negeri Selangor
    2 Pentauliahan Jurulatih Utama Pementoran Peringkat Negeri Selangor
    3 Lawatan Penanda Aras AKRAB PERDA, Pulau Pinang
    4 Anugerah Tokoh AKRAB (Puan Siti Rashidah binti Sarkom) Peringkat Jabatan
  • 2018

    BIL AKTIVITI AGENSI
    1 Lawatan Penanda Aras AKRAB JAIS
    2 Anugerah AKRAB Dinamik Peringkat Negeri Selangor
    3 Anugerah Penarafan Lima(5) Bintang Naziran Standard Kualiti Perkhidmatan Psikologi (SKPPsi) Peringkat Negeri Selangor
    4 Anugerah Tokoh AKRAB (Tuan Faizarul Nizam bin Azhari) Peringkat Jabatan
    5 Pentauliahan Ahli AKRAB Peringkat Negeri Selangor
    6 Lawatan Penanda Aras AKRAB Jabatan Mufti Selangor

AHLI AKRAB JAKESS

  • Salehan bin Haji Yatim

  • Mohd Hairuddin bin Ab Rahim

  • Muhammad Nazri bin Basrawi

  • Mohd Taufik Naim Bin Kamarudin

  • Abdul Hadi bin Umar

  • Mohamad Yuszairi bin Mohamad Zam Zam

  • Siti Rahmah binti Hussin

  • Norsalwa binti Abdullah Thani

  • Aminullah bin Bahrin

  • Marina Binti Abdul Rahman

  • Sri Kauthar binti Mohamad Banon

  • Salasiah binti Shamsuddin

  • Siti Aminah binti Hussin

  • Harun bin Hashim

  • Aris Fadhilah bin Ramli

  • Faizarul Nizam bin Azhari

  • Zahrudin bin Mohamed Jawawi

  • Mohd Soleh bin Bahari

  • Harif bin Naim

  • Norliana binti Zaimon

  • Siti Rashidah binti Sarkom

  • Norsafia binti Shariff

  • Nor Khisamuddin bin Md Nor

  • Mohd Anas bin Kadir

  • Nurizzati binti Roslan

CARTA ORGANISASI AKRAB JAKESS

PROGRAM / AKTIVITI AKRAB JAKESS

Bil AKTIVITI AKRAB TARIKH TEMPAT
1 Mesyuarat AKRAB Bil.1/2020 6.1.2020
3.7.2020
JAKESS
2 Mahabbah AKRAB Siri 3 (MRS Hulu Langat, K. Langat, Ampang, Gombak, Hulu Selangor, Sepang) 14.2.2020 JAKESS
3 Program Refresher Pementoran 3 - 4 Sep 2020 PDT Petaling
4 Ceramah Pengurusan Stress COVID-19 bersama Cgu Jinggo 5.11.2020 Aplikasi SKYPE
5 Sesi Bimbingan Kaunseling Jan-Dis JAKESS
Bil AKTIVITI PEMENTORAN TARIKH TEMPAT
1 Mesyuarat JK Pementoran Bil.1/2020 7.1.2020 JAKESS
2 Program TOT Pementoran JAKESS dan Watikah Mentor Menti 24.2.2020 Dewan Muktamar, JAKESS
3 Mesyuarat JK Pementoran Bil.2/2020 24.2.2020 Dewan Muktamar, JAKESS
4 Bengkel Modul Pementoran 21.8.2020 JAKESS
5 Program Outdoor Pementoran 17-18 Sep 2020 PUSAT INFO JAKESS
6 Bengkel Penutup Pementoran 18.9.2020 PUSAT INFO JAKESS

Baca selanjutnya: Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) - JAKESS (2)

  • Hits: 1294

Majlis Bersama Jabatan (MBJ)

Majlis Bersama Jabatan (MBJ) ialah sebuah medium dua hala, di mana Pihak Pekerja diberi saluran untuk berkomunikasi dengan Pihak Pengurusan dalam menyuarakan pendapat, pandangan serta menyumbang idea-idea yang bernas demi kepentingan dan kebaikan organisasi.

Penubuhan

Semua agensi Kerajaan yang mengendalikan secara langsung urusan pentadbiran, pengurusan sumber manusia dan hal ehwal kewangan serta mempunyai kuasa untuk menimbang dan membuat keputusan ke atas perkara-perkara tersebut adalah dikehendaki menubuhkan MBJ.

Skop, Bidang dan Fungsi

Skop, bidang dan fungsi MBJ lebih menitikberatkan kepada kepentingan pekerja-pekerja dalam sesebuah organisasi. Di samping bertujuan untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak pekerja, ia juga boleh dijadikan sebagai satu forum perbincangan di antara pihak pengurusan dan pekerja. MBJ yang aktif secara tidak langsung akan dapat menyemai semangat bekerja di kalangan pekerja untuk berkhidmat dengan lebih dedikasi dan produktif.

Perkara Yang Boleh Dibincangkan

Perkara yang boleh dibincang adalah meliputi semua perkara yang berkaitan dengan keadaan bekerja kecuali yang menyentuh dasar kerajaan atau hal-hal peribadi. Walau bagaimanapun, isu berkaitan dasar boleh dibincangkan dengan tujuan menerangkan pelaksanaanya sahaja.

Antara perkara-perkara yang boleh dibincangkan di dalam forum meliputi isu elaun dan kemudahan, kewangan, perkhidmatan, skim perkhidmatan dan perjawatan, kebajikan, pentadbiran dan hal-hal lain.

Faedah

Di antara faedah yang boleh didapati daripada mesyuarat MBJ ialah dapat mewujudkan hubungan dan sikap yang positif antara pihak pengurusan dan pihak pekerja, kepuasan hati, peningkatan daya pengeluaran, peningkatan kualiti kerja, penjimatan kos, kemajuan pekerja, sikap hormat menghormati, penyelesaian masalah, kesetiaan kepada organisasi, dan perpaduan.

AHLI MBJ

Wakil Pengurusan

  • YAA Tuan Mohammad Adib bin Husain - Pengerusi
  • Puan Nenney Shuhaidah binti Shamsuddin
  • Encik Ahmad Zuhair bin A. Mubin
  • Ts Muhammad Ariff bin Mustapha
  • Puan Noor Lidyawati binti Salehhudin - Setiausaha
  • Puan Norhayati binti Salehin
  • Puan Nor Rodiah binti Mohd Ali
  • Puan Nur Syamimi binti Jamil

Wakil Pekerja

  • YA Tuan Dr. Zainal Abidin bin Kusmin
    (Skim Perkhidmatan Pegawai Syariah (Gred LS 52 / LS48))
  • Tuan Mohd Nazrin bin Mohd Ali
    (Skim Perkhidmatan Pegawai Syariah (Gred LS 44))
  • Tuan Mohd Fakhrurrazi bin Mahammad
    (Skim Perkhidmatan Pegawai Syariah (Gred LS 41))
  • Puan Nurnazliya binti Zakaria
    (Skim Perkhidmatan Penolong Pendaftar Syariah (Gred LS38/ LS32/ LS29))
  • Encik Muhammad Akhim bin Atiron
    (Skim Perkhidmatan Gred N/FA/J 29/32/36/38/40)
  • Puan Faizahtulazian binti Kamaruddin
    (Skim Perkhidmatan/Pembantu Tadbir
    (P/O) Gred N26, Pembantu Tadbir (W) Gred W22/ Pembantu Tadbir (P/O) Gred N22)
  • Encik Noor Azizan bin Nordin
    (Skim Perkhidmatan Pembantu Syariah Gred LS 22/LS19)
  • Puan Siti Hajar binti Roslan
    (Skim Perkhidmatan Pembantu Setiausaha Pejabat/Setiausaha Pejabat (Gred N19/N28/N29))
  • Puan Hafizah binti Md Aris
    (Skim Perkhidmatan Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19)
  • Encik Amirulazim bin Azman
    (Skim Perkhidmatan Jurubahasa Gred L19/Pembantu Perpustakaan Gred S19 /Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19/ Juruteknik Gred J19/FT19)
  • Puan Nurul Hana binti Mohd Arif
    (Skim Perkhidmatan Gred N19)
  • Encik Zulkifli bin Mohammed Timiati
    (Skim Perkhidmatan Pemandu Gred H11)
  • Encik Muhamad Arashy bin Mohd Azim
    (Skim Perkhidmatan Penghantar Notis Gred N14/Gred N11)
  • Encik Adi Zulkamal bin Mohamed Ali
    (Skim Perkhidmatan Pembantu Operasi Gred N11)

Baca selanjutnya: Majlis Bersama Jabatan (MBJ)

  • Hits: 4936

EKSA

Ekosistem Kondusif Sektor Awam

Latarbelakang

Pada tahun 2010, kerajaan telah memperkenalkan Program Amalan 5S di sektor awam bagi mewujudkan suasana kerja yang barkualiti dan sistematik di sesebuah organisasi. Selaras dengan itu, untuk menyokong pelaksanaan program tersebut, Panduan Amalan 5S Sektor Awam dikeluarkan oleh kerajaan pada 19 Mei 2010 sebagai rujukan agensi di sektor awam untuk meningkatkan kualiti dan menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan khususnya kepada kumpulan

Bagi memantapkan pelaksanaan EKSA dalam sektor awam, Panduan Pelaksanaan EKSA telah diterbitkan pada tahun 2015 sebagal panduan kepada agensi sektor awam dalam mewujudkan mekanisme pelaksanaan merangkumi tadbir urus, komponen penilaian, pemarkahan dan pensijilan. Panduan Pelaksanaan EKSA boleh dimuat turun melalui portal MAMPU (www.mampu.gov.my).

Seiring dengan peredaran semasa, Program Amalan 5S telah dijenamakan semula dan ditambah baik pada tahun 2014 dan dikenali sebagai EKSA. Program EKSA ini memberi penekanan kepada aspek persekitaran tempat kerja yang kondusif yang boleh menyumbang kepada peningkatan kecekapan penyampaian perkhidmatan dan produktiviti. Sebanyak lima elemen baharu diperkenalkan melalui pelaksanaan EKSA iaitu imej korporat, kreativiti dan inovasi, amalan hijau, persekitaran kondusif dan produktif serta variasi agensi.

Mesyuarat Jawatankuasa Pemodenan dan MyDIGITAL Kluster Kerajaan Bilangan 2 Tahun 2022 pada 5 Julai 2022 telah bersetuju dengan cadangan MAMPU untuk menyediakan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA): Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA): Garis Panduan Mekanisme Pelaksanaan EKSA dan EKSA Kendin.

PENERANGAN LOGO

Logo Berbentuk Bulat

Melambangkan kesepakatan warga JAKESS dalam melaksanakan EKSA

Warna Hijau 

Melambangkan persekitaran kerja yang tenang, damai dan ceria

Warna Merah

Melambangkan semangat waja warga jabatan dalam memupuk amalan EKSA dengan penuh komitmen dan semangat kerjasama.

Imej Daun

Melambangkan warga JAKESS mengamalkan konsep ‘go green’ dalam persekitaran ruang kerja dan dalam melaksanakan tugasan harian.

SLOGAN
“INOVATIF, CERIA, BERDAYA SAING”

  • INOVATIF

    Amalan EKSA akan mengetengahkan idea-idea kreatif setiap kakitangan dalam membuat penambahbaikan terhadap prestasi kerja dan persekitaran tempat kerja dan jabatan

  • CERIA

    Amalan EKSA akan mewujudkan sifat keceriaan kepada setiap kakitangan untuk menghasilkan kualiti kerja yang terbaik dalam memberikan perkhidmatan mesra kepada setiap pelanggan jabatan.

  • BERDAYA SAING

    Amalan EKSA yang berkualiti akan melahirkan sifat berdaya saing yang sihat kepada kakitangan dalam mengekalkan amalan persekitaran ketahap yang lebih cemerlang.

DASAR

" MEMUPUK, MENGAMAL DAN MEMBUDAYAKAN SEMANGAT KERJA BERPASUKAN BAGI MEMBENTUK PERSEKITARAN KERJA YANG BERSIH DAN SELAMAT KE ARAH PERKHIDMATAN BERKUALITI SERTA MEMENUHI KEPUASAN PELANGGAN " 

OBJEKTIF

  1. MENGGALAKKAN AMALAN KERJA BERPASUKAN DAN SALING BEKERJASAMA
  2. MELALUI AKTIVITI KAIZEN (PENAMBAHBAIKAN).
  3. MEWUJUDKAN PERSEKITARAN KERJA YANG BERSIH, KEMAS, SELAMAT DAN KONDUSIF.
  4. MEMASTIKAN PERKHIDMATAN YANG DIBERIKAN BERKUALITI.
  5. MENINGKATKAN TAHAP KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN.

GARIS PANDUAN EKSA

CARTA ORGANISASI
JAWATANKUASA PENYELARAS EKSA JAKESS

BLOG EKSA JAKESS

Baca selanjutnya: EKSA

  • Hits: 3990

Badan Kebajikan Kakitangan Mahkamah Syariah Selangor Darul Ehsan

BAKEMAS, Merupakan singkatan dari BAdan KEbajikan Kakitangan MAhkamah Syariah Selangor Darul Ehsan. Ditubuhkan pada 11hb September 1993. BAKEMAS diketuai oleh seorang Yang Dipertua (YDP).

YAA Dato' Haji Abu Naim bin Haji Ikhsan (Ketua Hakim Syar'ie) merupakan YDP BAKEMAS yang pertama dipilih untuk menerajui BAKEMAS mulai tarikh penubuhan sehinggalah 15hb Mac 1996.

Selepas 16hb Mac 1996, YA Tuan Haji Mohamed Ishak bin Haji Mohamed Yaakob telah dipilih sebagai YDP yang baru sehingga Jun 1998. YA Tuan Haji Mukhyuddin bin Haji Ibrahim telah menggantikan beliau dan menerajui BAKEMAS sehingga 2004.

Bagi sessi 2005/2007 jawatan YDP telah disandang oleh YA Tuan Haji Saarani Bin Ismail setelah YA Tuan Haji Mukhyuddin melepaskan jawatan sebagai YDP kerana beliau telah bertukar ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

MATLAMAT PENUBUHAN

  • Menyatukan kakitangan Mahkamah Syariah Negeri dan daerah-daerah dengan ikatan kekeluargaan Islam yang akrab.

  • Meninggikan mutu pengetahuan dan kegiatan ahli-ahlinya dilapangan kebajikan, pelajaran, sukan, kebudayaan Islam, ekonomi dan kemasyarakatan.

  • Menanam dan memupuk akidah serta kefahaman Islam tulin disamping berusaha menjalankan dakwah Islamiah di kalangan kakitangan khasnya dan masyarakat Islam amnya berdasarkan A-Quran dan Al-Sunnah.

  • Memelihara hak kebajikan, kepentingan dan kehormatan ahli-ahli.

  • Memberi sumbangan yang berguna untuk perkembangan dan kemajuan masyarakat dalam segenap lapangan yang tidak bertentangan dengan Syariah dan undang-undang Negara.

  • Berusaha untuk mengadakan kerjasama dengan mana-mana pertubuhan lain di dalam atau luar negeri yang sama tujuan dan dasar dengan badan ini.

  • Menjalankan kegiatan untuk melaborkan modal (wang dan hartabenda) persatuan dalam bidang perusahaan (syarikat, saham dll).

  • Persatuan ini tidak akan bergabung atau bergiat dengan mana-mana parti politik.

Jawatankuasa Induk BAKEMAS (Sesi 2023-2025)

  • Mesyuarat Agung Dwitahunan BAKEMAS

    Mesyuarat Agung Dwitahunan BAKEMAS sesi 2023-2025 telah diadakan pada 24 Mac 2023 (Jumaat) dengan kehadiran seramai 243 orang. Mesyuarat telah berlangsung secara fizikal di Dewan Muktamar Aras 2, JAKESS dan diadakan juga secara dalam talian yang dihadiri oleh kakitangan di setiap daerah.

  • Mesyuarat Exco BAKEMAS Sesi 2023-2025 (Tahun 2023 – Terkini)

    Bil

    Mesyuarat

    Perincian

    Kehadiran

    1.

    Mesyuarat BAKEMAS Bil.1/2023

    30 Mac 2023 (Khamis)

    Bilik Mesyuarat Utama, Aras 4 JAKESS

    14/14

    2.

    Mesyuarat BAKEMAS Bil.2/2023

    25 Mei 2023 (Khamis)

    Kak Anie Shellrock, Tasik Shah Alam

    10/14

    3.

    Mesyuarat BAKEMAS Bil. 3/2023

    15 Jun 2023 (Khamis)

    Bilik Mesyuarat Aras 1, JAKESS

     

    4.

    Mesyuarat BAKEMAS Bil.4/2023

    5 Oktober 2023 (Khamis)

    Bilik Perundangan Kecil, Aras 4 JAKESS

    10/14

    5.

    Mesyuarat BAKEMAS Bil. 5/ 2024

    19 Januari 2024 (Jumaat), 9.30 pagi

    Bilik Mesyuarat Aras 1 JAKESS

    11/14

    6.

    Mesyuarat BAKEMAS Bil. 6/2024

    1 Mac 2024 (Jumaat), 3.00 petang

    Bilik Mesyuarat Aras 1 JAKESS

    9/14

  • Laporan Aktiviti Exco BAKEMAS Tahun 2023

    Bil.

    Perincian

    Tarikh/ Tempat

    Perincian

    1.

    Kunjungan Hormat BAKEMAS bersama YAA Ketua Hakim Syarie

     

    31 Mac 2023 (Jumaat)

    Bilik YAA Ketua Hakim Syarie, Aras 6 JAKESS

    Memperkenalkan barisan exco BAKEMAS yang baru dan membincangkan program pada bulan Ramadhan.

    2.


    Majlis Khatam Al-Quran & Pengagihan Pulut Kuning dan Dodol

    (Exco Dakwah & Pendidikan)

    14 April 2023 (Jumaat)

    Dewan Muktamar, Aras 2 JAKESS

    Merupakan program penutup program tadarus al-Quran yang dijalankan oleh semua warga JAKESS dan pengagihan pulut kuning dan dodol buat semua warga JAKESS.

    3.


    Pemakluman Barisan Exco BAKEMAS oleh Yang Di-Pertua BAKEMAS.


    12 Mei 2023 (Jumaat)

    Secara dalam talian

    YA Dr. Zainal Abidin bin Kusmin telah memperkenalkan barisan exco BAKEMAS yang baru dalam slot tazkirah mingguan JAKESS

    4.


    Hebahan Tuntutan Sumbangan BAKEMAS

    (Exco Kebajikan & Rahmah)

     

    23 Jun 2023 (Jumaat)

    Dalam talian semasa majlis tazkirah mingguan JAKESS

     

    8 inisiatif bantuan iaitu perkahwinan, pertukaran, umrah/ haji, kelahiran anak, kematian, anak cemerlang, musibah, dan persaraan.

    5.

    Program Ibadah Korban Agensi-Agensi dibawah Majlis Agama Islam Selangor

    (Exco Dakwah & Pendidikan)

     

    1 Julai 2023 (Sabtu)

    Kawasan Tempat Letak Kereta Bahagian Belakang Bangunan Sultan Idris Shah

    Seramai 20 orang petugas yang tampil menguruskan program ini. Seramai 12 orang penama telah menjadi peserta dengan anggaran penerima seramai 300 orang.

    6.

     
    Program Ceria Maal Hijrah 1445H: Kacau-Kacau Bubur Asyura tahun 2023

    (Exco Helwa)

    4 Ogos 2023 (Jumaat)

    MRS Klang

    penyertaan seramai 52 orang kakitangan JAKESS dan penerima seramai 350 orang.

    7.


    Edaran Hadiah Hari Lahir

    (Exco Kebajikan & Rahmah)

     

    Bermula Oktober 2023

    Ibu Pejabat JAKESS dan MRS daerah.

    Pemberian tarikh lahir bermula Januari sehingga Disember 2023. Anggaran penerima adalah seramai 320 orang dengan hadiah iaitu bekas air minuman.

    8.

    Program Solidariti Palestin

     

    10 November 2023 (Jumaat)

    Dewan Muktamar, Aras 2 JAKESS

    Solidariti dalam bentuk tayangan video dan gimik perasmian pelancaran tabung bantuan Palestin. Jumlah kutipan sebanyak RM 1300.

    9.

     
    Seminar Arahan Amalan No.8 Tahun 2022

    (Exco Dakwah & Pendidikan)

    20 Disember 2023 (Rabu)

    Dewan Muktamar, Aras 2 JAKESS

    Penyertaan seramai 77 orang peserta terdiri daripada peguam. Seminar di sampaikan oleh YA Tuan Mohd Hairuddin bin Abd Rahim.

    10.


    Program Jom Sihat Jom Kurus

    (Exco Helwa)

    23 Februari 2024 hingga 31 Mei 2024

    Cabaran turun berat badan selama 14 minggu yang merangkumi beberapa aktiviti riadah termasuk jogging, zumba dan hiking.

    11.

    Program Osem Ramadhan 1445H JAKESS

    (Exco Dakwah & Pendidikan)

    12 Mac 2024 hingga 8 April 2024,

    Diadakan di Dewan Muktamar Aras 2 JAKESS

    Program Osem Ramadhan merupakan program tazkirah ringkas yang disampaikan oleh pegawai beserta solat jemaah bersama kakitangan. BAKEMAS turut menjemput Prof Dr. Sharifah Hayati binti Syed Ismail untuk salah satu slot ceramah (.

    12.

    Program Ihya Ramadan 1445H

    (Exco Dakwah & Pendidikan)

    1 April 2024 (Isnin),

     

    Program ini meliputi Majlis Khatam Al-Quran yang melibatkan qari yang terdiri daripada kakitangan di Ibu Pejabat dan daerah. Ceramah jemputan iaitu Ustaz Nabil bin Ahmad dan edaran juadah berbuka puasa dan duit raya.

Muat Turun Borang Tuntuan Sumbangan BAKEMAS

Borang Permohonan Yang Telah Lengkap Diisi Berserta Dokumen Sokongan Yang Berkaitan Boleh Dihantar Kepada Ahli Jawatankuasa Biro Kebajikan

Baca selanjutnya: Badan Kebajikan Kakitangan Mahkamah Syariah Selangor Darul Ehsan

  • Hits: 5968

Soalan Lazim

  • Soalan Lazim - Umum

    Soalan 1
    Apakah bidang kuasa kes Mal Mahkamah Rendah Syariah Selangor?

    Jawapan :
    Bidang kuasa Mahkamah Rendah Syariah Selangor merangkumi jumlah tuntutan tidak melebihi RM300,000.00.

    Soalan 2
    Apakah bidang kuasa kes Mal Mahkamah Tinggi Syariah Selangor?

    Jawapan :
    Bidang kuasa kes Mal Mahkamah Tinggi Syariah Selangor meliputi nilaian tuntutan melebihi RM300,000.00.

    Soalan 3
    Saya telah mendaftarkan tuntutan / permohonan, bilakah kes saya akan disebut di Mahkamah?

    Jawapan :
    Setelah kes tersebut didaftar, anda akan diberikan tarikh sebutan, bicara atau Majlis Sulh pada hari yang sama. Kebiasaannya Mahkamah akan menetapkan tarikh sebutan dalam tempoh 21 hari selepas pendaftaran. Namun, tertakluk kepada jumlah kes yang ditetapkan di hadapan Hakim.

    Soalan 4
    Kes saya telah selesai, bila saya boleh mendapatkan perintah bertulis daripada Mahkamah?

    Jawapan :
    Perintah Bertulis boleh diperolehi dalam tempoh 30 hari selepas kes diputuskan dan dipohon oleh pelanggan. Manakala bagi permohonan kes Faraid, perintah bertulis / Sijil Perakuan Faraid akan dikeluarkan dalam tempoh 14 hari selepas kes diputuskan.

    Soalan 5
    Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan khidmat guaman sekiranya saya tidak berkemampuan?

    Jawapan :
    Anda boleh berhubung dengan Jabatan Bantuan Guaman Negeri Selangor di Aras 6, Plaza Perangsang Persiaran Perbandaran, 40000 Shah Alam. Selangor atau di talian 03-55106192 / 03-55106298.

    Soalan 6
    Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan borang pendaftaran kes?

    Jawapan :

    Anda boleh mendapatkan borang pendaftaran kes dengan memuat turun borang di Laman Web ataupun mendapatkan di kaunter Mahkamah Syariah Selangor yang berdekatan.

    Klik disini untuk muat turun borang.

  • Soalan Lazim - Harta Sepencarian

    Soalan 1
    Saya telah bercerai dan saya ingin menuntut harta-harta yang telah diperolehi sepanjang perkahwinan, Mahkamah mana yang boleh mendengar tuntutan ini?

    Jawapan :
    Tuntutan yang ingin dibuat adalah Tuntutan Harta Sepencarian dan Mahkamah yang boleh mendengar tuntutan ini ialah Mahkamah Tinggi Syariah, berdasarkan peruntukan sek. 63(3)(b)(iv) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 203.

    Soalan 2
    Apakah situasi yang membolehkan Harta Sepencarian dituntut?

    Jawapan :
    i. Apabila kematian suami
    ii. Apabila berlaku perceraian
    iii. Apabila berlakunya poligami
    iv. Apabila pasangan tidak mempunyai anak

    Soalan 3
    Apakah yang dimaksudkan dengan Harta Sepencarian?

    Jawapan :
    Harta Sepencarian ialah harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak.

    Soalan 4
    Bagaimanakah Mahkamah menentukan pembahagian Harta Sepencarian?

    Jawapan :
    Pembahagian Harta Sepencarian di bahagikan mengikut kepada takat sumbangan pihak-pihak (suami dan isteri) secara langsung mahupun tidak langsung di dalam tempoh perkahwinan bagi mendapatkan harta-harta yang telah dituntut.

    Soalan 5
    Adakah isteri yang tidak bekerja berhak menuntut Harta Sepencarian? Bagaimana Mahkamah melihat sumbangan seorang isteri yang tidak bekerja di dalam Tuntutan Harta Sepencarian?

    Jawapan :
    Isteri yang tidak bekerja berhak menuntut Harta Sepencarian di Mahkamah. Mahkamah akan melihat kepada sumbangan isteri tersebut secara tidak langsung sepanjang perkahwinan seperti menjaga kebajikan anak-anak dan suami serta usahanya menjaga harta tersebut.

    Klik disini untuk muat turun Borang

  • Soalan Lazim - Wasiat dan Hibah

    Soalan 1
    Ibu saudara saya telah meninggal dunia dan arwah tidak meninggalkan wasiat bertulis bagi harta sepeninggalannya. Ketika arwah hidup dia pernah berkata bahawa semua hartanya diserahkan kepada saya dan kakak kerana arwah telah menjaga kami sejak kecil. Jadi, adakah wasiat lisan yang disebutnya itu perlu dilaksanakan? Adakah pembahagian hartanya perlu mengikut hukum faraid iaitu membahagikan kepada ibunya dan adik-beradiknya kerana dia tidak mempunyai suami dan anak?

    Jawapan :
    Setiap dakwaan yang dikemukakan ke Mahkamah perlu dibuktikan. Jika benar ibu saudara anda telah memberi hartanya kepada anda ia perlu dibuktikan samada melalui akuan sumpah dan saksi serta disokong oleh bukti-bukti yang lain sehingga boleh membuktikan bahawa ianya adalah wasiat. Sekiranya tiada bukti mahupun saksi yang boleh menyokong kead antara ahli warisnya maka adalah sukar untuk membuktikan bahawa wasiat secara lisan telah berlaku dan ini bermakna warisnya mempunyai hak sepenuhnya terhadap harta si mati.

    Soalan 2
    Apakah perbezaan antara Hibah dan Wasiat?

    Jawapan :
    Wasiat ialah suatu hasrat atau keinginan yang dizahirkan secara lisan atau bertulis oleh seseorang mengenai hartanya untuk diuruskan selepas berlaku kematiannya. Tetapi wasiat yang dibuat secara lisan adalah terdedah kepada fitnah akibat arahan yang tidak jelas dan boleh dipertikaikan di kalangan ahli waris manakala Hibah ialah anugerah, pemberian atau hadiah yang melibatkan suatu akad yang mengandungi pemberiaan hak milik oleh pemberi harta kepada seseorang secara rela hati semasa hayatnya atas dasar kasih sayang dan kemanusiaan tanpa mengharapkan balasan atau tukaran.

    Klik disini untuk muat turun Borang

  • Soalan Lazim - Hak Jagaan Anak (Hadhanah)

    Soalan 1
    Siapakah yang berhak terhadap tuntutan hak jagaan anak ?

    Jawapan :
    Secara asalnya, Hukum Syarak menetapkan bahawa ibu adalah orang yang paling berhak terhadap penjagaan anak (Hadhanah) sekiranya ibu hilang kelayakan dibawah Hukum Syarak maka hak tersebut diberikan kepada nenek sebelah ibu keatas kemudian barulah bapa. Mahkamah juga boleh mempertimbangkan sekiranya wujud pilihan anak dengan membuat pertimbangan kepada kebajikan dan kepentingan anak tersebut.

    Soalan 2
    Adakah kelayakan ibu sebagai seorang penjaga yang paling berhak boleh hilang?

    Jawapan :
    Hak seorang ibu terhadap penjagaan (hadhanah) adalah hilang :
    i. Jika dia berkahwin dengan seseorang yang tidak mempunyai pertalian dengan kanak-kanak itu yang orang itu dilarang berkahwin dengan kanak- kanak itu, jika penjagaannya dalam hal sedemikian akan menjejaskan kebajikan kanak-kanak itu tetapi haknya untuk penjagaan akan kembali semula jika perkahwinan itu dibubarkan.
    ii. Jika dia berkelakuan buruk secara keterlaluan dan terbuka.
    iii. Jika dia menukar pemastautinannya dengan tujuan untuk mencegah bapa kanak-kanak itu dari menjalankan pengawasan yang perlu ke atas kanak- kanak itu, kecuali bahawa seseorang isteri yang bercerai boleh mengambil anaknya sendiri ke tempat lahir isteri itu.
    iv. Jika dia murtad.
    v. Jika dia mencuaikan atau menganiaya kanak-kanak itu.

    Soalan 3
    Apakah kelayakan-kelayakan untuk menjadi seorang penjaga bagi kanak-kanak (Hadhinah)?

    Jawapan :
    Seseorang yang berkelayakan untuk menjadi seorang penjaga mestilah dia :
    i. Sempurna akal.
    ii. Berumur yang melayakkan dia memberi kepada kanak-kanak itu jagaan dan kasih saying yang mungkin diperlukan oleh kanak-kanak itu.
    iii. Berkelakuan baik dari segi akhlak Islamiah.
    iv. Tinggal di tempat di mana kanak-kanak itu tidak mungkin menghadapi apa-apa akibat buruk dari segi akhlak atau jasmani.

    Soalan 4
    Berapa lamakah tempoh penjagaan kanak-kanak yang ditetapkan oleh undang-undang?

    Jawapan:
    Hak penjaga bagi menjaga seseorang kanak-kanak adalah tamat setelah kanak-kanak itu mencapai umur tujuh tahun, jika kanak-kanak itu lelaki. Manakala umur sembilan tahun, jika kanak-kanak itu perempuan. Tetapi Mahkamah boleh, atas permohonan pihak penjaga tersebut, membenarkan dia menjaga kanak-kanak itu sehingga kanak-kanak itu mencapai umur sembilan tahun, jika kanak-kanak itu lelaki, dan umur sebelas tahun, jika kanak-kanak itu perempuan. Setelah tamatnya hak penjaga tersebut, penjagaan adalah turun kepada bapa dan jika kanak-kanak itu telah mencapai umur kecerdikan (mumaiyiz), maka kanak-kanak itu adalah berhak memilih untuk tinggal dengan sama ada dengan ibu atau bapanya, melainkan jika Mahkamah memerintahkan selainnya.

    Soalan 5
    Bagaimanakah hendak memfailkan tuntutan hak jagaan anak (hadhanah) di Mahkamah Syariah?

    Jawapan:
    Anda boleh memfailkan kes hadhanah di Mahkamah Tinggi Syariah di mana tempat anda bermastautin.

    Soalan 6
    Siapakah yang berhak menjadi penjaga (Hadhinah) bagi seorang anak luar nikah (anak tak sah taraf)?

    Jawapan :
    Penjagaan kanak-kanak tak sahtaraf adalah semata-mata pada ibu dan saudara mara ibu.

    Klik disini untuk muat turun Borang

  • Soalan Lazim - Penceraian

    Soalan 1
    Apakah yang dimaksudkan dengan Cerai Ta’liq dan bagaimana sabitan Ta’liq boleh berlaku?

    Jawapan :
    Ta’liq ertinya perjanjian yang dibuat oleh suami selepas akad nikah mengikut Hukum Syarak dan sepertimana diperuntukan dalam Akta/Enakmen/Ordinan Undang-Undang Keluarga Islam Negeri. Cerai takliq boleh disabitkan apabila berlaku pelanggaran ke atas takliq dan setelah aduan dibuat serta disahkan oleh Mahkamah.

    Soalan 2
    Apakah maksud Lafaz Kinayah?

    Jawapan :
    Lafaz Kinayah adalah lafaz-lafaz selain dari perkataan Talaq dan firaq atau cerai. Dengan lain perkataan sekiranya suami Puan menggunakan perkataan yang lain dari itu seperti menyebut "Kau berambus dari rumah ini" contohnya maka lafaz seumpama ini dikenali sebagi lafaz kinayah. Kesan lafaz kinayah ini mengikut Hukum ialah tidak sabit perceraian antara suami isteri tanpa niat menceraikan di pihak suami. Maka dalam kes ini maka pihak suami akan diminta untuk menyatakan samada ketika melafazkan perkataan tersebut beliau ada niat cerai atau sebaliknya. sekiranya beliau menyatakan yang beliau berniat untuk menceraikan isterinya maka sabitlah perceraiaan tersebut dan begitulah sebaliknya.

    Soalan 3
    Apakah makna Perceraian (Talaq)?

    Jawapan :
    Talaq ialah pembubaran ikatan perkahwinan dengan lafaz talaq atau seumpamanya berdasarkan Al-Quran, as-Sunnah dan ijma’ ulama’. Perceraian boleh dilakukan dengan lafaz soreh (jelas) dan lafaz kinayah (sindiran), begitu juga perceraian boleh dilakukan dengan talaq raj’ie atau talaq ba’in.

    Soalan 4
    Bagimanakah bentuk Pembubaran Perkahwinan (Penceraian) yang terdapat dalam Islam yang dipraktikkan di Mahkamah Syariah?

    Jawapan :
    Penceraian yang terdapat di dalam Akta/Enakmen/Ordinan Undang-Undang Keluarga Islam Negeri yang berkuatkuasa di negeri-negeri adalah seperti berikut :
    i.    Penceraian dengan lafaz Talaq
    ii.   Pengesahan Lafaz Talaq
    iii.  Fasakh
    iv.  Cerai Takliq
    v.   Tebus Talak/Khuluk
    vi.  Anggapan Mati

    Soalan 5
    Bilakah seseorang suami itu boleh dianggap mati?

    Jawapan :
    Anggapan mati ialah apabila suami seorang perempuan telah mati atau dipercayai telah mati atau telah tidak didapati apa-apa perkhabaran mengenainya selama tempoh 4 tahun atau lebih. Apabila keadaan itu berterusan dan perempuan itu hendak berkahwin lain, hendaklah terlebih dahulu mendapat pengisytiharan anggapan kematian daripada Mahkamah Syariah.

    Soalan 6
    Saya telah bercerai dan saya ingin menuntut harta-harta yang telah diperolehi sepanjang perkahwinan, Mahkamah mana yang boleh mendengar tuntutan ini?

    Jawapan :
    Tuntutan yang ingin dibuat adalah Tuntutan Harta Sepencarian dan Mahkamah yang boleh mendengar tuntutan ini ialah Mahkamah Tinggi Syariah, berdasarkan peruntukan sek. 63(3)(b)(iv) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

    Klik disini untuk muat turun Borang

  • Soalan Lazim - Pusaka (Faraid)

    Soalan 1
    Apakah Kes Faraid?

    Jawapan :
    Kes Faraid ialah kes yang didaftarkan untuk menyelesaikan masalah pembahagian harta pesaka yang ditinggalkan oleh seseorang setelah berlaku kematiannya. Harta pusaka (faraid) terbahagi kepada dua :
    i. Harta tak alih seperti tanah dan rumah.
    ii. Harta alih adalah seperti wang simpanan bank, saham-saham, KWSP, Tabung Haji, Insuran, Koperasi, kenderaan, barang-barang kemas dan seumpamanya.

    Soalan 2
    Apakah dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan sijil faraid di Mahkamah Syariah?

    Jawapan :
    Dokumen yang diperlukan ialah :
    i. Borang permohonan yang lengkap
    ii. Salinan sijil mati si mati atau surat akuan.
    iii. Salinan kad pengenalan waris-waris/sijil kelahiran atau surat akuan.
    iv. Salinan geran harta/buku akuan/penyata.
    v. Sijil nilaian harta jika ada.
    vi. Wang proses mengikut nilai penuh harta pusaka.

    Klik disini untuk muat turun Borang

  • Soalan Lazim - Nafkah

    Soalan 1
    Saya seorang ibu tunggal yang telah diceraikan oleh suami saya dan mempunyai anak. Jika saya ada masalah berkaitan pemberian nafkah oleh suami kepada anak sedangkan telah ada perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah. Jadi di manakah saya boleh merujuk masalah saya ini?

    Jawapan :
    Dalam perkara ini, apabila puan telah memperolehi perintah dari mahkamah syariah tentang pemberiaan nafkah dan bekas suami puan dengan sengaja cuai ataupun ingkar untuk melaksanakan perintah tersebut, maka puan bolehlah merujuk masalah puan ini di Mahkamah Syariah yang berhampiran. Di Mahkamah Syariah terdapat satu unit yang dipanggil Bahagian Sokongan Kelurga (BSK) khususnya membantu mereka-mereka yang berhadapan dengan masalah berkaitan pelaksanaan perintah pembayaran nafkah.
    Antara fungsi-fungsi Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) ialah :
    i. Meleraikan Konflik dihadapi wanita serta ibu tunggal yang berdepan masalah mendapatkan nafkah seperti diperintahkan mahkamah.
    ii. Melaksanakan penguatkuasaan ke atas perintah mahkamah khususnya dalam kes nafkah dan saraan.
    iii. Memberi khidmat nasihat perundangan Islam kepada orang awam.
    iv. Meyalurkan bantuan kewangan sara hidup sementara melalui sumber dana kewangan yang diharuskan hukum syarak kepada keluarga yang menghadapi masalah tuntutan nafkah.
    v. Membetulkan salah faham terhadap kelewatan membabitkan masalah mematuhi perintah mahkamah seperti pembayaran nafkah dan hak penjagaan anak.

    Soalan 2
    Apakah bentuk nafkah yang perlu disediakan oleh suami kepada isteri yang diceraikan?

    Jawapan :
    Pemberian nafkah kepada isteri yang diceraikan tertakhluk kepada keadaan isteri yang diceraikan sama ada talak rajie atau bain atau perceraian sebelum persetubuhan.
    i. Sekiranya seseorang isteri diceraikan oleh suaminya dengan talaq rajie maka menjadi tanggungjawab ke atas suami menyediakan nafkah berikut kepada isterinya selama ia di dalam iddah :
    i. Menyediakan makanan yang sepatutnya.
    ii. Menyediakan pakaian yang sepatutnya.
    iii. Menyediakan tempat tinggal untuk isteri yang diceraikan itu.
    iv. Menyediakan apa-apa yang patut kepada seorang isteri seperti belanja perubatan dan sebagainya.
    ii. Sekiranya ia diceraikan oleh suaminya dengan talaq bain, maka isteri tersebut hanya layak mendapat kemudahan tempat tinggal daripada suaminya selama ia di dalam iddah. Tetapi sekiranya ketika diceraikan ia sedang hamil maka dia juga layak mendapat keempat-empat kemudahan seperti perempuan yang diceraikan dengan talaq rajie.
    iii. Sekiranya isteri yang diceraikan belum lagi disetubuhi maka dia tidak layak mendapat apa-apa nafkah daripada suaminya.

    Soalan 3
    Kenapa Mahkamah tak bayar nafkah sedangkan perintah telah dikeluarkan?

    Jawapan :
    Mahkamah hanya berkuasa mengeluarkan perintah kepada suami untuk membayar nafkah dan sebagainya. Bayaran itu akan datang dari pihak suami bukan Mahkamah. Tetapi sekiranya pihak suami tidak membayar seperti yang diperintahkan, si isteri atau anak yang berkepentingan dengan nafkah tersebut boleh memohon penguatkuasaan perintah di Mahkamah. Mahkamah akan mengeluarkan perintah penguatkuasaan dalam bentuk samada memerintahkan bayaran secara potongan gaji atau dipenjarakan dan sebagainya sepertimana yang dipohon.

    Soalan 4
    Apakah yang menyebabkan gugurnya pemberian nafkah iddah ke atas isteri?

    Jawapan :
    Pemberian nafkah akan gugur dengan sendirinya apabila suami meninggal dunia ketika isterinya di dalam iddah.

    Soalan 5
    Berapa lamakah tempoh perintah nafkah isteri dan anak-anak yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah tersebut berkuatkuasa?

    Jawapan :
    Sesuatu perintah nafkah hendaklah tamat apabila mati orang yang kena membayar nafkah atau apabila mati orang yang berhak menerima nafkah tersebut.
    Manakala, lamanya tempoh perintah khusus bagi nafkah anak adalah bergantung keppada perkara-perkara berikut :
    i. Jika sesuatu perintah mengenai nafkah seseorang anak dinyata sebagai selama tempoh yang lebih singkat.
    ii. Jika sesuatu perintah itu telah dibatalkan.
    iii. Jika sesuatu perintah itu dibuat untuk :

    - Seseorang anak perempuan yang belum berkahwin atau yang, oleh sebab sesuatu hilangupaya dari segi otak atau jasmani, tidak berkebolehan menanggung nafkah dirinya.
    - Seorang anak lelaki yang, oleh sebab sesuatu hilangupaya dari segi otak atau jasmani, tidak berkebolehan menanggung nafkah dirinya, Perintah nafkah hendaklah tamat apabila anak itu mencapai umur lapan belas tahun, tetapi Mahkamah boleh atas permohonan oleh anak itu atau oleh seseorang lain, melanjutkan perintah nafkah itu supaya meliputi apa-apa tempoh tambahan yang difikirkannya munasabah, bagi membolehkan anak itu mengikuti pelajaran atau latihan lanjut atau lebih tinggi.

    Soalan 6
    Adakah jumlah pembayaran nafkah anak yang dikeluarkan sepertimana dalam Perintah Mahkamah boleh diubah?

    Jawapan
    Boleh pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa, seseorang yang ada mempunyai kepentingan, boleh membuat permohonan kepada Mahkamah sama ada untuk mengubah atau membatalkan sesuatu perintah mengenai nafkah seseorang anak dengan diasaskan ke atas sesuatu salah pernyataan atau kesilapan fakta atau sesuatu perubahan matan telah berlaku tentang hal keadaan anak tersebut.

    Soalan 7
    Siapakah yang perlu menanggung nafkah anak?

    Jawapan :
    Adalah menjadi kewajipan bagi seorang bapa untuk menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu berada dalam jagaannya atau dalam jagaan seseorang lain, kecuali jika sesuatu perjanjian atau sesuatu perintah Mahkamah memperuntukkan selainnya. Jika bapa kanak-kanak itu telah mati atau tempat di mana bapanya berada tidak diketahui atau jika bapanya tidak berupaya menanggung nafkah mereka. Maka, menjadi kewajipan bagi seseorang yang bertanggungan di bawah Hukum Syarak, supaya menanggung nafkah atau memberi sumbangan kepada nafkah kanak-kanak tersebut.

    Soalan 8
    Adakah tunggakan nafkah isteri dan anak boleh dituntut ke atas bekas suami atau bapa?

    Jawapan :
    Tunggakan nafkah yang tak bercagar, boleh dituntut sebagai suatu hutang daripada pihak yang mungkir itu. Sekiranya tunggakan nafkah itu tidak dilangsaikan sebelum pihak yang mungkir itu mati, tunggakan nafkah tersebut hendaklah menjadi suatu hutang yang perlu dibayar dari harta pusakanya. Manakala, tunggakan nafkah yang tak bercagar pula hendaklah dibayar dalam tempoh orang yang berhak kepada tunggakan nafkah itu masih hidup dan sekiranya orang yang berhak itu mati, maka ia boleh dituntut sebagai suatu hutang oleh wakil diri di sisi undang-undang orang itu.

    Soalan 9
    Siapakah yang perlu menanggung nafkah anak luar nikah (anak tak sahtaraf)?

    Jawapan :
    Ibu yang melahirkan anak tak sah taraf tersebut adalah orang yang bertanggungjawab untuk menanggung nafkah anaknya yang tak sahtaraf yang tidak berupaya menanggung nafkah dirinya. Melainkan seorang anak yang dilahirkan akibat rogol.

    Soalan 10
    Siapakah yang berkewajipan untuk menanggung nafkah anak angkat?

    Jawapan :
    Jika seseorang lelaki (bapa angkat) telah menerima seseorang kanak-kanak yang bukan anaknya sebagai seorang ahli keluarganya, maka adalah menjadi kewajipannya menanggung nafkah kanak-kanak itu semasa dia masih seorang kanak-kanak, setakat mana bapa dan ibu kanak-kanak itu tidak berbuat demikian dan Mahkamah boleh membuat apa-apa perintah yang perlu bagi memastikan kebajikan kanak-kanak itu.

    Klik disini untuk muat turun Borang

  • Soalan Lazim - Rujuk

    Soalan 1
    Bagaimanakah cara untuk rujuk semula dalam waktu iddah?

    Jawapan :
    Sekiranya ingin rujuk semula dalam waktu iddah, puan dan suami boleh terus hadir secara bersama ke pejabat Agama Islam berdekatan untuk tujuan pendaftaran.

    Soalan 2
    Bolehkah pengesahan rujuk dibuat di Mahkamah Syariah?

    Jawapan :
    Boleh, pengesahan rujuk boleh dibuat di Mahkamah Syariah tanpa melalui di pejabat agama islam daerah/negeri-negeri.

    Klik disini untuk muat turun Borang

  • Soalan Lazim - Mut'ah

    Soalan 1
    Apakah yang dimaksudkan dengan mut‘ah dan bilakan ia dilaksanakan?

    Jawapan :
    Mut‘ah ertinya bayaran saguhati yang diberi dari segi Hukum Syarak kepada isteri yang diceraikan. Ia dilaksanakan/diberi selepas tamatnya iddah.

    Soalan 2
    Apakah perkara yang diambil kira oleh Mahkamah untuk membolehkan seseorang itu mendapat mut’ah?

    Jawapan :
    Mahkamah boleh selepas mendengar pihak-pihak itu dan apabila berpuas hati bahawa perempuan itu telah diceraikan tanpa sebab yang patut, memerintahkan suami membayar sejumlah wang yang wajar dan patut mengikut Hukum Syarak.

    Klik disini untuk muat turun Borang

  • Soalan Lazim - Perkhidmatan Secara Dalam Talian

    Soalan 1
    Bagaimanakah saya ingin mengetahui tarikh tangguhan kes sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB)?

    Jawapan :
    Semakan tarikh tangguhan bagi prosiding sebutan/perbicaraan adalah melalui notis tangguhan/panggilan telefon/semakan status dalam Portal Rasmi Esyariah pada pautan berikut: https://bit.ly/3aSJjj7/ MySMS.

    Soalan 2
    Bagaimanakah saya boleh berurusan sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB)?

    Jawapan :
    Segala urusan mahkamah termasuk Wakalah/afidavit/Majlis Sulh/perbicaraan/sebutan kes boleh dibuat melalui sidang video dengan permohonan dan persetujuan bersama Plaintif/Pemohon dan Defendan/Responden.

    Soalan 3
    Bagaimana saya boleh mendapatkan khidmat nasihat rundingcara sepanjang tempoh PKPB?

    Jawapan :
    Perkhidmatan rundingcara dilaksanakan secara dalam talian telefon. Sesi runding cara melibatkan perkhidmatan runding cara kepada pelanggan yang tidak perlu hadir secara fizikal ke Mahkamah.

    Soalan 4
    Sekiranya saya gagal mendapatkan perkhidmatan secara atas talian, apa yang boleh saya buat?

    Jawapan :
    Sebarang pertanyaan dan janji temu bagi perkhidmatan yang tiada kemudahan aplikasi dalam talian, boleh hubungi talian telefon premis Mahkamah Syariah Negeri Selangor yang berkaitan seperti di laman sesawang www.jakess.gov.my.  

    Soalan 5
    Adakah wakalah peguam syarie boleh dilakukan secara atas talian?

    Jawapan :
    Boleh. Peguam Syarie yang telah dilantik dan perlantikan secara wakalah boleh dibuat secara atas talian. Urusan Wakalah dan afidavit bagi kes yang diwakili peguam juga hanya melibatkan kehadiran Peguam sahaja di Mahkamah tanpa kehadiran pelanggan secara fizikal melalui sidang video.  

    Soalan 6
    Apakah syarat-syarat permohonan wakalah secara sidang video (atas talian)?

    Jawapan :

    • Kelulusan adalah tertakluk kepada Penolong Pendaftar.
    • Tarikh, masa dan tempat adalah ditetapkan oleh pihak Mahkamah.
    • Fasiliti dan kemudahan wakalah secara sidang video disediakan oleh Peguam Syarie atau pihak-pihak sendiri.
    • Sekiranya berlaku masalah teknikal semasa wakalah/afidavit secara sidang video berlangsung atau berlaku ketidakhadiran salah satu pihak, Mahkamah boleh menangguhkan ke satu tarikh yang lain.
    • Sekiranya berlaku ketidakhadiran kedua-dua pihak pada sesi yang telah ditetapkan, pihak Mahkamah boleh untuk membatalkan permohonan tersebut.
    • Penolong Pendaftar hendaklah memastikan Garis Panduan COVID-19 Kementerian Kesihatan Malaysia adalah dipatuhi sepanjang sesi wakalah dijalankan.

    Soalan 7
    Adakah sebutan/perbicaraan kes boleh dilaksanakan secara atas talian sepanjang tempoh PKPB?

    Jawapan :
    Boleh. Sebutan/perbicaraan kes boleh dibuat melalui aplikasi Skype For Business atau apa-apa medium dalam talian tetapi pemakluman awal hendaklah dibuat kepada Ketua Pendaftar/Pendaftar/Penolong Pendaftar.

    Soalan 8
    Adakah terdapat syarat-syarat permohonan pendengaran kes secara dalam talian?

    Jawapan :
    Ada. Antara syarat-syaratnya adalah sebagaimana berikut:

    • Permohonan hanya melibatkan kes yang berstatus dalam prosiding dan kes baharu setakat yang dibenarkan oleh Jabatan dari masa ke semasa.
    • Jika salah seorang pihak memohon untuk sebutan/perbicaraan secara dalam talian dan pihak satu lagi bersedia untuk sebutan/perbicaraan di dalam dewan bicara.
    • Kesemua pihak mestilah bersetuju (termasuk Plaintif, Defendan, saksi-saksi) untuk perbicaraan dijalankan secara dalam talian.
    • Kelulusan adalah tertakluk kepada Hakim Bicara.
    • Tarikh dan masa sebutan/perbicaraan adalah ditetapkan oleh Mahkamah.
    • Fasiliti sebutan/perbicaraan secara dalam talian pihak-pihak adalah disediakan oleh pihak-pihak sendiri.
    • Sekiranya berlaku masalah teknikal semasa prosiding sebutan/perbicaraan berlangsung atau berlaku ketidakhadiran salah satu pihak, Mahkamah akan menangguhkan prosiding ke satu tarikh yang lain.
    • Sebarang dokumen yang dimuat naik secara dalam talian sewaktu sebutan/ perbicaraan secara dalam talian, pelanggan perlu memfailkan semula secara hard copy ke kaunter Mahkamah mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Mahkamah.
    • Pihak-pihak dan Peguam Syarie dilarang untuk merekod secara visual atau audio di sepanjang prosiding berjalan. Sekiranya didapati berlaku, boleh dikenakan tindakan menghina Mahkamah.

    Soalan 9
    Adakah saya masih boleh pergi ke mahkamah untuk mendapatkan borang permohonan kes sepanjang tempoh PKPB?

    Jawapan :
    Tidak Perlu. Mahkamah tidak lagi menyediakan borang bercetak dan pelanggan perlu memuat turun borang pemfailan kes melalui laman web https://www.jakess.gov.my/index.php/ms/muat-turun-borang.

    Soalan 10
    Adakah Majlis Sulh boleh dilaksanakan secara dalam talian? Apakah syarat-syarat yang perlu dipatuhi?

    Jawapan :
    Boleh. Namun terdapat syarat-syarat permohonan menjalani Majlis Sulh dalam talian. Antaranya permohonan kes Sulh hendaklah:

    • Yang telah mempunyai persetujuan di antara pihak-pihak; atau
    • Yang belum mempunyai persetujuan di antara pihak-pihak dan tertakluk kepada kebenaran Mahkamah.
    • Pihak-pihak bersetuju untuk menjalani Majlis Sulh secara dalam talian.
    • Mahkamah dan pihak-pihak hendaklah mempunyai kemudahan aplikasi Skype.

    Soalan 11
    Bagaimana saya boleh memohon untuk melakukan Majlis Sulh secara atas talian?

    Jawapan :

    • Pihak-pihak hendaklah membuat permohonan dengan mengisi borang permohonan menjalani Majlis Sulh secara dalam talian dan menghantar melalui e-mel kepada Mahkamah.
    • Majlis Sulh dalam talian akan dilaksanakan pada hari bekerja sahaja dan tertakluk kepada jadual yang ditetapkan oleh Mahkamah.
    • Hanya Pegawai Sulh dan pihak-pihak yang terlibat dengan Majlis Sulh sahaja yang dibenarkan menjalani Majlis Sulh dalam talian. Orang awam, ahli keluarga dan kanak-kanak adalah tidak dibenarkan menyertai Majlis Sulh dalam talian tersebut.
    • Peguam Syarie yang telah dilantik tidak boleh menyertai Majlis Sulh dalam talian, kecuali dengan kebenaran Pengerusi/ Pegawai Sulh.
    • Pihak-pihak hendaklah berpakaian sopan dan menutup aurat sepanjang prosiding Majlis Sulh dalam talian berjalan.
    • Pengendorsan Perjanjian Persetujuan di hadapan Hakim akan dibuat pada tarikh yang akan ditetapkan oleh Mahkamah.
    • Sebarang rakaman secara visual atau audio sepanjang Majlis Sulh dalam talian berjalan adalah tidak dibenarkan sama sekali. Sekiranya didapati berlaku, boleh dikenakan tindakan menghina Mahkamah.

    Soalan 12
    Sepanjang tempoh PKPB, adakah terdapat khidmat runding cara Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) secara dalam talian?

    Jawapan :
    Ada. Namun syarat-syarat pengendalian runding cara (BSK) dalam talian adalah sebagaimana berikut:

    • Setelah notis runding cara dikeluarkan, Pihak-pihak akan dihubungi untuk pengesahan runding cara sama ada boleh dijalankan melalui Skype atau telefon.
    • Runding cara dalam talian akan dilaksanakan pada hari bekerja sahaja.
    • Hanya Pegawai Runding cara dan pihak-pihak yang terlibat.
    • Pihak-pihak hendaklah bersikap sopan sepanjang prosiding runding cara berjalan secara dalam talian.
    • Bagi runding cara melalui telefon, pegawai runding cara akan menghubungi pihak-pihak secara bergilir-gilir.
    • Perjanjian Persetujuan akan disediakan selepas persetujuan dicapai.
    • Sebarang rakaman secara visual atau audio sepanjang runding cara dalam talian berjalan adalah tidak dibenarkan sama sekali.
  • Soalan Lazim - Permohonan Menghidupkan Semula Kes Yang Dibuang

    Soalan 1
    Bolehkah saya menghidupkan semula kes saya yang telah dibuang?

    Jawapan :
    Boleh. Berdasarkan peruntukan Seksyen 209 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah Negeri Selangor 2003:

    (1) Seseorang Hakim boleh—
    (a) menjalankan semua kewajipan dan kuasa yang diberikan kepadanya oleh mana-mana undang-undang bertulis;
    (b) menjalankan fungsinya di dalam Mahkamah atau di dalam Kamar mengenai apa-apa prosiding dalam had bidang kuasa tempatannya; dan
    (c) mencatatkan penghakiman yang dibuat melalui pengakuan atau persetujuan pihak-pihak di dalam Mahkamah atau di dalam Kamar.

    (2) Seseorang Hakim boleh menjalankan di dalam Mahkamah atau di dalam Kamar segala kuasa yang diberikan kepada Pendaftar di bawah seksyen 208.

    (3) Seseorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah boleh, atas permohonan mana-mana pihak atau mengikut budi bicaranya sendiri, memerintahkan Mahkamah Rendah Syariah supaya menghidupkan semula mana-mana kes yang telah ditolaknya.

    (4) Ketua Hakim Syarie boleh, atas permohonan mana-mana pihak atau mengikut budi bicaranya sendiri, memerintahkan mana-mana Mahkamah supaya menghidupkan semula mana-mana kes yang telah ditolak.

    Soalan 2
    Saya telah menarik balik kes yang sedang dalam perbicaraan, boleh atau tidak untuk saya hidupkan semula kes tersebut?

    Jawapan :
    Boleh. Namun tidak dibenarkan untuk difailkan semula bagi kes yang sama atau kausa tindakan yang sama atau perkara pada matan yang sama kecuali kebenaran perlu diperolehi terlebih dahulu dari Mahkamah yang lebih tinggi dari peringkat memfailkan kes terdahulu. Perkara ini dijelaskan di dalam peruntukan seksyen 96 ETMMS 2003 iaitu;

    Jika plaintif telah menarik balik prosiding di bawah seksyen 95, dia tidak boleh kemudiannya membawa tindakan bagi kausa tindakan yang sama, atau bagi kausa tindakan yang pada matannya adalah sama melainkan jika Mahkamah telah memberikan kebenaran untuk memulakan prosiding yang baru.

    Soalan 3
    Apakah prosedur menghidupkan semula kes yang telah dibuang?

    Jawapan :

    Berdasarkan kepada keputusan Mesyuarat Arahan Amalan Mahkamah Syariah seluruh Malaysia Bil. 1 Tahun 2005 prosedur menghidupkan semula kes adalah sebagaimana berikut:

    • Pemohon hendaklah mengemukakan Permohonan untuk menghidupkan semula kes berserta afidavit sokongan;
    • Mahkamah dalam hal ini hendaklah memberikan nombor dan kod kes yang baru kepada kes yang dihidupkan semula itu pada fail kes yang sama.

    Soalan 4
    Saya tidak dapat hadir ke mahkamah kerana sakit dan tidak berupaya memaklumkan ketidakhadiran saya kepada mahkamah. Namun mahkamah membuang kes saya. Adakah saya masih berpeluang menghidupkan semula kes?

    Jawapan :
    Boleh. Mahkamah akan melihat alasan permohonan Pemohon untuk menghidupkan semula kes tesebut.

    Soalan 5
    Apakah terdapat syarat-syarat bagi permohonan menghidupkan semula kes?

    Jawapan :
    Mengikut Arahan Amalan No 15 Tahun 2002 berkenaan dengan tindakan untuk Membuka Semula Kes:
    “apa-apa arahan berhubungan pendengaran semula kes bagi fail yang telah dibatalkan atau ditolak hendaklah dinyatakan alasan-alasan berkaitan agar membantu pihak-pihak terlibat menyegerakan prosiding kes”.

    Mahkamah akan menilai alasan-alasan yang dikemukakan oleh P bagi mewajarkan kebenaran diberikan.

  • Soalan Lazim - Bahagian Sokongan Keluarga (BSK)

    Soalan 1:
    Apa itu Bahagian Sokongan Keluarga (BSK)?

    Jawapan :
    BSK merupakan satu bahagian yang ditubuhkan di bawah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) yang bertujuan untuk menguatkuasakan perintah nafkah/ mut’ah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah.

    Soalan 2:
    Kenapa BSK diwujudkan?

    Jawapan :

    BSK diwujudkan bagi memastikan perintah nafkah dan mut’ah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah dipatuhi dan dilaksanakan oleh bekas suami/ bapa kepada anak-anak.

    Soalan 3
    Apa yang perlu dilakukan apabila bekas suami/ bapa enggan membayar nafkah/ mut’ah sepertimana yang diperintah oleh mahkamah?

    Jawapan :
    Bekas isteri/ anak boleh membuat aduan kepada BSK. Seterusnya pegawai BSK akan menjalankan tindakan lanjut seperti mengadakan sesi runding cara melibatkan kedua-dua belah pihak untuk mendapatkan penyelesaian. Jika tiada penyelesaian dicapai, maka kes penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah akan difailkan di Mahkamah Syariah.

    Soalan 4
    Apakah dokumen yang perlu dikemukakan kepada BSK ketika aduan dilakukan?

    Jawapan :
    Dokumen yang perlu dikemukakan adalah:-

    1. Salinan perintah nafkah/ mut’ah yang dikeluarkan oleh Mahkamah
    2. Salinan sijil penceraian
    3. Kad pengenalan pemohon; dan
    4. Salinan MyKid/ surat beranak anak

    Soalan 5
    Selain menerima aduan, adakah BSK bertindak proaktif memantau kes-kes nafkah/ mut’ah yang telah dikeluarkan perintah?
     
    Jawapan :
    Ya, bermula tahun 2012 BSK telah mewujudkan sistem e-Nafkah yang bertindak selaku fail maya. Selain itu, sistem ini juga bertindak secara dwi fungsi dengan mempunyai bank data dan akan memuat naik segala perintah nafkah/ mut’ah yang dikeluarkan oleh Mahkamah.
     
    Soalan 6
    Apakah jenis penguatkuasaan yang akan dilakukan?

    Jawapan :
    Jenis penguatkuasaan yang boleh dilakukan adalah seperti berikut:-

    1. Saman Penghutang Penghakiman (Judgment Debtor Summon);
    2. Notis Penghakiman (Judgment Notice);
    3. Penyitaan dan Penjualan (Seizure and Sale);
    4. Hiwalah (Garnishment);
    5. Perintah Pemenjaraan kerana Menghina Mahkamah (Committal Order).

    Soalan 7
    Adakah bantuan kewangan akan diberikan kepada bekas isteri/ anak-anak sepanjang prosiding penguatkuasaan perintah berlangsung di Mahkamah?
     
    Jawapan :
    Ya, bekas isteri/ anak-anak yang telah mendaftar kes di BSK boleh memohon pendahuluan nafkah. Setiap permohonan akan ditapis berdasarkan kelayakan tertentu dan dana tersebut akan diberikan selama enam (6) bulan. Walau bagaimanapun pendahuluan ini akan dikutip semula melalui tindakan penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah.
     
    Soalan 8
    Adakah perintah nafkah/ mut’ah yang dikeluarkan selepas 6 tahun boleh dilaksanakan?

    Jawapan :
    Ya, boleh dilaksanakan.

  • Soalan Lazim - Hakam

    Soalan 1
    Apakah yang dimaksudkan dengan Hakam?

    Jawapan :
    Seseorang penimbang tara yang diberi kuasa oleh pihak-pihak atau oleh Mahkamah untuk menyelesaikan perkelahian (shiqaq) antara suami dan isteri;

    Soalan 2

    Apakah yang dimaksudkan dengan Syiqaq?

    Jawapan :

     “shiqaq” ertinya perkelahian antara suami dan isteri yang berlarutan sehingga menjejaskan kerukunan rumah tangga.
     
    Soalan 3
    Apakah dalil Syarak tentang pensyariatan Hakam?

    Jawapan :
    Firman Allah di dalam Surah al-Nisa’ ayat 58 maksudnya: “Dan jika kamu bimbangkan perpecahan di antara mereka berdua (suami isteri) maka lantiklah "orang tengah" (untuk mendamaikan mereka, iaitu), seorang dari keluarga lelaki dan seorang dari keluarga perempuan. Jika kedua-dua "orang tengah" itu (dengan ikhlas) bertujuan hendak mendamaikan, nescaya Allah akan menjadikan kedua (suami isteri itu) berpakat baik.”
     
    An-Nasai meriwayatkan daripada Abi Syuraih telah berkata seseorang kepada Rasullullah S.A.W : “Wahai Rasullullah bahawa kaumku ini apabila berlaku perselisihan dalam sesuatu perkara mereka akan dating kepadaku,maka aku buat keputusan bagi mereka berdua,maka Rasullullah S.A.W berkata kepadanya tidak ada yang lebih baik daripada ini”

    Soalan 4
    Apakah peruntukan undang-undang yang membenarkan penyelesaian kes melalui proses Hakam?
     
    Jawapan :
    Peruntukan berkaitan Hakam ada dinyatakan di dalam Seksyen 48 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 dan Kaedah-Kaedah Hakam (Negeri Selangor) 2014.

    Seksyen 48. Timbangtara oleh Hakam 

    (1) Jika Mahkamah berpuas hati bahawa perkelahian (shiqaq) sentiasa berlaku antara pihak-pihak kepada suatu perkahwinan, Mahkamah boleh melantik, mengikut Hukum Syarak, dua orang penimbangtara atau Hakam untuk bertindak bagi pihak suami dan isteri yang berkenaan itu masing-masing.

    (2) Pada melantik Hakam di bawah subseksyen (1) Mahkamah hendaklah, jika boleh, memberi keutamaan kepada saudara-saudara karib pihak-pihak yang berkenaan itu yang tahu akan hal keadaan kes itu.

    (3) Mahkamah boleh memberi arahan-arahan kepada Hakam tentang hal menjalankan penimbangtaraan dan mereka hendaklah menjalankannya mengikut arahan-arahan itu dan Hukum Syarak.

    (4) Jika Hakam tidak dapat bersetuju, atau jika Mahkamah tidak puas hati dengan cara mereka menjalankan penimbangtaraan itu, Mahkamah boleh memecat mereka dan melantik Hakam lain bagi menggantikan mereka.

    (5) Hakam hendaklah berusaha untuk mendapatkan kuasa penuh daripada prinsipal mereka masing-masing dan boleh, jika kuasa mereka membenarkan, melafazkan satu talaq di hadapan Mahkamah jika dibenarkan sedemikian oleh Mahkamah, dan jika demikian halnya, Mahkamah hendaklah merekodkan lafaz satu talaq itu, dan menghantar satu salinan rekod itu yang diperakui kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar untuk didaftarkan.

    (6) Jika Hakam berpendapat bahawa pihak-pihak itu patut bercerai tetapi tidak dapat memerintahkan penceraian oleh kerana sesuatu sebab, Mahkamah hendaklah melantik Hakam lain dan hendaklah memberi kepada mereka kuasa untuk memerintahkan perceraian dan hendaklah, jika mereka berbuat demikian, merekodkan perintah itu yang diperakui kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar untuk didaftarkan.

    (7) Melainkan jika dia adalah anggota keluarga terdekat pihak itu, maka tiada seorang pun atau Peguam Syarie boleh dibenarkan hadir atau mewakili mana-mana pihak di hadapan Hakam.
     
    Soalan 5
    Bilakah bermulanya proses untuk perlantikan Hakam?

    Jawapan :
    Perlantikan Hakam dibuat selepas berlakunya proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) dimana semasa proses akhir laporan Jawatankuasa Pendamai pihak-pihak gagal mencapai perdamaian dan pihak suami enggan untuk melafazkan cerai walaupun setelah dinasihatkan oleh Mahkamah, Mahkamah hendaklah mengarahkan pembentukan Hakam setelah mahkamah mensabitkan syiqaq antara pasangan suami isteri tersebut.
     
    Dalam keadaan tuntutan oleh isteri untuk mendapatkan pembubaran perkahwinan tidak sabit dan ditolak oleh Mahkamah atas alasan dia tidak dapat membuktikan kebenarannya dan Mahkamah mendapati pertikaian (syiqaq) itu masih lagi berterusan atau berulang antara suami isteri tersebut

    Soalan 6
    Bagaimanakah sabitan Syiqaq ditentukan oleh Mahkamah sebelum melantik Hakam?

    Jawapan :
    Sebelum melantik Hakam, Mahkamah hendaklah memutuskan bahawa shiqaq telah berlaku antara suami dan isteri setelah Mahkamah menjalankan siasatan.
    (a) perkelahian yang kerap antara suami dan isteri itu sama ada oleh sebab :
    (i) nusyuz isteri;
    (ii) kezaliman suami;
    (iii) ketidaktentuan siapa yang benar antara kedua-duanya; atau
    (iv) salah satu pihak atau kedua-dua pihak berdusta atau menuntut yang bukan hak.
     
    (b) perkelahian yang kerap antara suami dan isteri sehingga menimbulkan kesukaran menjalankan tanggungjawab masing-masing dan saling tuduh menuduh tidak melaksanakan hak sebagai suami dan isteri;
     
    (c)  suami atau isteri saling tuduh-menuduh antara keduanya mempunyai
    hubungan yang melampaui Hukum Syarak dengan perempuan atau lelaki lain;
     
    (d)  perkelahian yang kerap hingga menyebabkan pukul-memukul;
     
    (e)  salah seorang meninggalkan rumah kediaman, tidak tinggal bersama
    sedangkan punca sebenar tidak dapat dibuktikan oleh kedua-dua pihak di hadapan Mahkamah;
     
    (f) suami atau isteri saling tuduh-menuduh antara keduanya mengenai tanggungjawab masing-masing terhadap anak-anak sehingga berlaku pertikaian dan perkelahian yang kerap;
     
    (g) jika didapati bahawa sebarang tuntutan oleh isteri untuk mendapatkan pembubaran perkahwinan tidak sabit dan ditolak oleh Mahkamah atas alasan dia tidak dapat membuktikan kebenarannya dan Mahkamah mendapati pertikaian itu masih lagi berterusan atau berulang antara suami isteri tersebut; atau
     
    (h)  apa-apa tindakan yang menyebabkan darar syarie ke atas isteri atau suami.

    Soalan 7
    Siapakah yang dimaksudkan sebagai anggota Panel Hakam?

    Jawapan :
    Angota Panel Hakam ertinya anggota panel Hakam yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Selangor atas cadangan Jawatankuasa Hakam yang berperanan sebagai penimbang tara yang diberi kuasa oleh oleh Mahkamah untuk menyelesaikan perkelahian (shiqaq) antara suami dan isteri.

    Soalan 8
    Apakah yang dimaksudkan dengan Majlis Tahkim?

    Jawapan :
    Majlis Tahkim ialah sesi timbang tara atau proses penyelesaian perkelahian (shiqaq) yang melibatkan pertemuan suami dan isteri bersama dengan Hakam untuk tujuan perdamaian atau perceraian dengan lafaz talaq atau dengan khulu’.

    Soalan 9
    Berapa peringkat Majlis Tahkim ?

    Jawapan :
    Majlis Tahkim ada dua peringkat yang mana peringkat pertama pelantikan dikalangan ahli atau kaum kerabat. Sekiranya tiada penyelesaian maka proses seterusnya adalah pelantikan yang kedua iaitu terdiri daripada anggota Panel Hakam yang dilantik oleh Mahkamah yang memberikan kuasa penuh dalam pelaksanaan Majlis Tahkim sehingga selesai.

    Soalan 10
    Adakah pihak-pihak (suami atau isteri) perlu memohon untuk Majlis Tahkim?

    Jawapan :
    Tidak perlu.

    Soalan 11
    Apakah perkara yang perlu pihak-pihak tahu semasa menghadiri Majlis Tahkim?

    Jawapan :
    Pihak-pihak perlu tahu matlamat Majlis Tahkim adalah mencari penyelesaian antara kedua pihak melalui perdamaian(islah) dengan tujuan mengekalkan perkahwinan atau perceraian sekiranya jalan perdamaian gagal dicapai.
    Pihak-pihak perlu memberi penjelasan tentang masalah sebenar yang berlaku dalam rumahtangga.
    Memberi kerjasama,bertoleransi, jujur,sopan dan menghormati Hakam dan Majlis Tahkim.
    Berusaha sebaik mungkin untuk mencapai penyelesaian.

    Soalan 12
    Bilakah bermulanya prosiding Majlis Tahkim?

    Jawapan :
    Prosiding Majlis Tahkim bermula selepas pelantikan hakam dibuat.

    Soalan 13
    Berapa lama tempoh pelaksanaan Majlis Tahkim?

    Jawapan :
    Tempoh pelaksanaan Majlis Tahkim adalah tidak melebihi tiga puluh hari dari tarikh perintah pelantikan dan perisytiharan Hakam yang dikeluarkan oleh Mahkamah. Mahkamah boleh melanjutkan tempoh pelaksanaan Majlis Tahkim atas sebab-sebab yang perlu tetapi tempoh pelanjutan tersebut tidak melebihi tempoh enam puluh hari dari tarikh pelanjutan diberi.

    Soalan 14
    Adakah pihak lain atau peguam syarie dibenarkan hadir dihadapan Hakam?

    Jawapan :
    Tiada pihak lain atau Peguam Syarie dibenarkan hadir atau mewakili mana-mana pihak di hadapan Hakam melainkan jika dia adalah anggota keluarga terdekat pihak-pihak itu.

    Soalan 15
    Bagaimanakah jika suami atau isteri atau kedua-duanya enggan hadir dalam prosiding Majlis Tahkim?

    Jawapan :
    Keengganan suami atau isteri atau kedua-dua pihak hadir dalam Majlis Tahkim tidak menyebabkan prosiding terhenti dan Hakam boleh membuat keputusan.

    Soalan 16
    Adakah keputusan Majlis Tahkim dapat dicapai jika salah satu Hakam berbeza pendapat ?

    Jawapan :
    Tidak. Keputusan Majlis Tahkim hanya dapat dicapai dan sah apabila kedua-dua Hakam membuat keputusan yang sama
     
    Soalan 17
    Adakah keputusan Majlis Tahkim boleh dirayu?

    Jawapan :
    Perceraian yang diputuskan dalam Majlis Tahkim adalah muktamad dan tiada rayuan dibenarkan namun permohonan semakan oleh pihak-pihak boleh dibuat terhadap prosiding Majlis Tahkim tersebut.

    Soalan 18
    Bagaimanakah jenis perceraian melalui Majlis Tahkim ditentukan sama ada secara talaq atau khulu’?

    Jawapan :
    Setelah kedua-dua Hakam berpuas hati bahawa perdamaian gagal dicapai oleh kedua-dua pihak, Hakam perlu menentukan pihak yang menjadi punca kepada berlakunya syiqaq;

    • Jika shiqaq itu berpunca daripada suami atau kedua-dua suami dan isteri, kedua-dua Hakam hendaklah mencadangkan perceraian secara talaq;
    • Jika shiqaq itu berpunca daripada isteri, kedua-dua Hakam hendaklah mencadangkan perceraian secara khuluk dan kadar ‘iwadh hendaklah diputuskan oleh Hakam;
    • jika tidak dapat ditentukan puncanya dan tuntutan perceraian dibuat oleh suami, maka kedua-dua Hakam hendaklah mencadangkan perceraian secara talaq;atau
    • tidak dapat ditentukan puncanya dan tuntutan perceraian dibuat oleh isteri, maka kedua-dua Hakam hendaklah mencadangkan perceraian secara khulu’ dan kadar ‘iwadh hendaklah diputuskan oleh Hakam.

    Soalan 19
    Apakah hukum lafaz talak oleh Hakam?

    Jawapan :
    Talak bain sughro dan bekas suami tidak boleh rujuk bekas isterinya semula melainkan dengan akad nikah yang baru.

    Soalan 20
    Dimanakah tempat prosiding Majlis Tahkim dilaksanakan?

    Jawapan :
    Majlis Tahkim hendaklah dilaksanakan di Mahkamah Syariah atau dimana-mana tempat lain yang dibenarkan oleh Mahkamah.

    Soalan 21

    Adakah perbincangan dan rundingan antara suami atau isteri bersama Hakam masing-masing semasa Majlis Tahkim bersifat rahsia?

    Jawapan :
    Perbincangan dan rundingan bersifat kerahsiaan tanpa melibatkan mana-mana pihak kecuali hakam-hakam yang dilantik.

    Soalan 22

    Bagaimana kadar ‘Iwadh ditentukan jika perceraian melalui Hakam secara khul’?

    Jawapan :
    Kadar ‘Iwadh ditentukan oleh Hakam . Sekiranya Hakam gagal mencapai persetujuan maka Hakim akan menentukan kadar ‘Iwadh mengikut Hukum Syarak.

    Soalan 23

    Bila terhentinya prosiding Majlis Tahkim?

    Jawapan :
    Prosiding Majlis Tahkim terhenti, jika—

    (a) suami atau isteri itu mati;
    (b) suami atau isteri tidak sempurna akal;
    (c) Hakam menarik diri sebagai Hakam
    (d) wujud sebab lain yang diiktiraf oleh Hukum Syarak.

    Soalan 24
    Apakah kelebihan Hakam dalam menyelesaikan kes-kes penceraian di Mahkamah Syariah?

    Jawapan :
    Hakam merupakan salah satu kaedah bagi menyelesaikan isu syiqaq dalam rumahtangga. Hakam memberi ruang pihak-pihak (suami dan isteri) untuk menentukan jalan perdamaian atau perceraian. Penyelesaian kes melalui Hakam dapat diselesaikan dengan kadar yang lebih cepat berbanding ta’liq dan fasakh.

    Soalan 25
    Apakah perbezaan antara Kehakiman dan Tahkim?
     
    Jawapan :

    • Hakim dilantik oleh Pemerintah (Sultan) manakala Hakam dilantik oleh pihak-pihak yang bertikai atau Hakim.
    • Bidangkuasa Hakim adalah luas dan meliputi wilayah ammah manakala Hakam mempunyai kuasa yang khas mengikut jenis perceraian yang ditentukan sahaja.
    • Hakim mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada Hakam dan boleh mendengar semua perkara yang dibenarkan kepada Hakam sedangkan Hakam tidak sedemikian bahkan Hakim mempunyai kuasa memecat Hakam yang telah dilantik.
    • Hakim tidak memerlukan persetujuan pihak-pihak yang bertikai untuk dilantik menyelesaikan kes mereka manakala Hakam perlu kepada persetujuan pihak-pihak untuk dilantik sebelum melaksanakan Majlis Tahkim.
  • Soalan Lazim - Sulh

    Soalan 1
    Apakah yang dimaksudkan dengan Majlis Sulh?

    Jawapan :
    Majlis Sulh merupakan majlis perbincangan bersama antara pihak-pihak yang terlibat dalam suatu pertikaian melibatkan satu atau lebih tuntutan yang difailkan di Mahkamah Syariah yang dipengerusikan oleh Pegawai Sulh bagi mencapai penyelesaian yang dipersetujui secara bersama oleh pihak-pihak yang bertikai. Sekiranya majlis sulh tersebut berjaya mencapai persetujuan secara sukarela antara pihak-pihak yang bertikai, ia akan direkodkan sebagai Perjanjian Penyelesaian Bersama sebelum direkodkan oleh Hakim sebagai Perintah Mahkamah tanpa melalui proses perbicaraan.

    Soalan 2
    Adakah Majlis Sulh dibenarkan mengikut Hukum Syarak?
     
    Jawapan :
    Majlis Sulh adalah dibenarkan bahkan dituntut mengikut Hukum Syarak sebagaimana disebut di dalam Al-Quran firman Allah di dalam surah Al-Hujurat ayat 9 yang bermaksud : “Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah diantara keduanya”.
    Allah S.W.T. juga berfirman di dalam Surah al-Nisa’ ayat 128 yang bermaksud: “Dan jika seorang perempuan bimbang akan timbul dari suaminya nusyuz (kebencian) atau tidak melayaninya, maka tiadalah salah bagi mereka (suami isteri) membuat perdamaian diantara mereka berdua (secara yang sebaik-baiknya) kerana perdamaian itu lebih baik (bagi mereka daripada bercerai berai)”.
    Hadis Riwayat al-Tarmizi dari Amru bin ‘Awf Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “ Sulh, hukumnya adalah harus di antara orang Islam melainkan menjadi haram jika ianya mengharamkan apa yang dihalalkan dan menghalalkan apa yang diharamkan”.

    Soalan 3

    Apakah peruntukan undang-undang yang berkaitan dengan pelaksanaan Majlis Sulh?

    Jawapan :

    1. Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
    2. Seksyen 99 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003.
    3. Kaedah-Kaedah Tatacara Mal (Sulh) (Negeri Selangor) 2001.
    4. Arahan/Pekeliling Ketua Hakim Syarie Selangor.
    5. Arahan Amalan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia .
    6. Manual Kerja Sulh Mahkamah Syariah/Jabatan Kehakiman Syariah Negeri-negeri Seluruh Malaysia

    Soalan 4
    Di manakah Majlis Sulh dilaksanakan?
     
    Jawapan :
    Majlis Sulh dilaksanakan di premis Mahkamah Syariah lazimnya di dalam Bilik Sulh. Walau bagaimanapun, dalam hal keadaan tertentu seperti semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan wabak Covid-19, Majlis Sulh boleh dilaksanakan dengan persetujuan pihak-pihak dari tempat masing-masing dan dibuat secara online.

    Soalan 5

    Siapakah pihak-pihak yang dibenarkan hadir di dalam Majlis Sulh?

    Jawapan :
    Hanya pihak-pihak yang terlibat dengan pertikaian yang dibenarkan hadir di dalam Majlis Sulh iaitu Plaintif dan Defendan selain Pengerusi iaitu Pegawai Sulh.

    Soalan 6
    Adakah pihak-pihak seperti Peguam Syarie, ibu,bapa,kenalan atau selainnya dibenarkan turut serta di dalam Majlis Sulh?

    Jawapan :
    Tidak dibenarkan melainkan dengan kebenaran Pengerusi iaitu Pegawai Sulh dengan sebab-sebab yang munasabah dan perlu seperti Penterjemah Bahasa Isyarat bagi Orang Kelainan Upaya (OKU).

    Soalan 7
    Apakah status maklumat yang dibincangkan semasa pelaksanaan Majlis Sulh?

    Jawapan :
    Segala butiran dan maklumat yang dibincangkan di dalam Majlis Sulh adalah bersifat kerahsiaan (antara pihak-pihak dan Pegawai Sulh sahaja).
     
    Soalan 8
    Apakah Kes-Kes di Mahkamah Syariah yang boleh dibawa ke Majlis Sulh?

    Jawapan :
    Kes-kes yang dibawa ke Majlis Sulh adalah seperti yang dinyatakan dalam Arahan Amalan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia No. 1 Tahun 2010 iaitu:

    1. Gantirugi pertunangan;
    2. Mutaah;
    3. Harta Sepencarian;
    4. Nafkah Isteri;
    5. Nafkah Iddah;
    6. Ubah Perintah Nafkah;
    7. Tunggakan Nafkah;
    8. Nafkah Anak;
    9. Ubah Perintah Hak Jagaan/ Nafkah Anak;
    10. Ubah Perjanjian Hak Jagaan/ Nafkah Anak;
    11. Hadhanah; dan
    12. Gantirugi Perkahwinan.

    Soalan 9
    Adakah pihak-pihak (Plaintif atau Defendan) perlu memohon untuk ke Majlis Sulh?
     
    Jawapan :
    Pihak-pihak tidak perlu untuk memohon ke Majlis Sulh. Semua kes seperti di dalam senarai di atas telah dikategorikan sebagai kes-kes yang perlu dirujuk ke Majlis Sulh semasa peringkat pendaftaran kes di Mahkamah Syariah.
     
    Soalan 10
    Adakah terdapat pengecualian untuk kes-kes yang disenaraikan di atas tidak perlu melalui Majlis Sulh?

    Jawapan :
    Ya. Pengecualian adalah diberi bagi kes-kes yang telah melalui proses pengantaraan di Jabatan Bantuan Guaman (JBG), atau Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) atau diwakili Peguam Syarie dan telah mempunyai Perjanjian Persetujuan yang sedia untuk direkodkan di hadapan Hakim Syarie sebagai Perintah Mahkamah.

    Soalan 11
    Bagaimanakah pihak-pihak dimaklumkan untuk kehadiran di Majlis Sulh?

    Jawapan :
    Mahkamah akan menetapkan tarikh Majlis Sulh pada hari yang sama kes didaftarkan dan pihak-pihak  akan dimaklumkan untuk kehadiran di Majlis Sulh melalui Notis Kehadiran Majlis Sulh. Notis tersebut akan diserahkan kepada pihak satu lagi (Defendan) sebagaimana digariskan di dalam Arahan Amalan JKSM No.8 Tahun 2016.
     
    Soalan 12
    Bagaimanakah jika pihak-pihak (Plaintif dan Defendan) atau salah satu pihak gagal hadir pada waktu dan masa yang ditetapkan?

    Jawapan :
    Pegawai Sulh akan menimbangkan alasan ketidakhadiran (jika ada) bagi menentukan sama ada kes Sulh perlu ditangguhkan ataupun tidak. .Sekiranya kes Sulh ditangguhkan, Notis Tangguhan Majlis Sulh akan dikeluarkan untuk memberi peluang pihak-pihak hadir semula di Majlis Sulh. Ketidakhadiran kedua-dua pihak atau salah satu pihak boleh menyebabkan kes dalam prosiding Sulh dipanjangkan untuk peringkat sebutan dan seterusnya perbicaraan.

    Soalan 13
    Adakah Majlis Sulh akan melalui proses perbicaraan sekiranya berjaya?

    Jawapan :
    Tidak. Sekiranya pihak-pihak berjaya mencapai persetujuan, satu Perjanjian Penyelesaian akan disediakan oleh Pegawai Sulh untuk disemak dan ditandatangani oleh pihak-pihak sebelum dirujukkan kepada Hakim Syarie untuk direkodkan sebagai Penghakiman Persetujuan (Perintah) Mahkamah pada hari yang sama tanpa melalui proses perbicaraan.

    Soalan 14
    Bagaimanakah jika pihak-pihak yang terlibat dalam Majlis Sulh gagal mencapai persetujuan?

    Jawapan :
    Sekiranya pihak-pihak gagal mencapai persetujuan, prosiding Majlis Sulh akan ditamatkan dan kes Sulh dilaporkan sebagai gagal. Seterusnya pihak-pihak akan melalui proses sebutan dan perbicaraan di hadapan Hakim sama seperti kes-kes yang lain yang dibicarakan.

    Soalan 15
    Berapa lamakah tempoh masa bagi prosiding Majlis Sulh?

    Jawapan :
    Jangkamasa yang diambil untuk Majlis Sulh diselesaikan adalah tidak melebihi 90 hari. Sekiranya pihak-pihak berjaya mencapai persetujuan semasa prosiding pertama Majlis Sulh, Perjanjian Penyelesaian Bersama akan dan dirujukkan kepada Hakim Syarie untuk direkodkan sebagai Penghakiman Persetujuan (Perintah) Mahkamah pada hari yang sama kes Sulh selesai.

    Soalan 16
    Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh pihak-pihak setelah menerima Perintah Mahkamah (Penghakiman Persetujuan)?

    Jawapan :
    Pihak-pihak perlu mematuhi segala terma yang telah dipersetujui sebagaimana Perintah Mahkamah tanpa gagal. Sebarang pelanggaran dan kegagalan mematuhi Perintah Mahkamah boleh dikenakan tindakan Pelaksanaan atau Penguatkuasaan Perintah atau penghinaan atau lain-lain Perintah yang sewajarnya.
     
    Soalan 17
    Adakah kes di Mahkamah yang selesai secara persetujuan bersama atau Majlis Sulh boleh ditarik balik atau di rayu?

    Jawapan :
    Tidak boleh ditarik balik atau dirayu oleh mana-mana pihak (sila rujuk Arahan Amalan JKSM No.4 Tahun 2011).
     
    Soalan 18
    Bolehkah pihak-pihak mengubah persetujuan yang telah direkodkan sebagai Perintah Mahkamah?

    Jawapan :
    Pihak-pihak boleh membuat Tuntutan Mengubah Perintah bagi perintah nafkah anak dan hak jagaan anak sahaja dengan menyatakan perubahan matan yang berlaku dalam terma perintah sebagai contoh perubahan perbelanjaan nafkah anak yang meningkat disebabkan kos pendidikan.

    Soalan 19
    Apakah kelebihan Majlis Sulh?

    Jawapan :

    • Penyelesaian kes antara pihak-pihak yang bertikai dapat disegerakan tanpa melalui perbicaraan.
    • Mewujudkan “win-win situation” di antara pihak bertikai.
    • Penyelesaian secara damai dan sukarela.
    • Perundingan secara terpimpin dan saksama tanpa dominasi sebelah pihak
    • Elemen kerahsiaan sentiasa dijaga

    Soalan 20
    Apakah faktor yang menyebabkan Majlis Sulh gagal?

    Jawapan :

    • Tiada kerjasama pihak-pihak untuk mencapai persetujuan
    • Kegagalan memberi komitmen untuk hadir dalam Majlis Sulh
    • Bertindak secara emosi, tidak bertolak ansur dan mementingkan diri sendiri.
    • Mengungkit kisah lampau tanpa mengutamakan kepentingan di masa hadapan.
    • Tidak berkeupayaan dan tiada maklumat untuk membuat keputusan

    Soalan 21
    Berikutan langkah kerajaan melaksanakan PKP akibat Covid-19, adakah Majlis Sulh masih dijalankan  seperti biasa dengan kehadiran pihak-pihak secara fizikal?

    Jawapan :
    Ya. Majlis Sulh masih dijalankan secara fizikal dengan kehadiran pihak-pihak sesuai dengan cara kerja norma baharu bagi mencegah penularan Covid-19 mengikut SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

    Soalan 22
    Adakah Majlis Sulh boleh dilaksanakan secara online (dalam talian)?

    Jawapan :
    Ya. Majlis Sulh boleh dibuat secara dalam talian terutama bagi pihak-pihak yang tidak dapat hadir ke Majlis Sulh disebabkan kekangan merentas daerah/negeri/negara akibat Covid-19 atau atas sebab-sebab yang lain.
     
    Soalan 23
    Bagaimanakah permohonan untuk Majlis Sulh secara dalam talian?

    Jawapan :
    Pihak-pihak perlu mengisi Borang Permohonan Majlis Sulh dan Pengendorsan secara dalam talian dan mengikut garis panduan yang ditetapkan sebagaimana di mukasurat 49-60 Garis Panduan Operasi Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (Jakess) Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Vol.4 (27 Oktober 2020) dengan merujuk laman web www.jakess.gov.my .
     
    Soalan 24
    Apakah aplikasi yang digunakan untuk melaksanakan Majlis Sulh secara atas dalam talian?

    Jawapan :
    Pihak-pihak perlu menggunakan aplikasi Skype for business. Sekiranya aplikasi tersebut tidak dapat digunakan, pihak-pihak boleh juga menggunakan alternatif lain seperti aplikasi Google Meet, Zoom, Microsoft team dan sebagainya atau apa-apa aplikasi atas talian lain yang ditetapkan oleh Mahkamah.

    Soalan 25
    Bagaimanakah pihak-pihak dimaklumkan untuk prosiding Majlis Sulh secara dalam talian?

    Jawapan :
    Mahkamah akan memaklumkan kepada pihak-pihak melalui e-mail pautan link kepada Majlis Sulh secara atas talian selewatnya 15 minit atau satu hari sebelum prosiding Majlis Sulh bermula.

    Soalan 26
    Di manakah maklumat lanjut boleh diperolehi bagi proses Majlis Sulh secara dalam talian?

    Jawapan :
    Pihak-pihak boleh merujuk kepada Garis Panduan Operasi Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Vol.4 (27 Oktober 2020) di muka surat 49-60 dengan merujuk laman web www.jakess.gov.my.
     
    Soalan 27
    Adakah Majlis Sulh secara dalam talian adalah sama seperti Majlis Sulh yang dilaksanakan secara fizikal?

    Jawapan :
    Ya. Majlis Sulh secara dalam talian dan Majlis Sulh yang dilaksanakan secara fizikal adalah sama kedua-duanya dari sudut perundangan dan peraturan yang dirujuk. Hanya cara pelaksanaan dan lokasi Majlis Sulh sahaja yang berbeza memandangkan ianya dibuat secara dalam talian.
     
    Soalan 28
    Adakah pengendorsan bagi persetujuan yang dicapai melalui Majlis Sulh dalam talian juga boleh dibuat pada hari yang sama?

    Jawapan :
    Ya. Perjanjian Persetujuan boleh diendorskan di hadapan Hakim Syarie pada hari yang sama  tertakluk kepada kesediaan pihak-pihak, dokumen yang telah lengkap ditandatangani dan kesediaan Mahkamah dari sudut teknikal untuk mengendalikan prosiding pengendorsan secara dalam talian.

    Soalan 29
    Apakah yang perlu dilakukan sekiranya pihak-pihak ingin menarik balik kes yang telah difailkan  sebelum PKP dan masih di peringkat Majlis Sulh? 
     
    Jawapan :
    Pihak-pihak perlu memaklumkan kepada Pendaftar atau Penolong Pendaftar di Mahkamah yang berkenaan dan mengisi Notis Penarikan Balik Kes serta memfailkan notis tersebut di Mahkamah yang berkenaan.

  • Soalan Lazim – Gantirugi Pertunangan/ Perkahwinan

    Soalan 1
    Apakah tuntutan Gantirugi Pertunangan?

    Jawapan :
    Tuntutan yang difailkan di Mahkamah apabila berlaku pelanggaran perjanjian untuk berkahwin (Pertunangan).

    Soalan 2
    Bagaimanakah cara menentukan berlakunya pinangan/ lamaran/ khitbah?

    Jawapan :
    Maksud lain pertunangan adalah pinangan/ lamaran/ khitbah berlaku samada secara lisan atau bertulis. Kebiasaannya dilakukan dengan pengetahuan ahli keluarga samada secara bersendirian atau melalui perantaraan wakil yang memeterai persetujuan ikatan hubungan yang serius. Majlis ini diadakan secara kecil-kecilan serta diwar-warkan kepada ahli keluarga dan jiran tetangga terdekat.

    Soalan 3
    Bagaimanakah cara untuk menentukan berlakunya pelanggaran dan pembatalan pertunangan?

    Jawapan :
    Dalam konteks hari ini, pertunangan berkait rapat dengan tanda atau pemberian seperti cincin atau barang perhiasan bagi wanita. Pelanggaran ini berlaku apabila salah satu pihak membatalkan ikatan samada memulangkan pemberian tersebut atau lisan (ucapan tindakan dimaksudkan putus tunang).

    Soalan 4
    Adakah Pertunangan masih relevan sehingga hari ini?

    Jawapan :
    Ya. Pertunangan ialah amalan yang digunapakai setelah sekian lama bagi mengenali hati budi pasangan dengan lebih mendalam, hubungan yang serius sesama pasangan dan proses memupuk kesefahaman bagi mendirikan rumahtangga.

    Soalan 5
    Apakah kesan yang ditanggung dan nyatakan contoh?

    Jawapan :
    Ya. Kos kerugian perbelanjaan yang ditanggung seperti persiapan persediaan majlis seperti deposit sewa khemah, langsir, cadar, baju persalinan, barangan keperluan, barangan runcit, jamuan makan termasuk barang kemas dan perhiasan lain yang berkaitan.

    Soalan 6
    Bagaimanakah proses tuntutan ini berlaku?

    Jawapan :
    Pihak yang terkilan bolehlah memfailkan tuntutan ini di Mahkamah Syariah dengan senarai semak dan dokumen yang dinyatakan Borang.

    Soalan 7
    Bagaimanakah sekiranya pihak-pihak mahu menyelesaikan kes penyelesaian di luar Mahkamah?

    Jawapan :
    Pihak-pihak yang telah mempunyai persetujuan penyelesaian disarankan membuat perbincangan dan merekodkan perjanjian persetujuan di Majlis Sulh.

  • Soalan Lazim - Tuntutan Poligami

    Soalan 1
    Sekiranya saya ingin berpoligami, di manakah saya perlu memfailkannya?

    Jawapan :
    Anda boleh memfailkan kes tuntutan poligami di Mahkamah Tinggi Syariah di mana negeri anda bermastautin.

    Soalan 2
    Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan borang tuntutan poligami?

    Jawapan :
    Anda boleh dapatkan borang tuntutan poligami dengan memuat turun dalam laman web JAKESS di ruangan muat turun borang, search kod kes 011.

    Soalan 3
    Apakah dokumen yang diperlukan untuk mendaftar kes tuntutan poligami?

    Jawapan :
    Dokumen yang diperlukan ialah:

    1. Borang tuntutan poligami yang lengkap. (1 asal dan 2 salinan)
    2. Satu salinan kad pengenalan/passport (Plaintif, Defendan, bakal isteri).
    3. Satu salinan surat perakuan nikah/ruju (Plaintif dan Defendan).
    4. Satu Salinan surat perakuan cerai/sijil kematian. (bakal isteri-jika janda/balu)
    5. Satu salinan sijil kelahiran anak/kad pengenalan anak (Plaintif dan Defendan)
    6. Satu salinan borang permohonan berkahwin (bagi Lelaki)-Borang 2B.
    7. Satu salinan slip gaji/penyata pendapatan (3 bulan akhir).

    Soalan 4
    Dalam kes tuntutan poligami ini, siapakah pihak Plaintif dan Defendan?

    Jawapan :
    Pihak Plaintif adalah suami dan pihak Defendan adalah isteri pertama.

    Soalan 5
    Saya telah mendaftarkan tuntutan poligami, bilakah kes saya akan disebut di Mahkamah Tinggi Syariah?

    Jawapan :
    Setelah kes tuntutan poligami tersebut didaftar, anda akan diberikan tarikh sebutan atau bicara di hadapan Pendaftar atau Hakim Mahkamah pada hari yang sama. Kebiasaannya, Mahkamah akan menetapkan tarikh dalam tempoh 21 hari atau lebih selepas pendaftaran tertakluk kepada tarikh kes yang telah ditetapkan di hadapan Pendaftar atau Hakim Mahkamah.

    Soalan 6
    Kes poligami saya telah diluluskan, bila saya boleh dapatkan perintah rasmi daripada Mahkamah?

    Jawapan :
    Perintah rasmi boleh diperolehi dalam tempoh 30 hari selepas kes diluluskan dan dipohon oleh pelanggan. Setelah perintah rasmi telah diperolehi, perintah poligami tersebut boleh dibawa ke Pejabat Agama Islam Daerah untuk tindakan selanjutnya.

    Soalan 7
    Saya baru mendapat tahu bahawa suami telah berkahwin lain. Apakah yang harus saya lakukan?

    Jawapan :
    Sekiranya perkahwinan poligami tersebut telah disahkan oleh Mahkamah, puan boleh memhon perintah nafkah isteri, nafkah anak-anak, hak harta sepencarian, hak giliran bermalam, hak tempat tinggal serta tunggakan nafkah isteri dan anak-anak sekiranya ada.

    Soalan 8
    Sekiranya saya ingin berpoligami, perlukah saya meminta kebenaran/izin daripada isteri pertama?

    Jawapan :
    Sekiranya anda ingin berpoligami, anda tidak memerlukan kebenaran isteri tetapi apa yang diperlukan adalah kebenaran dari Mahkamah Syariah.

    Soalan 9
    Adakah isteri pertama wajib untuk hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah?

    Jawapan :
    Apabila suami datang membuat tuntutan berpoligami, suami perlu menyerahkan surat tuntutan kebenaran poligami kepada isteri pertama sebagai makluman untuk hadir ke Mahkamah. Sama ada isteri mahu hadir atau tidak terserah kepada pihak isteri. Jika hadir, isteri akan ditemu bual oleh Hakim Mahkamah samada setuju atau tidak.

  • Soalan Lazim – Sabitan Nusyuz

    Soalan 1
    Apakah yang dimaksudkan dengan Nusyuz?

    Jawapan :
    Nusyuz ertinya isteri enggan mentaati perintah atau permintaan suami yang sah di sisi syarak iaitu antara lain:

    1. apabila dia menjauhkan dirinya dari suaminya;
    2. apabila dia meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan suaminya;
    3. apabila dia enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain tanpa apa-apa sebab yang sah mengikut Hukum Syarak.

    Soalan 2
    Apakah kesan nusyuz dalam hubungan suami isteri?

    Jawapan :
    Nusyuz mendatangkan kemurkaan Allah SWT dan dosa besar. Isteri yang disabitkan nusyuz tidak berhak mendapat nafkah sehingga beliau kembali taat kepada suaminya.

    Soalan 3
    Apakah situasi sebaliknya. Bolehkah seorang suami itu menjadi nusyuz?
     
    Jawapan :
    Ya. Seorang suami boleh menjadi nusyuz apabila gagal/culas dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami serta memunaikan hak-hak yang diperuntukan oleh Hukum Syarak dan undang-undang.

    Soalan 4
    Bagaimananakah cara dan apakah tindakan sekiranya berlakunya nusyuz dalam rumahtangga?

    Jawapan :
    Kaedah bagi mengatasi masalah nusyuz ini melalui pendidikan sepanjang hayat melalui nasihat, pengasingan tempat tidur dan pukulan (sekadar yang dibenarkan). Rujuk Surah An-Nisa ayat 34.

    Soalan 5
    Apakah perbezaan antara tuntutan kembali taat dan sabitan nusyuz?

    Jawapan :
    Tuntutan kembali taat adalah tuntutan yang dibuat oleh suami terhadap isteri supaya isteri kembali semula ke pangkuan suami, manakala sabitan nusyuz pula ialah isteri yang menderhakai suaminya dan mengingkari ketaatan terhadap suami yang diwajibkan oleh Allah SWT.

    Nusyuz hanya dikaitkan dengan tindakan isteri sahaja dan tiada tafsiran berkenaan nusyuz suami. Walaupun terdapat undang-undang yang menyebut mengenai tindakan suami nusyuz seperti tidak berlaku adil dalam berpoligami,meninggalkan langsung isteri, namun istilah nusyuz tidak digunakan ke atas suami.

    Pada kebiasaannya, tuntutan taat terlebih dahulu dibuat sebelum disabitkaan nusyuz. Jika selepas perintah isteri taat dikeluarkan, isteri masih lagi enggan, maka isteri boleh disabitkan nusyuz.

  • Soalan Lazim - Penceraian Secara Fasakh

    Kandungan sedang dikemaskini

  • Soalan Lazim - Penceraian Kes Persetujuan Bersama (Fast Track)

    Soalan 1
    Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan penceraian Fast Track ini?

    Jawapan :
    Penceraian Fast Track adalah suatu inovasi proses kerja dimana pasangan yang  mencapai persetujuan bersama untuk berceraidibawah peruntukan Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor (penceraian dengan lafaz talaq di dalam mahkamah) tidak perlu lagi menunggu 90 hari bagi menyelesaikan kes mereka. Sebaliknya, proses itu diselesaikan kurang enam jam bermula daripada masa pendaftaran kes sehingga perintah bertulis dikeluarkan.

    Pewujudan proses kerja kes cerai secara ‘fast track’ adalah bagi menyelesaikan rungutan dan aduan pelanggan Mahkamah Syariah Selangor yang mendakwa bahawa mahkamah mengambil masa yang terlalu lama untuk menyelesaikan kes-kes cerai di Negeri Selangor.

    Soalan 2
    Adakah apa-apa syarat jika saya ingin bercerai melalui proses Fast Track ini?

    Jawapan :
    Ya, pemakaian proses kerja kes cerai secara ‘fast track’ ini perlu memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
    (a) Dokumen telah lengkap;
    (b) Suami isteri hadir di mahkamah;
    (c) Wujud persetujuan antara suami isteri untuk bercerai secara baik dan harmoni;
    (d) Isteri dalam keadaan suci dan tidak berlaku persetubuhan dalam tempoh suci tersebut; dan
    (e) Mahkamah berpuas hati bahawa telah berlaku pecah belah (shiqaq) dalam perkahwinan yang tidak dapat dipulihkan.

    Melalui proses kerja ini, kes pasangan suami isteri yang telah bersetuju untuk bercerai akan diselesaikan dalam tempoh 6 jam daripada masa pemfailan kes dan mereka akan menerima Perintah bertulis bermeterai mahkamah dalam tempoh masa tersebut untuk dikemukakan kepada Jabatan Agama Islam Selangor bagi tujuan pengeluaran Sijil Cerai.

    Soalan 3
    Apa sandaran dalil JAKESS terhadap proses penceraian fast track ini?

    Jawapan :
    Ketika sesuatu perkahwinan yang telah pecah belah, dan suami itu benar-benar mahu menceraikan isteri mereka secara baik selaras dengan Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 229 yang bermaksud “Talaq (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali, sesudah itu bolehlah ia (ruju’ dan) dipegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau dilepaskan (diceraikannya) dengan cara yang sepatutnya atau dilepaskan (diceraikannya) dengan cara yang baik.”.
     
    Secara tidak langsung ia juga dapat mengurangkan masalah wanita yang mendakwa diri mereka telah “digantung tak bertali”.

    Soalan 4
    Penceraian fast track inilah menjadikan penceraian di Negeri Selangor adalah tertinggi di Malaysia?

    Jawapan :
    Kewujudan proses kerja kes cerai secara ‘fast track’ ini bukanlah proses yang menggalakkan masyarakat Islam di Selangor untuk bercerai sehingga menyumbang kepada kadar kes penceraian yang tinggi di Negeri Selangor. Sebaliknya, kadar penceraian yang tinggi tercatat di Negeri Selangor adalah disebabkan oleh jumlah penduduk yang ramai di Negeri Selangor berbanding dengan Negeri-negeri lain di seluruh Malaysia.

  • Soalan Lazim - Tuntutan Tunggakan Nafkah

    Soalan 1
    Apakah yang dimaksudkan dengan tunggakan nafkah?
     
    Jawapan :
    Nafkah tertunggak ialah nafkah yang tidak ditunaikan atau dibayar oleh seorang bapa terhadap individu di bawah tanggungannya sama ada kepada isteri atau anak-anak.
     
    Soalan 2
    Saya telah mendapat perintah nafkah anak pada 6 bulan lalu dan kini bekas suami saya telah gagal membayar nafkah anak. Adakah saya boleh memfailkan tuntutan tunggakan nafkah?
     
    Jawapan :
    Ya. Boleh menfailkan tuntutan tunggakan nafkah anak.
     
    Soalan 3
    Apakah dalil pensyariatan dan peruntukan undang-undang berkaitan tuntutan tunggakan nafkah?
     
    Jawapan :
    Dalil pensyariatan dan peruntukan undang-undang yang berkaitan tuntutan tunggakan nafkah adalah :          
    Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian..”

    Seksyen 70 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003:
    (1) Tunggakan nafkah yang tak bercagar, boleh dituntut sebagai suatu hutang daripada pihak yang mungkir itu dan, jika tunggakan itu terkumpul kena dibayar sebelum suatu perintah penerimaan dibuat terhadap pihak yang mungkir itu, tunggakan itu boleh dibuktikan dalam kebankrapannya dan, jika tunggakan itu terkumpul kena dibayar sebelum dia mati, tunggakan itu hendaklah menjadi suatu hutang yang kena dibayar dari harta pusakanya.
     
    (2) Tunggakan nafkah yang tak bercagar yang terkumpul kena dibayar sebelum orang yang berhak kepadanya itu mati boleh dituntut sebagai suatu hutang oleh wakil diri di sisi undang-undang orang itu.”

    Soalan 4
    Adakah tunggakan nafkah isteri boleh difailkan walaupun tidak mempunyai perintah Mahkamah?
     
    Jawapan :
    Ya . Boleh difailkan.

  • Soalan Lazim - Tuntutan Hak Tempat Tinggal

    Soalan 1
    Apakah yang dimaksudkan dengan tuntutan hak tempat tinggal?

    Jawapan :
    Secara amnya ia merupakan suatu tuntutan oleh seorang isteri terhadap suaminya bagi menuntut hak tempat tinggal bagi dirinya.

    Soalan 2
    Bagaimana hendak menfailkan tuntutan hak tempat tinggal?

    Jawapan :
    Boleh menfailkan tuntutan hak tempat tinggal di Mahkamah Rendah Syariah di mana tempat anda tinggal atau bermastautin.

    Soalan 3
    Adakah saya boleh menfailkan tuntutan hak tempat tinggal bersama-sama tuntutan nafkah diri?

    Jawapan :
    Boleh difailkan secara bersama dengan tuntutan nafkah diri.

SPLaSK

Baca selanjutnya: Soalan Lazim

  • Hits: 49057