Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

PERTUBUHAN PEMBANGUNAN KECEMERLANGAN JAKESS

Pertubuhan Pembangunan Kecemerlangan JAKESS (PPKJ) adalah satu  pertubuhan yang telah ditubuhkan secara rasminya pada 30 Oktober 2015 di bawah seksyen 7 akta pertubuhan 1966. Nama asal PPKJ ialah Kelab Pembangunan Kecemerlangan JAKESS (KPKJ) dan telah dibuat penjenamaan semula nama kepada Pertubuhan Pembangunan Kecemerlangan JAKESS pada 5 Oktober 2020 sesuai dengan peranan dan fungsi PPKJ yang lebih bersifat satu pertubuhan yang membantu jabatan dalam menggerakkan program-program kecemerlangan dan kepentingannya sebagai sebuah pertubuhan yang menjadi tulang utama yang mendokong agenda kecemerlangan jabatan.

MATLAMAT PENUBUHAN

    1. Melaksanakan segala aktiviti yang bertujuan untuk meningkatkan kecemerlangan semua ahli dalam bidang dan skop tugas masing-masing.
    2. Membantu Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) memperkasakan kemahiran profesionalisme ahli kelab dalam bidang masing-masing.
    3. Membantu JAKESS untuk menggerak dan mengukuhkan hubungan muhibah dan kerjasama di kalangan ahli.
    4. Membantu mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif demi keselesaan ahli dan warga kerja.
    5. Menjalin hubungan dan kerjasama dengan badan dan pertubuhan lain bagi memartabatkan kecemerlangan ahli dan JAKESS.
    6. Menjadi saluran rasmi untuk bertemu dan berbincang bagi menghasilkan idea ke arah kecemerlangan ahli dan JAKESS.

    MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PPKJ DAN MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PPKJ

      1. Mesyuarat Agung Tahunan PPKJ diadakan 1 kali dalam setiap tahun manakala Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PPKJ diadakan sebanyak 3 kali dalam setiap tahun.
      2. Ahli Jawatankuasa PPKJ bagi satu sesi dilantik melalui Mesyuarat Agung Tahunan PPKJ di mana pelantikan tersebut diadakan 1 kali dalam setiap 2 tahun.
      3. Agenda utama bagi Mesyuarat Agung Tahunan PPKJ ialah:
        • Pembubaran dan Pelantikan semula ahli jawatankuasa yang baharu.
        • Pembentangan Laporan Kewangan PPKJ
        • Pembentangan Laporan Aktiviti/Program Setiap Jawatankuasa.
        • Usul/cadangan jika ada.

    JAWATANKUASA PPKJ BAGI TAHUN 2023-2025

    AKTIVITI PPKJ TAHUN 2023 & 2024

    BIL.

    AKTIVITI

    TARIKH / TEMPAT

    CATATAN

    1.

    Aktiviti Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

    Sepanjang tahun

    Ibu Pejabat JAKESS dan di 12 Mahkamah Rendah Syariah seluruh Selangor

    PPKJ memberi sumbangan, menampung kos hadiah pertandingan dan gotong royong EKSA.

    2.

    Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 

    Diadakan di Hotel Concorde, Shah Alam pada tahun 2023 dan 2024

    PPKJ menampung sebahagian besar daripada kos penganjuran program.

    3.

    Program Jom Raya

    Diadakan di Ibu Pejabat JAKESS

    PPKJ menyumbang bayaran Moderator dan Penceramah. 

    4.

    Program Tafaqquh Pegawai Syariah

    Sepanjang tahun sebanyak 6 kali

    PPKJ menampung sebahagian kos bagi menjalankan Program Tafaqquh Pegawai Syariah JAKESS.

    5. 

    Mesyuarat Agung Tahunan PPKJ dan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PPKJ

    Mesyuarat Agung Tahunan PPKJ : 26 April 2024

    Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PPKJ diadakan 3 kali pada tahun 2024 

    Mesyuarat Agung Tahunan PPKJ adalah bagi menyampaikan dan membincangkan laporan tahunan PPKJ kepada ahli, aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan dan pelantikan Jawatankuasa-Jawatankuasa yang baharu untuk sesi 2023-2025.

    6.

    Hari Keluarga JAKESS

    Hari Keluarga JAKESS telah diadakan pada 5 November 2022 

    PPKJ menampung sebahagian besar Program Hari Keluarga JAKESS 2022

    7.

    Perhimpunan Bulanan Jabatan

    Sepanjang tahun

    PPKJ menyumbang sebahagian besar pada program perhimpunan bulanan jabatan

    8.

    Sumbangan Kemanusiaan (Bencana alam)

    Diberikan kepada mangsa bencana

    PPKJ menyumbang kepada pihak yang ditimpa musibah bencana alam seperti Banjir, Gempa bumi dan sebagainya.

    9.

    Pembelian Peralatan dan kelengkapan pejabat

    Mengikut keperluan

    PPKJ menyumbang sebahagian dalam pembelian peralatan dan kelengkapan pejabat di JAKESS.