Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Perkhidmatan

Aplikasi Mudah Alih

E-Syariah

Komponen yang diselaraskan dengan CMS untuk membenarkan masyarakat awam, peguam, pendakwaraya dan kakitangan mahkamah untuk mengakses informasi esyariah yang relevan melalui peranti mudah alih. Kakitangan mahkamah yang diberi kuasa dapat melihat statistik kes berdasarkan peranan yang ditugaskan kepada mereka.

Paparan kalendar untuk penghantar notis untuk melihat kesemua tugasan mereka. Ini termasuk tugasan dari negeri-negeri berlainan. Fungsi untuk memberikan notifikasi yang relevan dan peringatan kepada pihak-pihak berkaitan terutamanya “Notis Tangguhan” untuk Penghantar Notis.

Paparan kalendar untuk hakim melihat kesemua kes yang ditugaskan kepada mereka. Ini termasuk ketersediaan seseorang hakim. Kakitangan mahkamah yang relevan dapat melihat kalendar bagi hakim.

Komponen untuk masyarakat awam, peguam dan pendakwaraya mengesahkan dokumen yang dikelauarkan oleh pihak mahkamah dengan mengimbas kod Bar atau kod QR yang dicetak di dokumen.

Smart Selangor

Antara inisiatif yang boleh didapati adalah :

  1. Cashless Society (CEPAT)
  2. Community Online Opinion (COOL)
  3. Aduan jalan berlubang dengan integrasi Waze
  4. Pelaksanaan Sistem Parkir & Kompaun Berintegrasi Di Negeri Selangor (Smart Selangor Parking)
  5. Selangor Digital E-Supply Chain (SELDEC)
  6. Smart Selangor Intelligent Transport System (SITS)

Smart Muslim

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menjalin kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam membangunkan aplikasi Pendidikan Islam Sepanjang Hayat yang dinamakan sebagai Smart Muslim.

Objektif pembangunan aplikasi ini adalah bertujuan untuk :

  • Menyediakan satu mekanisme pembelajaran asas pendidikan Islam kepada semua lapisan masyarakat dan semua peringkat usia
  • Menarik minat masyarkat terutamanya golongan belia untuk mengikuti pembelajaran asas pendidikan Islam di masjid dan surau
  • Menyebarluaskan konsep dakwah melalui pembelajaran secara dalam talian

Aplikasi mudah alih ini akan memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat dan peringkat umur bagi meningkatkan pengetahuan, pemahaman dan penguasaan asas dalam pendidikan Islam.

Kandungan aplikasi mudah alih Smart Muslim ini direka berdasarkan Kurikulum Kelas Pengajian Takmir Masjid dan Surau JAKIM serta mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Agama Peringkat Persekutuan di Malaysia dan diperakui dari segi kesahihan maklumatnya.