Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Media

  • Utama
  • Media
  • Berita Terkini
  • LAWATAN INSPEKTORAT SISTEM E-SYARIAH VERSI 3 (ESV3) DI JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI SELANGOR (JAKESS)

LAWATAN INSPEKTORAT SISTEM E-SYARIAH VERSI 3 (ESV3) DI JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI SELANGOR (JAKESS)

Admin-Haeida

27 September 2024

59


461217923 540682925141024 4475077565240946876 n 4613241

4610741 4609621

4611071 4611121

25 September 2024, Shah Alam - Unit Transformasi E-Syariah (U-TES) Bahagian Pendaftaran Keurussetiaan dan Rekod (BPKR) dengan kerjasama Bahagian Teknologi Maklumat Komunikasi (BTMK) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah mengadakan Lawatan Inspektorat Sistem E-Syariah Versi 3 (ESV3) di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS) pada 24 September 2024.

Taklimat telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama di Aras 4, JAKESS. Delegasi JKSM pada hari ini diketuai oleh Puan Wan Aizaa bin Wan Abdullah, Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Rekod BPKR.

Sesi seterusnya adalah lawatan terus ke bahagian-bahagian yang terlibat secara langsung iaitu Modul Pendaftaran Kes (Kaunter Utama), Modul Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) Modul Prosiding (Pembantu Hakim Mahkamah Rendah dan Tinggi Syariah) Modul Sulh dan Modul Kewangan.

Majlis Penutup Inspektorat Sistem ESV3 telah diadakan pada sebelah petang. Majlis ini telah dipengerusikan oleh YAA Dato’ Mohammad Adib bin Hussain, Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syarie Selangor.

“Kita amat mengalu-alukan kehadiran delegasi JKSM yang diketuai oleh Puan Wan Aizaa dan semua yang hadir bagi menjalankan inspektorat Sistem ESV3 pada hari ini. Semoga segala yang diusahakan pada hari ini bakal memberikan manfaat dan membantu JAKESS dalam memberikan perkhidmtan yang terbaik” ujar YAA Dato’ ketika menyampaikan ucapan aluan.

Ucapan seterusnya disampaikan oleh Puan Wan Aizaa binti Wan Abdullah. Dalam ucapannya, beliau merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada YAA Dato’ dan JAKESS yang sudi menerima kunjungan delegasi JKSM dan seterusnya menerima kunjungan Lawatan Inspektorat Sistem ESV3 pada hari ini.

Puan Wan Aizaa seterusnya menyerahkan sesi taklimat kepada Tuan Haji Mohd Tajudin Saifullah bin Abdul Wahab, Ketua Unit Transformasi E-Syariah JKSM untuk membentangkan hasil inspektorat.

"Objektif Inspektorat Sistem ESV3 ini diadakan adalah bertujuan untuk membantu ke arah penambahbaikan sistem. Inspektorat yang dijalankan pada hari ini bukanlah untuk mencari kekurangan mana-mana pihak.

Melalui kaedah 'turun padang' yang dijalankan pada hari ini, pihak JKSM melalui UTES dan BTMK akan dapat melihat dan membantu pengguna secara langsung. Adalah diharapkan melalui usaha ini, penggunaan Sistem ESV3 dapat digunakan secara optimum sebagaimana yang dihasratkan oleh Pengarah Kanan Kehakiman JKSM, Tuan Mohamad Zakian bin Dio" ujar Tuan Haji Mohd Tajudin dalam ucapan dan sesi taklimat tersebut.

Tuan Haji Mohd Tajudin Saifullah telah membentangkan hasil inspektorat. Menurut beliau, secara umumnya penggunaan Sistem ESV3 di JAKESS amat memuaskan. JAKESS adalah ‘negeri contoh’ yang menjadi penanda aras dalam penggunaan Sistem ESV3.

Walau bagaimanapun, beliau telah beberapa cadangan penambahbaikan agar penggunaan Sistem ESV3 di JAKESS dapat dioptimumkan.
Untuk rekod, sesi pada hari ini turut dihadiri oleh Encik Ahmad Zuhair bin A. Mubin (Ketua Unit ICT JAKESS), Tuan Wan Mohamad Ridhwan bin Khaldin (Penolong Pengarah BTMK JKSM), Puan Fadzirah bin Abd Ali (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Kanan BTMK JKSM), Encik Anas bin Jamaluddin (Penolong Pegawai Syariah Kanan UTES JKSM), Encik Shahrizan bin A Rahim (Pembantu Syariah Kanan UTES JKSM) dan Pegawai-pegawai dari Unit ICT JAKESS.