Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Media

126 CALON PEGUAM SELANGOR SERTAI KURSUS SIRI 1 TAHUN 2026

Admin-Haeida

12 Mei 2026

52

690900660 1555620079896785 5911662159052016728 n 692349575 1555619949896798 5372264608474285307 n

692823769 1555620076563452 2080335766526508265 n 692545027 1555620066563453 1781214071520778209 n

694703477 1555620323230094 838705473747355306 n 693038766 1555620389896754 188340003298555318 n

690520665 1555620116563448 8543937728379905481 n 695842480 1555620143230112 5642407992943575357 n

9 Mei 2026, Shah Alam – Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) dengan kerjasama Persatuan Guaman Syarie Malaysia Cawangan Selangor (PGSMS) telah menganjurkan Program Kursus Calon Peguam Syarie Negeri Selangor Siri 1 Tahun 2026 yang berlangsung di Dewan Muktamar Aras 2, disini Sabtu lalu.


Program ini disertai oleh calon-calon peguam syarie dari seluruh Negeri Selangor sebagai persediaan dalam melahirkan pengamal guaman syarie yang berpengetahuan, profesional serta berintegriti tinggi dalam melaksanakan amanah kepada masyarakat dan institusi kehakiman syariah.

Majlis dirasmikan oleh Puan Nenney Shuhaidah binti Shamsuddin, Ketua Hakim Syarie Selangor yang menerkan aspek tanggungjawab dan etika peguam terhadap klien dan mahkamah.

Sepanjang kursus berlangsung, para peserta juga telah didedahkan dengan pelbagai pengisian berkaitan prosedur guaman syarie, etika profesion, amalan kehakiman serta aspek perundangan syariah semasa yang disampaikan oleh barisan penceramah berpengalaman dan berkelayakan dalam bidang masing-masing.

Penganjuran program seperti ini diharap dapat memperkukuhkan kompetensi serta kefahaman calon-calon peguam syarie terhadap sistem perundangan dan kehakiman syariah di Negeri Selangor selaras dengan usaha memperkasakan institusi kehakiman syariah secara berterusan.