Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Media

  • Utama
  • Media
  • Berita Terkini
  • PERHIMPUNAN JABATAN BILANGAN 4 TAHUN 2026 DAN SAMBUTAN HARI MALAYSIA JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SELANGOR (JAKESS)

PERHIMPUNAN JABATAN BILANGAN 4 TAHUN 2026 DAN SAMBUTAN HARI MALAYSIA JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SELANGOR (JAKESS)

Admin-Haeida

14 September 2026

18



                       

                       

                      

11 September 2026, Shah Alam — Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah mengadakan Sambutan Hari Malaysia dan Perhimpunan Jabatan Bilangan 4 Tahun 2026 bertempat di Dewan Muktamar, Aras 2 secara hibrid.

Majlis dimulakan dengan amanat YAA Ketua Hakim Syarie Selangor yang menekankan kepentingan memperkukuh integriti, profesionalisme dan semangat kebersamaan dalam memberikan perkhidmatan kehakiman syariah yang cemerlang kepada masyarakat.

Majlis turut diserikan dengan tayangan video montaj Hari Pusat Sumber, penyampaian hadiah pertandingan Pusat Sumber serta penyampaian Anugerah Pekerja Contoh bagi tempoh April hingga Jun 2026 sebagai penghargaan kepada warga kerja yang menunjukkan prestasi cemerlang.

Bagi menyemarakkan lagi sambutan Hari Malaysia, pelbagai pengisian interaktif telah diadakan termasuk Kuiz Online Hari Malaysia yang mendapat sambutan meriah daripada para peserta. Seterusnya, ceramah khas bertajuk “Patriotisme: Menelusuri Akhlak Rasulullah S.A.W.” telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Rahimi bin P. Ramlee, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Penyiaran JAKIM.

Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu Jalur Gemilang dan Keranamu Malaysia sebagai penutup sambutan yang penuh dengan semangat patriotisme.