Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Mahkamah Rendah Syariah Sepang

MAJLIS DOA PAGI MRS SEPANG

MRS Sepang

28 Oktober 2026

18

Pada 28 Oktober 2026, jam 08.45 pagi telah berlangsungnya MAJLIS DOA PAGI DUA KALI SEBULAN di Kamar Hakim 1, Mahkamah Rendah Syariah Sepang dan disertai oleh para pegawai dan semua kakitangan. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Faizarul Nizam, diikuti dengan sesi tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Anas. Pengisian tazkirah berkisar tentang kasih sayang sesama insan. Turut disampaikan perkara-perkara berkaitan pentadbiran pejabat serta teguran umum kepada semua pegawai dan kakitangan. Selain itu, Ketua Pejabat iaitu Tuan Umamuddin bin Yunus juga menyampaikan dan berkongsi pesanan-pesanan untuk semua kakitangan.Kesimpulannya,Majlis Doa Pagi ini telah berlangsung dengan baik dan diharapkan dapat memberi manfaat serta meningkatkan kesedaran dalam kalangan pegawai dan kakitangan, khususnya dalam aspek penghayatan nilai-nilai Islam, kerjasama dan komunikasi yang baik di tempat kerja.