Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Media

  • Utama
  • Media
  • Berita Terkini
  • JAKESS TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA DELEGASI PTA MAKASSAR BAGI SESI STUDI BANDING BAHAGIAN SOKONGAN KELUARGA

JAKESS TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA DELEGASI PTA MAKASSAR BAGI SESI STUDI BANDING BAHAGIAN SOKONGAN KELUARGA

Admin - Syafiq

21 November 2023

655

KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA DELEGASI PTA MAKASSAR 3

KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA DELEGASI PTA MAKASSAR 2


Shah Alam, 21 November 2023 - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah menerima kunjungan hormat daripada Pengadilan Tinggi Agama (PTA) Makassar, Peradilan Agama Indonesia disini, semalam. Kunjungan diketuai oleh Dr. Drs. H. Muhammad Abduh Sulaeman, SH., MH. Ketua PTA Makassar bersama Hakim-Hakim Tinggi dan pegawai-pegawai PTA Makassar seramai 25 orang. Menyambut kunjungan ini, diketuai YAA Dato' Mohammad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor diiringi Puan Nenney Shuhaidah binti Shamsuddin, Ketua Pendaftar dan Pegawai-Pegawai JAKESS. Kunjungan hormat dimulakan dengan sesi ucapan aluan oleh YAA Ketua Hakim Syarie sebelum ucapan balas pelawat oleh Ketua PTA Makassar. Program diteruskan dengan sesi taklimat Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) oleh Puan Siti Nazratul Ain bin Sulaiman, Penolong Pengarah BSK dan sesi soal jawab bersama pegawai-pegawai PTA Makassar. Delegasi juga turut diiring melawat Dewan Bicara Mahkamah Rayuan Syariah dan Pusat Khidmat Setempat JAKESS.
Jabatan mengucapkan terima kasih atas kunjungan daripada PTA Makassar dan semoga perkongsian serta usaha ini mendapat keredhaan Allah SWT serta mencapai objektifnya.