Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Media

JAKESS TERIMA KUNJUNGAN YAD PENGERUSI MAIS DALAM PROGRAM TURUN PADANG MAIS

Admin-Haeida

24 April 2025

126

492675473 1220335926758537 5433340460374434459 n 492308063 1220335980091865 5331958174373960598 n

492693742 1220335920091871 8098460364099765506 n 492917224 1220335966758533 168275065876157239 n
 
492119428 1220335976758532 1883844842693255794 n 492742820 1220335946758535 1242111506886174738 n

Shah Alam, 22 April – Jabatan Kehakiman Syariah Selangor berbesar hati menerima kunjungan YAD Senator Dato' Setia Haji Salehuddin bin Saidin, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor dalam program Turun Padang ke Jabatan dan agensi Hal Ehwal Agama Islam Selangor anjuran MAIS.

Lawatan ke Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah semalam disambut oleh YAA Dato' Mohammad Adib bin Husain, ketua Hakim Syarie Selangor, Puan Nenney Shuhaidah binti Shamsuddin, Ketua Pendaftar JAKESS, Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor serta para pegawai JAKESS.

Turut hadir ialah Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS dan barisan pengurusan tertinggi MAIS.

Objektif utama lawatan adalah bagi perkongsian isu semasa hal ehwal pentadbiran institusi perundangan dan kehakiman syariah di negeri Selangor serta sesi lawatan dan ramah mesra bersama warga kerja JAKESS.

Jabatan ini mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada pihak YAD Pengerusi MAIS diatas kesudian melawat ke Jabatan ini. Semoga segala usaha kita diberkati Allah SWT dalam memartabatkan syariah Islam khususnya di Negeri Selangor.