Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Media

KURSUS INTENSIF HAKAM MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SELANGOR

Admin-Haeida

22 Julai 2024

87

WhatsApp Image 2024 07 22 at 6.57.06 AM WhatsApp Image 2024 07 22 at 6.57.08 AM 2

WhatsApp Image 2024 07 22 at 6.57.08 AM
19 Julai 2024, SHAH ALAM - Seramai 5 anggota Panel Hakam baharu lantikan tahun 2024 telah mengikuti dengan jayanya Kursus Intensif Hakam Mahkamah Syariah Negeri Selangor yang diadakan pada 19 Julai 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS).

Program yang dianjurkan oleh JAKESS ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada anggota Panel Hakam berhubung dengan tatacara pelaksanaan Majlis Tahkim dan memberi penekanan terperinci kepada anggota Panel Hakam tentang teori dan amali dalam mengendalikan Majlis Tahkim.

Antara penceramah yang diundang adalah Pegawai Syariah JAKESS iaitu Tuan Mohd Hairuddin bin Ab Rahim dan Tuan Mohamad Yuszairi bin Mohamad Zam Zam. Turut diundang fasilitator-fasilitator daripada JAKESS iaitu Tuan Mohd Khairi bin Kamis dan Tuan Norhazli bin Rahim.

Program yang diurussetiakan oleh Bahagian Penyelesaian Alternatif (ADR), JAKESS berakhir dengan penyampaian sijil kepada semua peserta yang terlibat.