Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Media

  • Utama
  • Media
  • Berita Terkini
  • LAWATAN DARIPADA JABATAN PENDAKWAAN SYARIAH SELANGOR (JAPESS) DAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SELANGOR (SPN) BERSEMPENA LAWATAN PENANDA ARAS EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)

LAWATAN DARIPADA JABATAN PENDAKWAAN SYARIAH SELANGOR (JAPESS) DAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SELANGOR (SPN) BERSEMPENA LAWATAN PENANDA ARAS EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)

Admin-Haeida

04 Julai 2024

99

4496011 4499242 

4499241 4499201 

4497151 4497341

3 Julai 2024, Shah Alam - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) berbesar hati menerima lawatan daripada Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor (JAPESS) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor (SPN) bersempena Lawatan Penanda Aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) bertempat di Bangunan Ibu Pejabat JAKESS hari ini.

Lawatan daripada kedua-dua agensi ini adalah bertujuan untuk mengetahui dengan lebih terperinci proses pelaksanaan amalan EKSA di JAKESS disamping perkongsian ilmu dan pengalaman berkenaan EKSA.

Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Puan Nenney Shuhaidah binti Shamsuddin, Penyelaras EKSA dan ucapan balas oleh Puan Nor Hafiza binti Ishak, Penolong Pegawai Tadbir SPN dan Puan Nadiah binti Salbini daripada JAPESS.

Perkongsian amalan EKSA JAKESS telah disampaikan oleh Puan Noor Lidyawati binti Salehhudin selaku Ketua Jawatankuasa Latihan EKSA.

Peserta seterusnya dibawa melawat ke beberapa zon yang berada di Bangunan Ibu Pejabat JAKESS. Turut bersama dalam program ini adalah semua wakil ketua setiap zon.