LAWATAN KERJA JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SELANGOR KE KOMPLEKS MAHKAMAH SYARIAH NEGERI MELAKA AYER KEROH




29 Januari, Ayer Keroh - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah melaksanakan lawatan kerja ke Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Melaka Ayer Keroh bagi sesi perbincangan dan lawatan berkenaan pewartaan lokap di bangunan mahkamah syariah Melaka.
Lawatan ini dilaksanakan bagi mengadakan sesi perbincangan dan soal jawab serta berkenaan pengurusan dan perlaksanaan gerak kerja bagi pewartaan lokap di bangunan mahkamah syariah.
Delegasi JAKESS juga diberi peluang melawat dan melihat sendiri lokap di bangunan ini yang telah memenuhi spesifikasi dan telah diwartakan sejak 2015.
JAKESS ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Mahkamah Negeri Melaka diketuai Datuk Mohd Nazri Abdul Rahman, Ketua Hakim Syarie Negeri Melaka dan para pegawai diatas kesudian menerima lawatan kerja jabatan ini.
Semoga segala usaha kita diberkati Allah SWT.