Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Media

PROGRAM CERIA MAAL HIJRAH 1445H

Admin - Shafarina

08 Ogos 2023

1676

4 Ogos 2023 - Exco HELWA di bawah Badan Kebajikan Mahkamah Syariah Selangor (BAKEMAS) telah menganjurkan Program Ceria Maal Hijrah 1445 H Kacau-kacau Bubur Asyura bertempat di Mahkamah Rendah Syariah Klang.

Peserta yang terlibat adalah di kalangan ahli jawatankuasa HELWA, pegawai dan kakitangan Mahkamah Rendah Syariah Klang, wakil Ibu Pejabat dan wakil Mahkamah Rendah Syariah setiap Daerah.

Objektif pelaksanaan program ini adalah bagi mengeratkan ukhuwah antara ahli jawatankuasa HELWA dan kakitangan JAKESS di samping memperkasakan penyertaan HELWA bagi memanfaatkan pembangunan diri.

Program ini telah bermula seawal jam 7.30 pagi sehingga selesai sesi pengagihan bubur kepada setiap wakil ibu pejabat dan Mahkamah Rendah Syariah Daerah yang hadir pada jam 3.00 petang.

YDP BAKEMAS, YA Dr Zainal bin Kusmin dan exco HELWA mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pegawai dan kakitangan Mahkamah Rendah Syariah Daerah Klang kerana sudi menjadi tuan rumah bagi program ini. Tidak lupa ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan program ini.

Semoga objektif yang dirancang telah berjaya dicapai dan mendapat keberkatan Allah SWT. InshaaAllah.

#Helwaceria
#BAKEMAS

Ikhlas,
Exco Helwa