Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Media

SEMINAR KEFAHAMAN UNDANG-UNDANG SYARIAH SIRI 6 ZON KLANG

Admin-Haeida

04 Oktober 2024

58

461948600 1055771356548329 5520010243389150755 n 461949139 1055771409881657 7511965203825989042 n

461973322 1055771399881658 497684091619057340 n 461952885 1055771199881678 6717071519318567458 n

462008969 1055771429881655 4355231595119552841 n 461958938 1055771363214995 2441802942163192439 n

1 OKTOBER 2024 SELASA, KLANG - Seminar Kefahaman Undang-Undang Syariah Siri 6 yang membawakan topik nafkah, cerai Fast-Track dan Prosedur Hakam disertai hampir 400 orang peserta warga Klang yang bertempat di Dewan Serbaguna Dato' Ahmad Razali.

Seminar yang dirasmikan oleh YAA Dato' Mohammad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor ini merupakan anjuran Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor.

Seminar siri ke 6 diisi dengan ceramah bertajuk Penceraian Fast Track dan Prosedur Hakam yang disampaikan oleh Tuan Shukran bin Yusof serta forum yang bertajuk Nafkah, Terjaminkah Hak Mereka di Bawah Undang-Undang yang membariskan ahli panel berwibawa iaitu Puan Nenney Shuhaidah binti Shamsuddin, Tuan Mohd Hisyam bin Zakaria dan Puan Marina binti Abdul Rahman.

Peserta yang hadir terdiri daripada ketua-ketua kampung, imam dan AJK masjid, guru KAFA, pelajar IPT, penjawat awam daripada pelbagai agensi dan masyarakat awam di daerah Klang.

JAKESS mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung dan tidak langsung serta semoga semua pihak mendapat manfaat daripada seminar ini.