Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor

Perkhidmatan Klinik Guaman

MRS Hulu Selangor

27 Jun 2024

38

27 Jun 2024- Perkhidmatan Klinik Guaman Syarie telah dilaksanakan oleh pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Undang-Undang Syariah dengan membuka kaunter khidmat nasihat dan runding cara perundangan syariah secara percuma kepada pelanggan-pelanggan yang hadir di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor hari ini. Mahkamah berbesar hati menerima kunjungan dua orang wakil dari pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) iaitu Puan Norshadatulnizma Binti Misnun@ Anuar dan Encik Muhammad Syafiq Bin Jamil bagi pelaksanaan klinik tersebut.
 
Program Klinik Guaman Syarie MAIS secara percuma ini bertujuan untuk menawarkan khidmat nasihat dan memberi pendedahan tentang perundangan syariah kepada orang ramai. Pihak Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor mengucapkan terima kasih di atas kunjungan tersebut dan semoga Allah memberkati segala usaha yang telah dilaksanakan.