Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Media

Bengkel Pelupusan Fail dan Rekod Jabatan Kehakiman Syariah Selangor

Admin-Haeida

07 Julai 2025

47

 515414569 1281729677285828 2718603615793347322 n 515065980 1281729747285821 699648589850107641 n  

515016712 1281729560619173 1306455401868842621 n 516504390 1281729650619164 7217011749072519885 n 

515498241 1281729947285801 5310426980862881917 n
4 Julai 2025, Shah Alam – Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah berjaya menganjurkan Bengkel Pelupusan Fail dan Rekod Jabatan Kehakiman Syariah Selangor yang berlangsung selama tiga hari bermula dari 2 hingga 4 Julai 2025. Program ini telah diadakan di Wyndham Garden I-City Hotel, Shah Alam.

Bengkel ini telah disertai seramai 34 orang Penolong Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ) dari semua lokasi Mahkamah Syariah Selangor termasuk Ibu Pejabat, JAKESS. Penganjuran program ini adalah selaras dengan usaha berterusan JAKESS untuk memantapkan tadbir urus dan sistem pengurusan rekod yang cekap dan sistematik.

Objektif utama bengkel ini adalah untuk meningkatkan kefahaman para peserta mengenai peraturan dan prosedur terkini dalam pelupusan rekod kerajaan. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memperkasakan kemahiran praktikal dalam kalangan PTRJ mengenai pengurusan dan pelupusan rekod jabatan secara teratur dan selamat.

Bagi memastikan matlamat ini tercapai, JAKESS telah mengundang penceramah yang berpengalaman luas dalam bidang pengurusan arkib, iaitu 2 orang Pegawai Arkib dari Arkib Negara Malaysia. Sesi ceramah dan latihan amali yang dikendalikan oleh penceramah undangan telah memberikan pendedahan yang komprehensif kepada para peserta.

Melalui bengkel ini, kesedaran mengenai kepentingan pemeliharaan rekod-rekod yang mempunyai nilai kekal kepada jabatan juga turut ditekankan. Adalah diharapkan agar para peserta dapat mengaplikasikan segala pengetahuan yang diperoleh bagi memastikan pengurusan rekod di JAKESS dilaksanakan mengikut piawaian yang telah ditetapkan dan menyumbang kepada kelancaran operasi jabatan.

Program berakhir dengan jayanya dan mencapai objektif yang disasarkan dengan para peserta menunjukkan komitmen yang tinggi sepanjang sesi bengkel berlangsung.