Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Media

  • Utama
  • Media
  • Berita Terkini
  • UCAPAN TAHNIAH | DEWAN NEGERI SELANGOR LULUSKAN RANG UNDANG-UNDANG MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI SELANGOR) 2026

UCAPAN TAHNIAH | DEWAN NEGERI SELANGOR LULUSKAN RANG UNDANG-UNDANG MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI SELANGOR) 2026

Admin-Haeida

07 Ogos 2026

22



                                         

                                         

                                        

Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) merafakkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah atas kelulusan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2026 oleh Dewan Negeri Selangor, yang merupakan satu detik bersejarah dalam usaha memperkasa serta memperkukuh sistem kehakiman syariah di Negeri Selangor. RUU tersebut diluluskan sebulat suara dan antaranya memperuntukkan penubuhan Mahkamah Utama Syariah sebagai sebahagian daripada penambahbaikan struktur institusi kehakiman syariah negeri.

Kejayaan ini adalah hasil komitmen, kerjasama dan iltizam berterusan pelbagai pihak, termasuk Kerajaan Negeri Selangor, Dewan Negeri Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Kehakiman Syariah Selangor, agensi-agensi berkaitan, pakar perundangan, ahli akademik serta semua pihak berkepentingan yang telah memberikan sumbangan sepanjang proses penyediaan, penelitian dan sesi libat urus sehingga RUU ini berjaya diluluskan.

Sebagai agensi yang bertanggungjawab terhadap pentadbiran kehakiman syariah di Negeri Selangor, JAKESS berbangga dapat memainkan peranan penting dalam merealisasikan usaha reformasi perundangan ini melalui penglibatan aktif dalam penyediaan cadangan, penyelarasan teknikal serta sesi libat urus bersama pihak-pihak berkepentingan. Kejayaan ini menjadi bukti komitmen bersama untuk memastikan institusi kehakiman syariah di Negeri Selangor terus diperkasakan agar lebih berwibawa, cekap, bebas dan diyakini oleh masyarakat.

JAKESS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah menyumbang secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan usaha bersejarah ini. Semoga kelulusan RUU ini menjadi pemangkin kepada pembangunan sistem kehakiman syariah yang lebih progresif, berintegriti dan mampan demi menjamin penyampaian keadilan yang terbaik kepada rakyat Negeri Selangor.