Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Media

  • Utama
  • Media
  • Berita Terkini
  • LAWATAN KERJA UNIT REKOD JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR KE SEKSYEN REKOD JAKESS PERKUKUH PENGURUSAN REKOD

LAWATAN KERJA UNIT REKOD JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR KE SEKSYEN REKOD JAKESS PERKUKUH PENGURUSAN REKOD

Admin-Haeida

26 Februari 2026

317

642205200 1490952219696905 5289475957710413272 n 642766018 1490952203030240 3761531665498625934 n

642164548 1490952123030248 1028494354523005299 n 641396957 1490952206363573 8487409594808985089 n

                                          642285438 1490952316363562 3635420184713285619 n

25 Februari 2026, Shah Alam – Unit Rekod, Jabatan Mufti Negeri Selangor telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Seksyen Rekod, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS) bagi meninjau tatacara penyimpanan serta pengurusan dokumen yang diamalkan di jabatan tersebut.

Lawatan ini diketuai oleh Encik Norakmal Azraf bin Awaluddin dan disertai enam orang pegawai daripada Jabatan Mufti Negeri Selangor. Objektif utama lawatan adalah untuk mendapatkan pendedahan dan perkongsian amalan terbaik berkaitan sistem penyimpanan fail, pengkelasan dokumen, kaedah pelabelan serta prosedur keselamatan rekod rasmi selaras dengan piawaian tadbir urus yang berkuat kuasa.

Ketibaan delegasi telah disambut oleh Encik Ahmad Hanis bin Ahmad Nafri selaku Pegawai Unit Komunikasi Korporat. Seksyen Rekod pula diwakili oleh Encik Sofian bin Ibrahim, Ketua Seksyen Rekod JAKESS, bersama Puan Nuraziraakmar Binti Othman dan Cik Khairun Iman Nadhira Binti Norazli selaku Pembantu Tadbir (Rekod).

Sesi perbincangan dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Encik Ahmad Hanis bin Ahmad Nafri, diikuti ucapan balas oleh Encik Norakmal Azraf bin Awaluddin. Seterusnya, taklimat pengurusan rekod telah disampaikan oleh Encik Sofian bin Ibrahim yang merangkumi struktur pengurusan rekod di JAKESS, kaedah pengasingan fail tidak aktif, penggunaan Jadual Pelupusan Rekod (JPR) yang berkuat kuasa serta tatacara pelaksanaan pelupusan mengikut peraturan yang ditetapkan.

Selain itu, Puan Nuraziraakmar Binti Othman turut berkongsi berkenaan amalan kawalan keselamatan rekod termasuk sistem akses terhad ke bilik rekod, pemantauan pergerakan dan peminjaman fail serta kaedah pengesanan fail melalui sistem e-Trace yang diguna pakai di JAKESS.

Delegasi seterusnya dibawa meninjau susun atur fizikal bilik rekod, proses pengendalian fail tidak aktif serta prosedur pelupusan rekod yang dilaksanakan secara sistematik dan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP). Perkongsian tersebut memberikan gambaran jelas mengenai kepentingan pematuhan tatacara pengurusan rekod dalam menjamin kecekapan pentadbiran serta ketelusan tadbir urus jabatan.

Lawatan kerja ini diharap dapat memperkukuh sistem pengurusan rekod di Jabatan Mufti Negeri Selangor agar lebih tersusun, cekap dan berintegriti. Pada masa yang sama, program seumpama ini menjadi platform strategik dalam mengeratkan hubungan kerjasama antara kedua-dua jabatan serta membuka ruang kepada perkongsian ilmu dan amalan terbaik secara berterusan pada masa hadapan.
Majlis diakhiri dengan sesi pertukaran cenderahati dan sesi bergambar sebagai kenang-kenangan.