Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Media

LAWATAN YAA KETUA PENGARAH JKSM KE JAKESS

Admin-Haeida

12 Mei 2026

58

692549486 1555491899909603 4320490599034750152 n 694735774 1555492606576199 398305034255797468 n

690773498 1555492256576234 693338045519038197 n 697093797 1555491963242930 5149914216222602638 n

                              690850847 1555490926576367 3788402981864909675 n

8 Mei 2026, Shah Alam – YAA Dato' Hj Mohd Amran bin Mat Zain, Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah mengadakan lawatan rasmi ke Jabatan Kehakiman Syariah Selangor yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Aras 4, JAKESS pada Jumaat yang lalu.

Lawatan tersebut disambut oleh YAA Puan Nenney Shuhaidah binti Shamsuddin Ketua Hakim Syarie Selangor serta pengurusan tertinggi JAKESS bersama-sama para hakim dan pegawai jabatan.

Sesi lawatan turut menjadi platform bagi memperkukuhkan hubungan kerjasama serta perkongsian hala tuju institusi kehakiman syariah antara peringkat Persekutuan dan Negeri.

Dalam lawatan tersebut, YAA Ketua Pengarah JKSM turut berkesempatan menyampaikan amanat kepada hakim-hakim mahkamah tinggi syariah dan mahkamah rendah syariah JAKESS.

Antara intipati amanat yang disampaikan adalah berkaitan kepentingan memperkukuhkan integriti, profesionalisme serta komitmen berterusan dalam menyampaikan perkhidmatan kehakiman syariah yang cekap, adil dan berwibawa kepada masyarakat.

JAKESS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas lawatan dan amanat yang diberikan serta berharap hubungan erat dan kerjasama strategik antara JKSM dan JAKESS akan terus diperkukuhkan demi memartabatkan institusi kehakiman syariah di Malaysia.