Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Media

  • Utama
  • Media
  • Berita Terkini
  • MESYUARAT AWAL JAWATANKUASA KERJA PERSIDANGAN PEGAWAI SYARIAH SELURUH MALAYSIA KALI KE-19 TAHUN 2024 BERSAMA JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SELANGOR (JAKESS)

MESYUARAT AWAL JAWATANKUASA KERJA PERSIDANGAN PEGAWAI SYARIAH SELURUH MALAYSIA KALI KE-19 TAHUN 2024 BERSAMA JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SELANGOR (JAKESS)

Admin-Haeida

01 Julai 2024

792

449031717 984053447053454 2406250670 449095422 984053407053458 3795074266461345555 n

28 Jun 2024, Shah Alam - Telah berlangsung Mesyuarat Awal Jawatankuasa Kerja Persidangan Pegawai Syariah Seluruh Malaysia Kali Ke-19 Tahun 2024 bersama Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Persatuan Pegawai Syariah Seluruh Malaysia (PPSSM) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, JAKESS.


Mempengerusikan mesyuarat adalah YAA Dato' Hj Mohd Amran Bin Hj. Mat Zain, Ketua Pengarah JKSM diiringi YAA Dato' Mohammad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor dan Tuan Hj Nassir bin Hj Abdul Aziz, Ketua Pendaftar JKSM.

Turut hadir dalam perbincangan awal gerak kerja PPSSM kali ini adalah Tuan Mamat Haizan bin Salleh, Tuan Masnizar @ Mohd Nizar bin Mokhtar dan pegawai-pegawai Jabatan Kehakiman Syariah Selangor.

JAKESS mengucapkan ribuan terima kasih diatas kehadiran YAA Dato' dan para pegawai JKSM serta mendoakan segala perbincangan dan usaha yang bakal dilaksanakan mendapat keberkatan Allah SWT.