Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TAHUN 2023, JASAMU DIKENANG

MRS Hulu Selangor

03 Mei 2024

86

3 Mei 2024, Jumaat - Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor telah dijemput untuk menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2023, Jasamu Dikenang pada Jumaat bertempat di Grand Ballroom, Hotel Concorde, Shah Alam yang telah dianjurkan oleh pihak Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS). 

Majlis gilang gemilang ini dimeriahkan dengan kehadiran YAD Tan Sri Dato' Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) diiringi YAA Dato' Mohammad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor, Ketua Pendaftar merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Majlis serta Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor.

Majlis ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada pegawai dan kakitangan serta meraikan mereka yang telah bertungkus lumus dalam memberikan khidmat dan sumbangan  di Jakess. Selain itu, penghargaan kepada kakitangan yang akan bersara pada tahun 2023 turut diberikan. Tahniah diucapkan kepada kakitangan MRS Hulu Selangor iaitu Puan Siti Asmah Binti Mat Wasis dan Encik Muhamad Zulfadhli Bin Ratijan kerana telah dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) serta Puan Nurizzati Binti Roslan yang telah dianugerahkan Menti Terbaik. Syabas dan tahniah juga diucapkan kepada semua penerima anugerah dan diharapkan anugerah seperti ini menjadi satu suntikan semangat kepada kakitangan lain untuk berusaha dalam meningkatkan lagi kecemerlangan perkhidmatan di Jakess.